Wednesday, October 05, 2005

Humban ke laut? Lagi-lagi AP!

Huarghhh.. ngantoknya.. Selamat Berpuasa Semua!!! Korang gi tarawih tak? Hmm, masing2 sendiri jawab la ok.. alhamdulillah kalau pegi kalau tak pegi takpe la.. lain kali pegi ek.. Sama-samalah kita menginsafi diri sempena bulan yang mulia ini.. jangan asyik ingat dunia ja.. akhirat jangan di lupa.. jangan pandai nasihat orang ja, diri sendiri kena jaga dulu..

Ok la, berbalik pada tajuk di atas.. apa lagi kalau bukan isu parlimen kita.. Tapi sebelum tu nak komen sikit pasal parlimen kita..(actually aku takut nak komen lebih2.. rasa macam merbahaya ja) Apa yang aku nak cakap secara ringkasnya dari pengalaman aku yang penah jadi pemerhati di dewan rakyat tahun lepas.. bagi aku tak semua pemimpin kita pandai menjaga bahasa.. memang di situlah tempat mereka berbahas dan kadang2 bagi aku mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya walaupun bergelar menteri sekalipun.. ntahla mungkin sebab amarah yang marah atau saja2 nak menghangatkan suasana sebab aku penah cakap yang kadang2 idea lebih mudah dicetus dalam bentuk provokasi..

Oklah, pasal humban ke laut.. Kesian Hattan.. ye lah dia menyanyi lagu Negaraku salah melodi atau yang seumpama dengannya kat Piala Malaysia hari tu.. aku tak tau seni muzik ni tapi memang kedengaran agak pelik la nyanyian dia tapi takkan la sampai boleh dikatakan pengkianat Negara dan patut humban ke laut? (Pengkianat negara bagi aku ialah penyeludup, pengedar dadah, orang yang jual rahsia negara, pemecah amanah, penerima rasuah, dan lain2 yang seumpama dengannya) Bagi aku ini overstatement dari salah seorang pemimpin kita.. tempat dia cakap pun kat dewan parlimen.. isk apa nak jadi ni? Betulla kata kawan aku, agaknya pemimpin2 kita pun dah terpengaruh ngan realiti tv.. dah macam kritikan malaysian idol pulak.. Cuma bezanya Malaysian idol tu bolehla di katakan kena pada tempatnya.. tapi bagi kes ni, Aku rasa Hattan memang salah dan patut ditegur tapi dengan cara yang lebih berhemah.. Cannot help to feel sorry for Hattan.. So, Hattan better buat pengakuan minta maaf secara terbuka dan tak perlu la dipanjangkan cerita ni.. memang memalukan..

Berbalik pada kisah AP, sebenarnya aku tak nak cakap pasal AP tapi apa yang aku nak cakapkan ialah punca sebenar isu AP ni menjadi sangat kecoh sekali.. Apa saja tindakan MITI aku tak nak komen tapi pasal proton yang masih memerlukan perlindungan kerajaan memang membuatkan aku agak hot (Ini memang aku tak tau naper.. tapi aku memang marah la kat proton personally) Why proton masih perlukan perlindungan kerajaan? Bagila berapa banyak alasan pun aku still tak leh terima.. bila kita cakap pasal kereta apa yang ada kat pikiran kita? Satu ja “REPUTASI!” ini la masalah sebenar proton.. with a good quality and a good price u can compete. Of course.. Cuba kita tengok pro-2, kenapa pro-2 tak perlukan perlindungan? Sesiapa yang pernah pakai kereta proton mesti tahu banyak problem akan muncul.. power window rosakla, meter tak naikla, alarm problem.. macam2 masalah kecil yang merimaskan.. Ini yang akan melambangkan kualiti dan menjurus pada reputasi.. Kalau kita beli kereta luar.. ada problem jugak, mesti ada tapi berapa %? Sebab tu bila kereta luar harganya tak jauh beza dari kete nasional kita, maka kita pilih kereta luar.. bukan takde semangat nasional.. tapi face la hakikatnya, penguna mahukan kualiti! Bukan puluhan ringgit yang dipertaruhkan tapi puluhan ribu.. Masalah sebenar sebenarnya di sini! Pada management proton itu sendiri, tak perlu risau dengan saingan kalau kita mampu bersaing.. pro2 pun kereta buatan Malaysia.. tak usahla ungkitkan isu semangat nasionalism.. aku muak.. aku bangga jadi rakyat Malaysia.. jadilah rakyat Malaysia yang bermaruah.. Sebenarnya bila harga kereta luar dan kereta nasional tak jauh beza.. tiada lagi rasa bangga memiliki kereta import tapi kita akan berbangga memakai kereta nasional kerena ia melambangkan kita seorang patriotik.. tapi kalau kualitinya seperti sekarang kita akan dianggap kurang bijak kerana tetap memilih kereta nasional yang banyak kurangnya walaupun harganya lebih kurang sama.. fikirkanla.. Jadi proton hanya perlu berubah, jaga kualiti, jaga reputasi, perbaiki pengurusan dan pemasaran.. dan jangan terus-menerus harapkan "jagaan" aku yakin kita akan berbangga memiliki kereta nasional.. isu AP pun takkan timbul.. Apapun biarlah isu AP diperdebatkan oleh mereka2 yang layak..biarla Pak Lah selesaikan..

Kesimpulannya, janganlah kita cepat menunding jari.. nilailah dulu setiap perkara dengan objektif. Fikir dulu sebelum berkata-kata.. pandang cermin, tengok diri sendiri.. siapa kita? setiap perbuatan, penulisan atau apa saja.. akan ada penilainya.. semakin besar sesuatu perkara itu, semakin besar jugalah penilainya..

Tuesday, October 04, 2005

Stop and read...

"Biarkanlah bintang berkerlipan, kerana bintang dan Mawi dua elemen kehidupan berlainan. Nilai bintang dan Mawi adalah dua kesempatan yang kebetulan bertemu pada suatu ketika dan keadaan. Kesempatan itu menghasilkan ledakan kecil yang meriuhkan suasana di persekitaran hidup manusia yang melingkunginya."
Ini ialah part bagi artikel "Nafas Teaterikal: Mawi harus kenal sempadan diri" dalam Berita Harian 04/10/2005 Oleh Khalid Salleh.. Untuk full artikel sila klik sini

Bila baca artikel ni.. Aku rasa ia merupakan satu artikel yang sangat baik dan ingin di kongsi bersama kawan2 yang singgah di sini.


Selamat menyambut Ramadhan esok..

Moga-moga kita menjadi Insan yang lebih baik..


Bajet 2006

Yeeha! Elaun perkhidmatan awam naik, elaun sara hidup dapat.. hehehe.. aku bertambah kaya tahun depan.. jadi boleh gi shopping jap gi.. hehehe.. Mari amalkan prinsip beli dulu, lepas beli baru pikir.. Ni la yang pak Lah marah sangat ni sebab dia dah cakap kita kene berjimat cermat.. jadi aku buat keputusan tahun ni aku nak kurangkan jumlah duit raya.. hmm ok tak? Actually aku tak nak cakap lebih2 pasal bajet ni sebabnya aku hanya nampak apa yang aku nak nampak.. aku rasa most of us macam tu jugak.. yang mana ada kaitan ngan kita ja kita care lebih sikit.. lain-lain serah pada kerajaan.. bunyi macam tak berjiwa masyarakat Malaysia yang maju dan berwawasan tapi inilah hakikatnya.. contohnya aku kakitangan awam.. bende pertama yang aku nak tau mestilah pasal bonus.. berapa agaknya bonus tahun ni.. okla sebulan gaji atau minima RM1500.. Cuma yang menjadi persoalan.. takkan ada tahap minima ja.. bila masa nak ada tahap maksima? Bagi mereka2 yang bergaji 5 angka tu patut ada tahap maksima jugak dalam pemberian bonus.. tapi ntahlah.. bila periuk besar, keraknya banyak jugak kan? Hmm... It’s an open argument..

Tapi rasa-rasanyalah harga minyak pasti akan naik tak lama lagi.. kata orang kabarkan berita gembira dulu kemudian barulah kita cakap yang sedih2..barula impaknya tak teruk sangat. Tengok apa dah jadi kat Indonesia.. harga minyak naik almost 50% or more (tak pasti) and how rakyat dia punya reaksi? Very BAD.. Tapi Malaysia not that bad.. pemimpin kita is better. They know how to tackle us.. and I’m ok with it.. kita didedahkan dengan isu harga minyak dunia yang makin naik jadi kita psikologinya agak ready. Moralnya di sini kalau nak buat apa2 perubahan kena bagi orang faham dulu..why? barula kurang salah faham dan salah sangka.. Ni konsep yang sama jugak dalam hubungan sesama manusia.. fikir-fikirkanlah..

Kepada cikgu-cikgi moga bahagia.. macam banyak jugak peruntukan untuk mereka.. tak tau la diorang dapat direct impact atau tidak.. moga guru2 kita makin cemerlang, gemilang dan terbilang barula dapat lahirkan generasi malaysia yang mampu mentadbir dan menjaga kehormatan negara pada masa akan datang. Pada graduan yang menganggur pun kerajaan ada sediakan program, pandai2 la korang ek.. kitorang dulu (dalam tahun 2001) pun teruk jugak cari keje..kalau ada rezeki tak ke mana..tengok Mawi tu.(Opss! ;-D)

Jadi kesimpulannya bajet 2006 tidak menimbulkan banyak spekulasi dan semua orang nampak berpuas hati.. kurang jugak perdebatan di mana2 dan kawan2 pun kurang berbincang pasal bende ni.. kiranya kerajaan telah berjaya melakukannya dengan baik.. jadi aku pun tak perlulah cerita lebih2.. Tahniah kepada Pak Lah, moga dapat kekalkan dan moga janji2 tertunai..

Heheheh.. Bercakap pasal duit.. Peminat,penyokong,sahabat Mawi atau yang seumpama dengannya dah beli ke album "Best of MAWI WORLD MTV Karaoke"? Aku dah beli 1st day lagi :) Best gile.. Aku jamin korang puas hati! Harga berpatutan RM19.90 ada 2CD sebab ada intro dan dialog Mawi untuk setiap lagu. Pastu ia dimulakan dengan ulang tayang Mawi dinobatkan sebagai juara.. dapatlah kita menatap semula wajah terkezut Mawi yang penuh ikhlas dan jujur tu.. dan juga tangisan jantannya yang mahal.. walaupun ada ketika2 selepas dia kuar AF ni air mata dia macam mudah kuar sebab tension kot.. hehehe dulu duk kat sangkar emas semuanya orang jaga sekarang.. Mawi, marilah kita menongkah arus Tsumawi bersama-sama.. Moga tak lemas.. kayuh pelan2 ok.. MawiFC sentiasa ada di belakang Mawi insyaAllah.. Cuma Mawi ja takde belakang kitorang.. heheh.. Apa-apa pun, kawan2 jom beli VCD ni pastu beli album raya pulak.. pastu beli album full Mawi pastu beli tiket konsert Mawi pastu beli nasik beriani Mawi pastu beli kueh raya Mawi, laksa Mawi, coklat Mawi, Ais krim Mawi dan lain2 lagi.. hehehe.. membelila dengan bijak ok! Jangan biarkan diri anda mudah dieksploitasi..

Monday, October 03, 2005

Perjanjian...

Banyak sangat perkara yang berlaku dalam masa yang hampir sama.. kalau boleh semua nak tulis kat sini tapi rasa malas pun ada jugak.. jadi untuk menaikkan semangat aku, aku kena senaraikan perkara yang perlu ditulis.. macam perjanjian dengan diri-sendiri la ni.. Antara perkara yang berlaku minggu ni ialah:

1. Belanjawan Negara -> Ini la yang paling penting sekali.. macam2 nak ulas esp pasal kenaikan elaun dan bonus untuk kakitangan awam, pasal minyak, pasal royalti, macam2 lagi la kot.. kena baca betul2 ni, tak leh pakai taram ja tulih kat sini.

2. Pasal Selangor menang besar tahun ni.. Triple piala -> Terus terang aku bukan peminat bola.. siap wish lagi kalau boleh nak bakal suami yang tak minat bola tapi bola tahun ni menarik perhatian aku dan yang paling surprise aku boleh berbincang hangat dengan best pren aku pasal bola (What happen to me???) jadi nak tak nak aku respect la kat bola tahun ni sebab berjaya menarik perhatian aku kalau bukan minat pun.. p/s: Aku bukan penyokong Selangor.. HIDUP SELADANG!!! I still believe in u.. Huuu.. huuu…

3. Pasal Mawi di Kelantan dan macam2 Mawi -> Yang ni macam teringin ja nak tulih tapi kemungkinan besar tak tulih kot sebab tak pi Kelantan pun.. Cuma saja nak selit kat sini.. hehehe.. MAWI WORLD!

4. MAWIFC SHOUTBOX the FRIENDS: Bowling Tournament 2005 pada 2 Oktober 2005 -> Yang ni aku nak tulih sikit la.. maklumla join sama main bowling kat 1 Utama..

5. Aktiviti opis aku.. pasal meeting Photonic Interest Group (PinG) peringkat nasional -> nak promote sikit pasal event akan datang dan hmmm… ni personal sikit maklumla pasal kerje so.. tong.. hehehe..

Kesimpulannya, mampukah aku nak tulih semua ni? Cita2 dah ada.. tinggal nak buat ja lagi.. Ni tak termasuk event yang akan berlaku minggu ni.. Aku dah start Malas dah.. tulih lambat2 takut outdated plak.. jadi tengok dan lihatla.. lihatlah aku memotivasikan diri sendiri.. lagipun masa aku nulih bende2 ni pun malam ja.. disebabkan umah takde tenet aku selalu simpan dan upload pada pagi hari kat opis.. (masa2 warming up.. hehehe).. jadi tengokla.. aku berdoa pada diri sendiri moga aku mampu tulih semua ni kerana bagi aku ni la hobi terbaru aku dan mungkin hobi paling berpaedah sekali.. dan satu lagi ni blog aku.. suka hati aku la nak tulih apa kan.. hehehe.. moga hobi ni dapat bertahan lama.. aminnn….