Tuesday, October 04, 2005

Bajet 2006

Yeeha! Elaun perkhidmatan awam naik, elaun sara hidup dapat.. hehehe.. aku bertambah kaya tahun depan.. jadi boleh gi shopping jap gi.. hehehe.. Mari amalkan prinsip beli dulu, lepas beli baru pikir.. Ni la yang pak Lah marah sangat ni sebab dia dah cakap kita kene berjimat cermat.. jadi aku buat keputusan tahun ni aku nak kurangkan jumlah duit raya.. hmm ok tak? Actually aku tak nak cakap lebih2 pasal bajet ni sebabnya aku hanya nampak apa yang aku nak nampak.. aku rasa most of us macam tu jugak.. yang mana ada kaitan ngan kita ja kita care lebih sikit.. lain-lain serah pada kerajaan.. bunyi macam tak berjiwa masyarakat Malaysia yang maju dan berwawasan tapi inilah hakikatnya.. contohnya aku kakitangan awam.. bende pertama yang aku nak tau mestilah pasal bonus.. berapa agaknya bonus tahun ni.. okla sebulan gaji atau minima RM1500.. Cuma yang menjadi persoalan.. takkan ada tahap minima ja.. bila masa nak ada tahap maksima? Bagi mereka2 yang bergaji 5 angka tu patut ada tahap maksima jugak dalam pemberian bonus.. tapi ntahlah.. bila periuk besar, keraknya banyak jugak kan? Hmm... It’s an open argument..

Tapi rasa-rasanyalah harga minyak pasti akan naik tak lama lagi.. kata orang kabarkan berita gembira dulu kemudian barulah kita cakap yang sedih2..barula impaknya tak teruk sangat. Tengok apa dah jadi kat Indonesia.. harga minyak naik almost 50% or more (tak pasti) and how rakyat dia punya reaksi? Very BAD.. Tapi Malaysia not that bad.. pemimpin kita is better. They know how to tackle us.. and I’m ok with it.. kita didedahkan dengan isu harga minyak dunia yang makin naik jadi kita psikologinya agak ready. Moralnya di sini kalau nak buat apa2 perubahan kena bagi orang faham dulu..why? barula kurang salah faham dan salah sangka.. Ni konsep yang sama jugak dalam hubungan sesama manusia.. fikir-fikirkanlah..

Kepada cikgu-cikgi moga bahagia.. macam banyak jugak peruntukan untuk mereka.. tak tau la diorang dapat direct impact atau tidak.. moga guru2 kita makin cemerlang, gemilang dan terbilang barula dapat lahirkan generasi malaysia yang mampu mentadbir dan menjaga kehormatan negara pada masa akan datang. Pada graduan yang menganggur pun kerajaan ada sediakan program, pandai2 la korang ek.. kitorang dulu (dalam tahun 2001) pun teruk jugak cari keje..kalau ada rezeki tak ke mana..tengok Mawi tu.(Opss! ;-D)

Jadi kesimpulannya bajet 2006 tidak menimbulkan banyak spekulasi dan semua orang nampak berpuas hati.. kurang jugak perdebatan di mana2 dan kawan2 pun kurang berbincang pasal bende ni.. kiranya kerajaan telah berjaya melakukannya dengan baik.. jadi aku pun tak perlulah cerita lebih2.. Tahniah kepada Pak Lah, moga dapat kekalkan dan moga janji2 tertunai..

Heheheh.. Bercakap pasal duit.. Peminat,penyokong,sahabat Mawi atau yang seumpama dengannya dah beli ke album "Best of MAWI WORLD MTV Karaoke"? Aku dah beli 1st day lagi :) Best gile.. Aku jamin korang puas hati! Harga berpatutan RM19.90 ada 2CD sebab ada intro dan dialog Mawi untuk setiap lagu. Pastu ia dimulakan dengan ulang tayang Mawi dinobatkan sebagai juara.. dapatlah kita menatap semula wajah terkezut Mawi yang penuh ikhlas dan jujur tu.. dan juga tangisan jantannya yang mahal.. walaupun ada ketika2 selepas dia kuar AF ni air mata dia macam mudah kuar sebab tension kot.. hehehe dulu duk kat sangkar emas semuanya orang jaga sekarang.. Mawi, marilah kita menongkah arus Tsumawi bersama-sama.. Moga tak lemas.. kayuh pelan2 ok.. MawiFC sentiasa ada di belakang Mawi insyaAllah.. Cuma Mawi ja takde belakang kitorang.. heheh.. Apa-apa pun, kawan2 jom beli VCD ni pastu beli album raya pulak.. pastu beli album full Mawi pastu beli tiket konsert Mawi pastu beli nasik beriani Mawi pastu beli kueh raya Mawi, laksa Mawi, coklat Mawi, Ais krim Mawi dan lain2 lagi.. hehehe.. membelila dengan bijak ok! Jangan biarkan diri anda mudah dieksploitasi..

6 comments:

PurPlè said...

Ko mengingatkn aku kpd kain mawi. Sampai skrg aku x tau camna rupanya, cuma dpt byngkn jer sbb dah dgr org citer. Pasar ramadhan esok, maybe ada murtabak mawi...

Anw, bout budget, i have nothing to comment. Yeah we should spend less... kurangkan duit raya tu satu cadangan yg baik. ;-)

Anonymous said...

tak dpt buat haloscan lagi ke?

juz, kain mawi ada tulis kat bawah Mawi World....

Anonymous said...

Hi Saira...
Selamat Pg!! Tak tahu la Min pernah tgk Kain Mawi ke tak.. cantik ke papaadlis? a ah juz.. nanti kat pasar ramadhan.. mesti ada kuih kuih ngan makanan Mawi.. syiok jugak tgk gelagat peniaga nak tarik pelanggan.. muehehehe

Saira said...

papaadlis.. i rasa u kene resend email la sebab takde apa2 pun dalam tu.. just promo email mawimail ja..

Aku dah tengokla kain Mawi tu.. ok la, tapi aku tak bekenan sangat corak dia.. corak abstrak.. lagipun takut jadi streotaip.. nanti kalau ramai pakai serupa karang camna?

Anonymous said...

huh? e-mail takde? hmm... conpius. okay just go to my comment column, kat bawah sekali ada haloscan (basic account) click and register. get the auto install supaya tak delay and immediatly u can get the haloscan. give a try.

bulan puasa ni kalau tak bubur lambuk mawi, bubur lambuk felda taib andak famous kot?

Anonymous said...

confirm e-mail dah send out... pasal takde ek?