Thursday, September 29, 2005

Antara MAWI, DANIEL dan JAC!


Tak dapat dinafikan.. aku ni memang minat dunia artis ni.. kawan2 yang rapat ngan aku mesti paham punya.. tapi sebenarnya minat ni hanya timbul bila munculnya Mawi.. I don’t care pasal artis Malaysia ni sebenarnya tapi sekarang semuanya dah berubah.. seasonal?? Kita tunggu dan lihat.. What can I say is I always have a passion.. a lot of it dan ia berubah2 Cuma bila minat tu ade masa klimaksnya tapi tak penah hilang.. kalau dulu aku lebih focus pada novel2 spt Harry Potter (ask me about harry potter.. anytime.. inside out), karya2 John Grisham, J.R.R Tolkien, dan ramai lagi la mostly adventure triller.. I always have time utk baca.. tak tido pun takpe tapi tunggu weekend la.. sekarang all that kena hold back dulu.. kita bagi peluang pada demam Mawi World ni reda dulu.. dari Julai 05 sampai sekarang cari panadol Mawi masih belum jumpa lagi..

Okla berbalik pada tajuk.. Antara Mawi, Daniel dan Jac.. kenapa?? Why Tajuk aku macam tu.. Inilah keindahan Malaysia.. perasan tak each of them represent ape? Bangsa la.. ketiga-tiganya artis pilihan SMS.. maksudnya pilihan rakyat Malaysia.. sape kate kita tak bersatu?.. adala longgar sana-sini tapi sebenarnya jiwa kita tak banyak berbeza.. Kalau Jac dikatakan paling berbakat, Mawi lak paling Popular dan Daniel paling berpotensi.. siapa kita untuk menafikannya.. Seni itu subjektif pada individu.. Kalau tanya aku pastila Mawi paling berbakat, paling cute, paling popular, paling berpotensi, paling segala-galanya lah.. Jac pulak bagi aku ok.. aku kurang minat suara Jac sebab jenis suara penyanyi wanita yang aku minat ialah suara Fauziah Latiff.. gemersik dan lembut gitu walaupun dia dah tenggelam aku layan jugak lagu2 lama dia.. Daniel lak surprise.. surprise..ade orang kata dia tak mungkin dapat mengatasi Vince dari segi falsetto dan sebagainya.. mungkin Vince perlukan persaingan.. Persembahan Daniel untuk lagu Boery pada konsert akhir MI2 berjaya menarik perhatian orang buta seni macam aku ni.. Timbul satu lagi persoalan.. perlukah kita celik seni untuk meminati mana-mana artis??? Jawab Syafinaz..

Inilah dia.. mereka mungkin bakat baru mee segera ke ikan bakar ke.. goreng pisang ke.. mereka bukan naik dari bawah macam CT.. bukan berusaha bertahun-tahun macam Sharifah Zarina (kenal tak?) tapi mereka mendapat peluang.. Opportunities yang lebih baik yang menjulang nama mereka sekelip mata.. artis-artis dari reality TV memang dilahirkan dengan dikritik.. sampai sudahla mereka akan dikritik.. itu hakikat yang mereka kena tanggung.. Ziana Zain dulu awal2nya teruk jugak.. kene kritik dasyat jugak tapi takde @15 waktu tu.. Yang paling menghairankan bila Vince baca lirik kat tapak tangan waktu konsert AF3 final ari tu.. dia tak dikritik dengan teruk.. hmm mungkin sebab tsuMawi terlalu kuat waktu tu.. jadi kesalahan dia dilupakan.. jadi kalau nak krkitik artis janganla sampai hal peribadi dia pun nak dikritik.. memuji keterlaluan pun tak boleh, man man cukupla.. kalau nak puji jugak pujila di tempat yang betul.. kalau nak puji Mawi tahap over pujila di firum Mawifc sebabnya situ semua orang suka Mawi.. kalau tak puas hati ngan Mawi pun tegurla di ruangan yang betul.. personal attact ni tak bagus.. lebih keburukan dari kebaikan.. Sama la jugak kesnya dengan fc artis2 lain pun.. nak bersuara boleh.. tapi kena pandang sekeliling.. tengok salurannya di mana.. jangan menyalak tak tentu pasal..

Cantik tak minah ni? Opismate aku ni.. dia peminat Mawi jugak.. sebab aku rasa gambar ni ada nilai artistik (perasan la ni..) so aku letak sekali kat sini..

5 comments:

Anonymous said...

angin ler kawan ko tu nanti

Saira said...

Kawan aku mc hari ni.. ntah la esok aku tunjuk kat dia.. mesti dia bangga punye.. ramai dah request ni suruh letak muka diorang ni. hehehe..

Anonymous said...

Rancangan realiti TV dah banyak ditayangkan...dapat sambutan hangat terutamanya dengan undian sms. Kekadang aku pun pelik.. semakin canggih dunia teknologi...duit pun makin canggih keluarnya tapi orang macam tak heran je. Yelah tengah gila...gila tak gila aku sokong mawi gak!!! Aku penyokong dia dalam diam...

Anonymous said...

Talking bout reality show, why did they send those sms juz to vote their idol & make sure he/she wins?& talking bout budget 2006 which is today, hope it benefits us especially by reducing/maintaining the oil price & bonus for civil servants of course. In some way, nowadays it seems like that malaysians are rich or have extra money in their pocket but on the other hand we sighs over the increasing of the price.

Saira said...

Dont worry Dil.. I will talk about budget 2006 later on.. cant hardly wait for what will come on the budget..