Monday, November 28, 2005

Be Yourself!

Sedih.. sape la yang tak sedih.. kalau betullah seperti yang di kata.. mmg memalukan Malaysia ja.. Isu PDRM kita mendera warga China memang amat memalukan.. tambahan pula ia dilakukan oleh wanita kepada wanita jua.. Isu menanggalkan pakaian rasanya bukanlah isu utama kerana bagi tujuan pemeriksaan badan rasanya ia bukanlah pertama kali kedengaran tetapi mempermainkan maruah wanita itu sendiri dengan menyuruhnya melakukan ketuk ketampi dalam keadaan itu amat menjengkelkan.. Hairan sekali, begitu rendahnya kita memandang orang lain.. Begitu kejamnya pemikiran kita menggunakan kuasa untuk memuaskan hati dan merasa diri kita lebih hebat dari orang lain. Kesan tindakan ini bukan sahaja memalukan Negara malah memalukan kaum wanita sendiri..

Siapa kata wanita tidak boleh berlaku kejam.. malah sebenarnya wanita mampu berlaku lebih kejam dari lelaki lagi.. Ini kerana kekuatan wanita bukan terletak pada fizikalnya tapi kekuatannya menanggung sesuatu emosi itu.. Tidak hairanlah kalau kita melihat banyak hati wanita dihancurkan oleh wanita lain.. tetapi kekuatan emosi wanita juga merupakan sumber ketabahannya.. Kalau bercakap mengenai wanita memang takkan habis.. aku sebagai wanita pun kadang kala tidak memahami wanita lain.. Tetapi lelaki juga bukan mudah untuk difahami.. kecenderungan mereka kepada sesuatu juga memeningkan kepala.. Bola dan WWE adalah 2 perkara yang paling aku tak fahami.. Macam manalah mereka mampu menonton bola selama berjam2? Dan apalah yang seronoknya melihat orang berlawan guling2 yang bagi aku hanya memberi kesan negative kepada masyarakat secara umum.. Yang kadang kala ia kelihatan seperti lakonan semata-mata..

Bukanlah tujuan aku untuk membandingkan wanita dan lelaki dalam penulisan aku kali ini.. terlalu sedikit contoh dan ulasan yang di sentuh oleh aku.. dalam erti kata lain.. tak cukup sampling yang digunakan.. Yang pasti lelaki dan wanita saling melengkapi antara satu sama lain.. tiada siapa yang lebih dan tiada siapa yang kurang.. Namun dalam setiap perilaku mesti ade kesederhanaan.. mesti ada kawalan.. Gurauan ada hadnya.. Keterbukaan juga amat penting.. memandang rendah orang lain jangan sekali.. tapi proud dan self confidence mesti ada..

Kita tidak akan dapat memahami orang lain secara sepenuhnya tetapi kita dapat menerima mereka seadanya.. Menjadi diri sendiri adalah satu kepuasan dalam kehidupan.. Kepelbagaian kita juga mewarnakan hidup ini.. Dalam melakukan kelainan kita mengambil risiko.. for better or worst takdir yang menentukan.. Bak kata Mawi, hidup mesti berani.. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan.. kadangkala kedengaran terlalu banyak kutukan kepada bangsa kita sendiri.. Kalau bukan kita yang menyokong siapa lagi… Ops.. aku off-topik.. Paham-paham je la.. hehehe adios this time..

No comments: