Monday, February 06, 2006

Isu Gambar Kartun

"Asking me whether I regret publishing the cartoons is like asking a rape victim if she regrets wearing a short skirt Friday night at the discotheque."

Flemming Rose, Jyllands-Posten's culture editor

Isu Gambar Nabi Muhammas S.A.W dan penghinaan terhadap Islam amat mengganggu minda, hati dan perasaan aku.. Kita telah dihina dengan alasan "Fredom Of Speech".Kenapa kita begitu di pandang hina oleh masyarakat dunia.. Bila perkara begini terjadi apa yang harus kita lakukan? Apa yang perlu diubah? Kenapa mereka begitu berani? Bagi aku punca sebenar kejadian ini ialah kurangnya sensitiviti media barat terhadap penganut Islam seluruh dunia dan mereka juga TIDAK MENGHORMATI AGAMA ISlAM dengan mengaitkan Islam dan pengganas. Dalam erti kata lain.. kita telah di buli. Mereka merasa diri mereka kebal dan kuat. Orang Islam tidak bersatu.

Apa tindakan kita?
Adakah membalas dgn melakukan keganasan seperti membakar kereta, mengebom pejabat kedutaan atau ugutan bunuh merupakan penyelesaian? Tentu sekali tidak jawapanya.. Kalau nak berperang.. bagi aku perang betul2 bukan secara emosional dan memburukkan lagi pandangan kita di mata masyarakat. Tapi perang juga bukanlah penyelesaian.. Serangan ekonomi? mampukah kita? Selagi kita tak bergabung dan bersatu mmg impossible.. Jadi satu langkah yang bijak dan tegas patut difikirkan. Bagi aku Tidakan Arab Saudi dengan menutup kedutaan boleh diterima pakai.. Apapun aku mmg tak terpk langkah bijak apa yang patut di ambil.. Yang pasti aku harap kejadian ini dapat menyedarkan umat Islam sedunia bahawa betapa lemahnya kita dan betapa pentingnya untuk kita bersatu supaya tidak terus dibuli.
Langkah yang paling mudah ialah memboikot saja barangan dari Denmark.. We should start somewhere.. nak boikot every country yang siar gambar tu mmg impossible.. It is the least we can do.. impaknya? Wallahualam.

Paling dikesali?
Kegagalan media barat memahami sensitiviti masyarakat Islam sedunia memang patut dikesali.. Tapi itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan kekesalan aku pada sesetengah orang Islam kita sendiri.. Pergilah ke forum2 seperti cari.com.my dan lain2 yang membincangkan isu ini. Dengan jelas wujudnya orang Islam yang memperlekehkan orang Islam sendiri dan menyokong tindakan media barat ini. Mereka mempersoalkan ketelusan agama Islam itu sendiri. Siapa mereka?

Adakah sensitiviti kita ini tepat dan kena pada tempatnya?
Fikir kembali.. selepas kemangkatan Nabi Muhammad S.A.W, apa yang dilakukan oleh saidina Abu Bakar? Memerangi golongan murtad.. Kita perlu ingat dan jelas yang melukis dan menghina Nabi kita adalah orang kafir yang jelas tidak memahami agama kita.. Yang jelas tidak menghormati agama kita..

Semoga Isu ini dapat diselesaikan dan negara2 Islam akan bersatu. Pengajarannya.. Walau apa agama pun yang dianuti.. HORMATlah..

"Respect is something you have to Gain."

No comments: