Hahaha.. dua buku kontroversi Mawi yang menjadi milik aku.. Keduanya amat berbeza dan impaknya juga berbeza namun cinta dan politik adalah dua perkara yang amat peribadi sekali.. Mawi kata cinta ibarat kentut, dilepas malu ditahan sakit.. politik pula amat berbeza sekali kerana undi adalah rahsia.. cinta dan politik hak peribadi.. Pabila pasangan kita inginkan bukti cinta? Kita akan menjerit.. LIHATLAH DUNIA, **** AKU CINTA PADAMU! Bagaimana pula nak buktikan kesetiaan pada politik kita jugak patut menjerit AKU SOKONG *** HIDUP ***!!! Inilah yang dituntut oleh orang lain sekiranya kesetiaan diragui, sokongan dihajati.. Yang jelas keduanya hak peribadi.. perbuatan memaksa amat zalim sekali kerana bukan hak orang lain memaksa orang lain... Hak asasi manusia??? Hak asasi adalah satu tajuk yang patut dibincang dengan lebih terperinci terutama sekali di Malaysia yang mana ia semakin disalah erti.. (ops, lari topik)
Aku baca kedua2 buku ni tak lain tak bukan untuk mengetahui 1st hand akan impaknya dan bukan hanya mendengar celah2 orang lain mengutuk dan mengkritik.
Mawi, Jantung Hatiku:- Mawi sedih apabila tahu kewujudan buku ini, tambahan pula ia mendapat kerjasama orang tersayang.. rata2 peminat Mawi tak kan duduk diam bila mengetahui kesedihan Mawi.. We love Mawi, jangan sesekali dia dijentik! Hatta melentinglah kami.. Tak dinafikan, aku pun sama2 melenting pada mulanya.. maklumla 'sahabat’ Mawi.. segala kisah cinta secara detail diceritakan, di mana jumpa, bagaimana jumpa, kiranya segalanya lah.. tetapi jika difikirkan mungkinkah Diana ini terjerat dalam mainan wartawan yang memang bijak.. janganlah sesekali kita membenci seseorang kerana kebodohannya (bahasa yang lebih sedap, kenaifannya) Memang bagi aku, Diana atau 'D’ ini kurang cerdik orangnya.. tapi kita perlu lihat latar belakangnya.. siapa dia? Persoalan baru akan timbul, mampukah dia menjadi orang di sisi Mawi? Mawi perlukan ’supporter’ bukan beban.. Ini sebenarnya di luar jangkaan kita, maka kita tunggu dan lihat.. berserahlah..
Buku fenomena Mawi pula memberi impak yang berbeza kerana ia melibatkan politik.. Mawi disayangi oleh hampir seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai pandangan politik yang berbeza.. mungkin ada antara kita amat berbeza sekali yang sama hanyalah minat kita pada si Mawi.. jadi pendirian politik Mawi ibarat bola, siapa Mawi sokong diala yang menang.. Ini satu lagi contoh cetek pemikiran.. Saya percaya 20% penyokong Mawi akan mengikut jejak Mawi atau paling tidakpun mula berfikir2 dan paling teruk terus menolak Mawi.. tidakkah kita sepatutnya mempunyai prinsip dan pendirian sendiri? Sokongan Mawi pada mana2 pihak adalah hak peribadi.. apa gunanya undi itu rahsia? Kalau nak AFUNDI bolehlah war-warkan..
Apa perbezaan dan persamaan dua buku ini?
Persamaan
- Kedua-duanya isu sensitif dan bersifat peribadi
- Sebenarnya kedua buku ini tidak lebih kepada copy and paste satu dari tabloid perdana, satu lagi dari gabungan harakah, sahsiah, surat kabar perdana, majalah dan web2.
- Well dua2 harga RM15 (boleh ke masuk kategori ni?)
Perbezaan
- Dua isu yang amat berbeza, antara hati dan minda
- Wujudnya buku ini, satu dari kebodohan satu dari kebijaksanaan
- Mempunyai impak pemikiran yang berbeza, satu membuang masa dan menimbulkan simpati, satu lagi membuka minda dan mencetus pemikiran yang kadangkala wujud dalam bentuk provokasi..
Kesimpulan dari kedua buku ini, Aku tak salahkan Diana kerana kebodohan dia Cuma harapkan dia makin matang dengan pengalaman.. Jauh sekali ingin menentukan jodoh Mawi.. Jodoh itu di tangan tuhan tapi hati yang lara siapa yang tahu? Buku fenomena Mawi ini pula pernah aku ulas dalam forum MawiFC tapi nampaknya ia kurang mendapat perhatian.. kalau dapatpun seolah tiada pencetusan minda yang berlaku hanyalah kata2 kosong yang menyalahkan sesuatu pihak tanpa berfikir.. Jangan salahkan kewujudan buku ini kerana ia menjelaskan apa yang tak jelas.. kadang2 pemikiran kita amat bias sekali tanpa boleh kita menerima pendapat dan pandangan orang lain.. Buku ini hanya gempak pada tajuk, isinya lebih kepada bentuk pemikiran rakyat Malaysia yang begitu mudah dieksploitasi.. Persoalannya.. tak islamkah kita sebelum wujudnya Mawi hingga setiap perilakunya di kutuk oleh sesetengah pihak begitu teruk sekali.. Inilah hasil pendapat aku dari buku ini, buku ini menjelaskan kejutan budaya yang turut di alami oleh kita sendiri sebenarnya dengan tercetusnya fenomena Mawi.. Dan misi Pas juga mungkin berjaya kerana aku tak pernah sekalipun membeli atau tertarik untuk membaca artikel2 dari Pas kerana dahulu, pada pendapat aku mereka ini merupakan golongan anti kemodenan dan berfikir agak kebelakang tetapi buku ini mungkin serba sedikit menerangkan sesetengah perkara kita patut tahu dari kedua belah pihak dan bukan hanya menilai dari sebelah pihak sahaja.. hidup mesti BALANCE beb.. barula pemikiran lebih objektif.