Friday, December 16, 2005

Setelah Sekian Lama..

Hi semua.. Hi guys.. kepada kawan aku yang hari2 komen suruh aku update blog ni harap ko puas hati.. wakaka!!! Aku mintak maap la sebab lambat beno mengupdate blog aku.. alasan aku yang pertama ialah aku sibuk tahap gaban sebabnya supervisor aku dari jerman tu dtg sini check projek aku.. seminggu dia dtg diikuti ngan seminggu lagi regional meeting yang aku turut terlibat.. aku mmg lega dan happy sesangat sebab projek aku boleh di katakan well done.. hmm aku takkan komen more than this pasal keje aku.. biarlah aku sorang je yg happy.. minggu seterusnya aku sepatutnya sibuk ngan report.. tapi still it's not well done macam projek.. dokumentation.. arghh!! i'm still working on it!

Ape yang menarik yer??? Hmm Jac MI datang ke tempat aku! best ke citer tu? hehehe. best jugak la kot sebab Jac tu artis.. Walaupun aku tak minat Jac tapi aku amik gak gambar ngan dia (kasi up sikit) heheh.. Lagipun dia datang sempena majlis amal anjuran MAKNA iaitu "Karnival Kesihatan dan kutipan derma utk pesakit kanser" Tgk gambar tu? adik tu baru umur 4 tahun tapi dah bercita2 jadi penyanyi malah dia adalah duta kecil MAKNA.. bukan aku tak sokong tapi dia baru 4 tahun? dah didedahkan dengan dunia penyanyi.. ramai gak aku tgk colleque2 menggelengkan kepala.. tapi bila diberitahu ibunya adalah ibu tunggal yang mengidap kanser maka boleh la terima jugak.. tapi still aku tak setuju kalau budak ni bercita2 nak jadi penyanyi.. baik belajar elok2 dan simpan cita2 jadi doktor ke engineer ke.. bukan aku hina golongan artis tapi aku rasa menjadi artis tak patut dijadikan cita2..

Berbalik pasal Jac.. dia nyanyi 2 lagu.. wajah dan gemilang.. hmm, terus terang aku mmg tak minat tone suara Jac.. tapi kawalan suara dia mmg baik.. ok la dia nyanyi lagu wajah.. tapi bila lagu gemilang dinyanyikan.. aku tgk ramai yang tutup telinga ngan tangan.. why? terlalu tinggi.. dewan pulak tidak terlalu besar dan lagu ni mmg menyakitkan telinga.. sebagai artis aku rasa Jac patut mempunyai 2 versi lagu ini supaya boleh dinyanyikan dengan lebih harmoni dan tidak memecahkan gegendang telinga aku.. (i have nothing againts Jac ok)
p/s: Gambar kat atas tu aku ngan Jac tapi terlalu besar sangat gambar aku tu. aku shy2 cat la.. jadi aku cut nampak separuh spek je la ek..

Satu lagi.. korang kenal dia ni? dia pun ade gak hari tu.. jenuh aku bertanya siapakah makluk tuhan ini? Ooo.. ahli kump. FO3 Mentor rupanya.. cute jugak orangnya.. tapi aku tak perasan dia ada nyanyi pon.. apapun, kesian dia sebab kawan aku dengan tanpa segan silu bertanya dgn suara lantang di depan dia "Siapa dia ni?" hehehe.. kesimpulannya, hanya orang yang takde astro je kenal artis2 mentor.. aku cuma kenal 2 org je. Pija ngan Nabil..

Oklah.. skrg ni family aku tgh cuti2 Malaysia la pulak jadi aku akan bercuti yihaa!! Jumpa lagi Rabu nanti ok..

No comments: