Wednesday, October 05, 2005

Humban ke laut? Lagi-lagi AP!

Huarghhh.. ngantoknya.. Selamat Berpuasa Semua!!! Korang gi tarawih tak? Hmm, masing2 sendiri jawab la ok.. alhamdulillah kalau pegi kalau tak pegi takpe la.. lain kali pegi ek.. Sama-samalah kita menginsafi diri sempena bulan yang mulia ini.. jangan asyik ingat dunia ja.. akhirat jangan di lupa.. jangan pandai nasihat orang ja, diri sendiri kena jaga dulu..

Ok la, berbalik pada tajuk di atas.. apa lagi kalau bukan isu parlimen kita.. Tapi sebelum tu nak komen sikit pasal parlimen kita..(actually aku takut nak komen lebih2.. rasa macam merbahaya ja) Apa yang aku nak cakap secara ringkasnya dari pengalaman aku yang penah jadi pemerhati di dewan rakyat tahun lepas.. bagi aku tak semua pemimpin kita pandai menjaga bahasa.. memang di situlah tempat mereka berbahas dan kadang2 bagi aku mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya walaupun bergelar menteri sekalipun.. ntahla mungkin sebab amarah yang marah atau saja2 nak menghangatkan suasana sebab aku penah cakap yang kadang2 idea lebih mudah dicetus dalam bentuk provokasi..

Oklah, pasal humban ke laut.. Kesian Hattan.. ye lah dia menyanyi lagu Negaraku salah melodi atau yang seumpama dengannya kat Piala Malaysia hari tu.. aku tak tau seni muzik ni tapi memang kedengaran agak pelik la nyanyian dia tapi takkan la sampai boleh dikatakan pengkianat Negara dan patut humban ke laut? (Pengkianat negara bagi aku ialah penyeludup, pengedar dadah, orang yang jual rahsia negara, pemecah amanah, penerima rasuah, dan lain2 yang seumpama dengannya) Bagi aku ini overstatement dari salah seorang pemimpin kita.. tempat dia cakap pun kat dewan parlimen.. isk apa nak jadi ni? Betulla kata kawan aku, agaknya pemimpin2 kita pun dah terpengaruh ngan realiti tv.. dah macam kritikan malaysian idol pulak.. Cuma bezanya Malaysian idol tu bolehla di katakan kena pada tempatnya.. tapi bagi kes ni, Aku rasa Hattan memang salah dan patut ditegur tapi dengan cara yang lebih berhemah.. Cannot help to feel sorry for Hattan.. So, Hattan better buat pengakuan minta maaf secara terbuka dan tak perlu la dipanjangkan cerita ni.. memang memalukan..

Berbalik pada kisah AP, sebenarnya aku tak nak cakap pasal AP tapi apa yang aku nak cakapkan ialah punca sebenar isu AP ni menjadi sangat kecoh sekali.. Apa saja tindakan MITI aku tak nak komen tapi pasal proton yang masih memerlukan perlindungan kerajaan memang membuatkan aku agak hot (Ini memang aku tak tau naper.. tapi aku memang marah la kat proton personally) Why proton masih perlukan perlindungan kerajaan? Bagila berapa banyak alasan pun aku still tak leh terima.. bila kita cakap pasal kereta apa yang ada kat pikiran kita? Satu ja “REPUTASI!” ini la masalah sebenar proton.. with a good quality and a good price u can compete. Of course.. Cuba kita tengok pro-2, kenapa pro-2 tak perlukan perlindungan? Sesiapa yang pernah pakai kereta proton mesti tahu banyak problem akan muncul.. power window rosakla, meter tak naikla, alarm problem.. macam2 masalah kecil yang merimaskan.. Ini yang akan melambangkan kualiti dan menjurus pada reputasi.. Kalau kita beli kereta luar.. ada problem jugak, mesti ada tapi berapa %? Sebab tu bila kereta luar harganya tak jauh beza dari kete nasional kita, maka kita pilih kereta luar.. bukan takde semangat nasional.. tapi face la hakikatnya, penguna mahukan kualiti! Bukan puluhan ringgit yang dipertaruhkan tapi puluhan ribu.. Masalah sebenar sebenarnya di sini! Pada management proton itu sendiri, tak perlu risau dengan saingan kalau kita mampu bersaing.. pro2 pun kereta buatan Malaysia.. tak usahla ungkitkan isu semangat nasionalism.. aku muak.. aku bangga jadi rakyat Malaysia.. jadilah rakyat Malaysia yang bermaruah.. Sebenarnya bila harga kereta luar dan kereta nasional tak jauh beza.. tiada lagi rasa bangga memiliki kereta import tapi kita akan berbangga memakai kereta nasional kerena ia melambangkan kita seorang patriotik.. tapi kalau kualitinya seperti sekarang kita akan dianggap kurang bijak kerana tetap memilih kereta nasional yang banyak kurangnya walaupun harganya lebih kurang sama.. fikirkanla.. Jadi proton hanya perlu berubah, jaga kualiti, jaga reputasi, perbaiki pengurusan dan pemasaran.. dan jangan terus-menerus harapkan "jagaan" aku yakin kita akan berbangga memiliki kereta nasional.. isu AP pun takkan timbul.. Apapun biarlah isu AP diperdebatkan oleh mereka2 yang layak..biarla Pak Lah selesaikan..

Kesimpulannya, janganlah kita cepat menunding jari.. nilailah dulu setiap perkara dengan objektif. Fikir dulu sebelum berkata-kata.. pandang cermin, tengok diri sendiri.. siapa kita? setiap perbuatan, penulisan atau apa saja.. akan ada penilainya.. semakin besar sesuatu perkara itu, semakin besar jugalah penilainya..

No comments: