Thursday, September 29, 2005

Apa nak jadi! Lack of SELF MANAGEMENT?

Apa agaknya pendapat korang bila tengok kesemakan tempat seperti gambar di atas? Kalau nak tau itulah keadaan opis aku sekarang ni. Ia boleh dikatakan antara tempat yang paling tak selamat di sini. Wayar sana-sini.. kertas kerja berterabor, komponen elektronik bersepah, hmm botol air pun ade. Nampak macam sibuk sangat tuan punya tempat tu.. Kalaula sibuk sangat takkan la sempat tulis blog betul tak? Inila yang aku namakan zaman kejatuhan.. kurangnya management pada diri sendiri menunjukkan prestasi yang makin jatuh.. tak di nafikan.. tak kuasa nak berlindung lagi. Aku memang rasa down dan siapa yang patut disalahkan? Tiada sesiapa melainkan diri sendiri. Inila yang dinamakan words exceed action! Cakap sedar, cakap rasa bersalah tapi tetap takde action untuk mengubahnya.. Nak salahkan sape lagi ek? Banyak faktornya antaranya ialah Boss.. boss la yang punya pasal ni.. dia biar aku naik kepala.. yang keduanya focus hilang.. ni salah siapa.. Mawi la.. kalau hari2 dok baca pasal Mawi ja bila masa lak nak baca pasal FPGA and application.. dah la susah nak paham pastu saingannya begitu hebat sekali.. Antara MAWI dan FPGA korang bayangkan la mana yang lebih tertarik, menarik dan memang daBomb!? Hahaha... Jadi pengajarannya.. hidup mesti BALANCE! Nak berhibur boleh kerja jangan lupa.. Self management paling penting.. Go GO kerje.. kerje jangan MALAS..

Ni la, kalau nama pun pompuan.. kalau nak tau gambar ni di ambil selepas meeting.. tgh meeting otak boleh melayang.. pastu sibuk nampak bunga reben ni kat kawan sebelah.. test sikit kat beg sendiri.. wah.. cantik tak? Hanya orang berjiwa seni ja yang paham.. hehehe..

Ni pulak gambar waktu course software IDL haritu.. (19 – 23 Sept 05) minggu lepas la.. waktu ni la aku paling aktif bermain forum kat mawiFC.. maklumla sambil lecture dari Singapore ni ngajar sambil2 melayari internet.. sorang satu meja.. skrin lak tu dok dalam meja.. memang tempat paling baik kalau nak mengular.. bukan aku kata aku tak focus.. focus la tu.. Cuma sambil menyelam minum air.. kalau anda mampu melakukannya buatla.. tambah lak aku dah ada basic pasal software so sesetengah perkara tu kalau aku abaikan pun takkan tertingal bas punya.. yang penting bila bagi assignment kita mampu melakukannya.. point2 penting jangan terlepas.. kalau terlepas jugak, Tanya orang sebelah.. hehehe.. kalau tak focus.. tak tau tanya.. ada paham? Course ni ada sedikit boring tapi banyak gak la ilmu baru.. nasib baik la ada jejaka2 hensem dok sebelah aku.. so bolehla cuci mata sikit.. cuci mata ja.. diorang ni laki2 orang belaka.. memang cool la diorang siap ada tiket free gi litar sepang utk motor GP.. sayang aku minat F1 bukan motor.. jadi kekawan semua.. aku dah cop dah tiket untuk Formula 1 akan datang.. kalau mamat tu kasi tiket kat orang lain.. siap la aku tuntut sampai…

Ni la wajah2 jejaka yang cool dan begitu berkaki lebar sekali, bakal mengubah dunia hopefully.

1 comment:

Anonymous said...

I would like to know more bout the two handsome guys... well if they really can change the world some day, I would be very proud to say that I already knew them.