Monday, November 28, 2005

Be Yourself!

Sedih.. sape la yang tak sedih.. kalau betullah seperti yang di kata.. mmg memalukan Malaysia ja.. Isu PDRM kita mendera warga China memang amat memalukan.. tambahan pula ia dilakukan oleh wanita kepada wanita jua.. Isu menanggalkan pakaian rasanya bukanlah isu utama kerana bagi tujuan pemeriksaan badan rasanya ia bukanlah pertama kali kedengaran tetapi mempermainkan maruah wanita itu sendiri dengan menyuruhnya melakukan ketuk ketampi dalam keadaan itu amat menjengkelkan.. Hairan sekali, begitu rendahnya kita memandang orang lain.. Begitu kejamnya pemikiran kita menggunakan kuasa untuk memuaskan hati dan merasa diri kita lebih hebat dari orang lain. Kesan tindakan ini bukan sahaja memalukan Negara malah memalukan kaum wanita sendiri..

Siapa kata wanita tidak boleh berlaku kejam.. malah sebenarnya wanita mampu berlaku lebih kejam dari lelaki lagi.. Ini kerana kekuatan wanita bukan terletak pada fizikalnya tapi kekuatannya menanggung sesuatu emosi itu.. Tidak hairanlah kalau kita melihat banyak hati wanita dihancurkan oleh wanita lain.. tetapi kekuatan emosi wanita juga merupakan sumber ketabahannya.. Kalau bercakap mengenai wanita memang takkan habis.. aku sebagai wanita pun kadang kala tidak memahami wanita lain.. Tetapi lelaki juga bukan mudah untuk difahami.. kecenderungan mereka kepada sesuatu juga memeningkan kepala.. Bola dan WWE adalah 2 perkara yang paling aku tak fahami.. Macam manalah mereka mampu menonton bola selama berjam2? Dan apalah yang seronoknya melihat orang berlawan guling2 yang bagi aku hanya memberi kesan negative kepada masyarakat secara umum.. Yang kadang kala ia kelihatan seperti lakonan semata-mata..

Bukanlah tujuan aku untuk membandingkan wanita dan lelaki dalam penulisan aku kali ini.. terlalu sedikit contoh dan ulasan yang di sentuh oleh aku.. dalam erti kata lain.. tak cukup sampling yang digunakan.. Yang pasti lelaki dan wanita saling melengkapi antara satu sama lain.. tiada siapa yang lebih dan tiada siapa yang kurang.. Namun dalam setiap perilaku mesti ade kesederhanaan.. mesti ada kawalan.. Gurauan ada hadnya.. Keterbukaan juga amat penting.. memandang rendah orang lain jangan sekali.. tapi proud dan self confidence mesti ada..

Kita tidak akan dapat memahami orang lain secara sepenuhnya tetapi kita dapat menerima mereka seadanya.. Menjadi diri sendiri adalah satu kepuasan dalam kehidupan.. Kepelbagaian kita juga mewarnakan hidup ini.. Dalam melakukan kelainan kita mengambil risiko.. for better or worst takdir yang menentukan.. Bak kata Mawi, hidup mesti berani.. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan.. kadangkala kedengaran terlalu banyak kutukan kepada bangsa kita sendiri.. Kalau bukan kita yang menyokong siapa lagi… Ops.. aku off-topik.. Paham-paham je la.. hehehe adios this time..

Thursday, November 24, 2005

Sesekali serius.. kita bercakap pasal German..

Aku pernah menyatakan kepada seorang rakan di sini yang aku akan menceritakan gaya hidup masyarakat Jerman di blog aku.. Setelah sekian lama akhirnya aku menulis juga.. mungkin juga ini masa yang paling sesuai.. minggu depan supervisor aku di sana akan datang melawat projek kat sini.. Rasanya cepat betul masa berlalu.. Ahad ni aku gi amik dia kat klia.. cancel segala plan utk hari ahad.. dan aku akan cuba layan dia sebaik mungkin supaya dia maafkan segala kekurangan projek tu nanti.. Harap2 la.. Apapun kenangan di Jerman dulu banyak mengajar aku erti hidup dan mematangkan bahawa sesungguhnya kita manusia sama sahaja.. yang berbeza cumalah cara kita.. Biar siapa pun kita, kehendak manusia tetap sama.. pemikiran di bentuk oleh bangsa dan cara hidup sesuatu kaum itu..

Aspek pertama ialah bahasa.. bahasa german memang merupakan bahasa utama dan mereka amat berbangga sekali.. tak ramai yang mengetahui bahasa inggeris, kalau di kedai2 nampak sangat yang mereka malu untuk menuturkan bahasa inggeris.. malah bila aku berbual dgn rakan yang paling baik di opis pun aku berbual dgn bantuan kamus eng<>german.. mmg kelakar dan menarik.. aku paling suka mengusik diorang dgn kelemahan diorang ni.. jadi diorang akan balas dendam dgn menyuruh aku berbahasa german.. maka jadilah ayam dan itik di mana mereka bercakap inggeris.. aku bercakap german.. kesimpulannya mmg fail.. hahaha… bhs german aku mmg hancur!

Kemudian pasal taraf hidup.. amat susah sekali nak jumpa golongan miskin.. sebabnya mmg jurang ekonomi amat kecil sekali.. bukanlah kerana mereka hebat sangat tapi kerana sistem kerajaan mereka. Mungkin pengaruh komunis masih tebal lagi tapi nampaknya mereka gembira begini.. aku mmg terkejut sekali bila dapat tahu.. hampir 50% gaji mereka harus diberikan kepada kerajaan.. kalau bukan beragama kristian mungkin hanya 40% sahaja utk tax.. malah penganggur juga dapat gaji.. begitu juga golongan tua tak perlu risau anak2 tidak membantu kerana duit utk ibu bapa termasuk dalam tax dan diuruskan oleh kerajaan.. aku tak setuju sebenarnya.. tapi rata2 mereka tak kisah.. bagi aku akan ada golongan yang malas bekerja tapi gaji yang diperolehi dari bekerja berbanding dari kerajaan apabila menganggur agak jauh.. jadi bekerja adalah lebih baik.. jadi tak hairanlah kalau German merupakan Negara terkaya di eropah dan kelima terkaya di dunia…

Bercakap pasal kereta.. seperti Malaysia, mereka sungguh bangga dengan kereta German.. (hehe.. aku pun bangga ngan kereta nasional walaupun well u know..) Tapi kereta German mmg tiada tandingan.. aku paling tertarik dengan kereta mini mereka.. well BMW tak payah citer la.. Tapi menurut rakan aku mereka lebih suka membeli kereta France sebab harganya lebih murah.. Dalam berbual pasal kereta aku telah berjaya membodek salah seorang dari mereka supaya membenarkan aku memandu kereta miliknya.. bagi aku amat menarik sekali sebab mereka memandu arah yang bertentangan dari kita.. mmg ralat la sebabnya semuanya terbalik.. kawal gear tangan kanan dan paling menakutkan bila hendak membelok.. maklumla.. kalau nak ke kiri kene cross.. Walaupun aku hanya dapat berpusing2 sekitar kawasan tempat kerja aku.. tapi aku cukup puas.. hehehe.. Thanks a lot to Tom! I love U la.. Kesimpulannya orang German ni nice walaupun serius..

Sampah.. Ini paling aku tak leh terima.. mereka harus bayar untuk sampah2 yang dibuang.. ada tiga peringkat bayaran bergantung kepada saiz tong sampah.. jadi mereka begitu menitik beratkan bagaimana sampah dibuang.. kotak2 akan dilipat sekecil mungkin dan kadang2 merupakan aktiviti yang menyeronokkan jugak.. ade jugak yang curi2 membuang sampah pada tong sampah orang lain..(aku tak penah nampak tapi diorang la yang citer) Pasal bab ni aku selalu kritik diorang dan diorang pun tak menafikan..

Remaja Jerman? Sama seperti kita.. berbeza dengan golongan terdahulu dan di sini aku dapat lihat wujudnya collapse of tradition.. sama seperti kita.. masalah remaja mereka juga sama.. arak dan rokok perkara biasa.. suka berkumpul di pub2.. rasanya setiap remaja juga mempunyai isu yang sama.. tak banyak boleh cerita sebab tak bergaul dengan mereka..

Apa lagi yang patut aku cerita mengenai gaya hidup mereka? Oklah.. aku akhiri dengan jokes yang selalu dikatakan oleh orang British kepada mereka “ You will never see Germans laugh.. because when they want to laugh, they go to basement” lebih kurang gitu la diorang bagi tau aku.. Tapi aku tak setuju sama sekali.. sebabnya? I have a good laugh with them..

I Love Germany! And I Love Alexander and errr.. Tom too.. hehehe..
Mawi? Who’s Mawi? ahak ahak ahak.. Oooo.. my Mawi… ;-)

Monday, November 21, 2005

Harry Potter and The Goblet of Fire (Fantastik!)

Finally.. Aku rasa beban di bahu aku agak berkurangan.. Sememangnya meeting mmg boleh mengurangkan masalah.. aku bernafas dengan lebih baik weekend ni.. aku nak nyatakan aku lebih selesa pergi keje minggu ni berbanding minggu lepas.. tapi minggu ni mungkin sibuk sikit sbb nak bersedia utk event minggu depan yang merupakan sumber kerisauan aku.. ops.. stop pasal keje.. tak berape best utk dibincangkan..

Balik pada topic utama.. Yes.. akhirnya aku dapat jugak tengok citer HP4 ni.. mmg banyak masalah aku nak nengok citer ni.. I'm a BIG FAN of Harry Potter! Kalau dulu website J.K Rowling dan The Harry Potter Lexicon merupakan website wajib aku setiap hari tapi semenjak mawi ade.. ranking jk rowling dah turun malah dah lama aku tak bukak. Hehehe.. tapi itu tak bermakna aku tak teruja utk nengok filemnya yang ke-4. Mcm2la masalahnya.. aku memestikan diri aku utk tengok citer ni minggu ni jugak jadi plan A, tengok ngan opis-mate.. tak jadi, pastu tgk ngan housemate dia balik kg lak.. tgk ngan kawan ‘A’ dah ajak, dia kata ok tapi aku rasa cam segan nak tetapkan masa kononnya nak dia ajak dulu, kawan ‘B’ dah jumpa pun sabtu lepas tapi bila dah jumpa dia kata tak leh lak jadi buang karan je la jumpa dia.. wasting my Saturday.. hehehe takde la, best jugak jumpa dia cuma frust sikit la.. actually frust banyak la sbb dah plan baik punya jadi last2 aku menekadkan diri pegi je lah tgk wayang sorang2 ahad pagi.. peduli ape.. First time aku tengok wayang sorang2 tapi sbb dah tension tahap world.. tak kisah la.. surprise.. surprise.. aku tak rasa kekok pun.. hmm..

Bagi aku this is THE BEST Harry Potter movie if compare to previous 3.. Aku puas hati sebagaimana aku puas hati menonton LOTR.. Cerita ini berjaya diadaptasi dari buku dengan baik.. bukan senang nak memuaskan hati pembaca buku macam aku.. aku ingat betapa frustnya aku bila tgk HP3 (Prisoner of Azkhaban).. atau mungkin hp3 begitu teruk jadi aku expect less and get more. Mana tahu.. Walaupun ada beberapa adegan diubah tapi utk kesesuaian movie yang takkan mampu memasukkan semua adegan dan character aku rasa cerita ini diolah dengan baik. Kesan khas nampak real (well it’s magik). Cuma watak Victor Krum agak lari dari imaginasi aku tapi masih ok compare watak Sirius Black dlm hp3. (Sirius Black patut lebih hensem.. more hensem! Marah betul aku.)

Dari segi jalan cerita. Hmm nothing surprise me, it’s darker and adventurer.. susah aku nak olah sbb aku baca buku jadi I know too much! Tapi kalaula pengarah hp4 dikekalkan utk hp5 aku rasa mesti best.. For info: buku hp4 lebih panjang dari hp3 malah buku ke-2 terpanjang selepas hp5.. Buku Harry Potter ade 7 kesemuanya dan setakat ini baru 6 siri buku ini diterbitkan dan J.K Rowling sedang berhempas pulas menulis buku ke-7 iaitu yang terakhir sambil sibuk melayan baby girlnya yang baru lahir.. Jadi, berjanggutla aku kene tunggu Final book of Harry Potter.. Keep working Rowling!

Back to movie, Antara watak yang dibuang dari buku ialah house-elfs (Winky & Dobby), Mr Bagman, keluarga Dursley, dll. Watak spt Malfoy dan Snape juga kurang ditonjolkan.. tapi takpe sebab focus utama ialah Harry. Malah lakonan Radcliffe (Harry) lebih baik dan matang. Kalau buku boleh menyebabkan aku sedih bila Cedric mati.. film ni jugak berjaya mengusik emosi aku.. malah pemilihan pelakon utk watak baru (Cedric, Rita Skeeter, Mad Eye Moody, Crouch Jr, Madame Maxime, Karkaroff, Fleur Delacour, Hungarian Horntail(eh, boleh masuk sekali ke dragon ni? Hehehe) dll) pun sungguh baik sekali. Tapi pelakon utk watak Cho Chang patut lebih cantik.. setahu aku it’s a very long lines to choose this girl tapi why her? Harry crush kat this girl and Cedric too? So I expect more. Hmm baik pilih aku. Watak Krum lak susah nak describe bukan tak ok tapi aku bayangkan lain.. bolehla..

Secara keseluruhan aku bagi 4 bintang utk citer ni.. Keseronokan membaca buku direalisasikan oleh movie ini. Sekurang-kurangnya aku tak terpanggil utk re-read buku ni macam terjadi bila aku tgk hp3 hari tu.. Anyway nothing can compare the details of the book.. Adegan akhir pertembungan ngan Voldemort berjaya dibawa dengan baik tapi kalau boleh aku nak ianya panjang sikit.. Kesimpulan cerita pun tak di olah panjang.. tapi kalau aku keep comparing ngan buku mmg cerita ni tak mungkin dapat 4 bintang mungkin way lower.. tapi be realistic.. cerita ni mmg best. Jadi kepada yang tak tengok lagi.. Pergilah tengok.. tak rugi!

Harry… I Love You… Mawi.. I still Love You… hehehe..

Friday, November 18, 2005

Pelancaran Album Solo Mawi dan MawiFC bubar???

Assalamualaikum wbt.. Sebelum aku nulih ape2 kali ni aku nak ucapkan tahniah kat Mawi sebab akhirnya terlancarlah album solo beliau Yang Tercinta yang sememangnya ditunggu2 oleh aku selama ini.. dan hasilnya.. hmm aku puas hati.. aku suka semua lagu2 dalam album ni.. tak de satu pun aku tak suka melainkan suka belaka.. hahaha.. dan pastikan kalau korang beli album Mawi.. belilah yang original kerana sesungguhnya Mawi tak sokong cetak rompak.. chee wah.. hehehe.. kempen kejap!

Siapa sangka siapa menduga.. majlis gilang-gemilang pelancaran album Mawi dan konsert amal di PWTC 16hb yang lalu datang bersama-sama pakej kontroversi dari mawifc.. mawifc bubar? Benarkah? Bagaimana boleh jadi? Pada malam majlis pelancaran album sulung Mawi? Berita manakah yang lebih sensasi dan berita manakah yang lebih penting? Pelancaran album atau pembubaran mawifc? Atau kedua-duanya saling bertindakbalas sehingga menjadi berita yang terlalu besar dan panas? Isu ni mungkin tidak sesuai diulas oleh aku yang bukannya sesiapa dalam mawifc.. aku hanyalah peminat/penyokong biasa yang tetap dan terus menyokong Mawi dan percaya kepada kemampuan Mawi berfikir sendiri..

Kalau ikut plan asal aku.. selepas raye ni aku mmg nak stop mengejar Mawi.. aku akan buat yang mudah2 saje.. beli album dia dan sertai event dia kalau ade masa.. malaslah nak terlalu amik tahu pasal Mawi kiranya aku tetap sokong Mawi tapi sokong dari jauh ja la.. rasanya lebih mudah macam tu tapi 14/11 haritu aku dapat invitation dari kak waiem la plak utk jadi ajk sukarela utk mlm 16hb.. hmm aku penah bagi nama kalau2 ade kekosongan utk sukarela malam tu.. tak sangka lak betul2 jadi.. hehehe.. ape jadi ngan plan aku ni? Jadi setelah berbual2 ngan kawan2 aku.. diorang pun menggalakkan aku utk sertai event ni sebabnya diorang menuduh aku anti-sosial (hehehe.. betul ke? Mungkin kecenderungan aku buat xtvt indoor spt membaca dan menonton kot.. ntah la) so.. aku on je lah.. utk join xtvt macam ni, bagi aku komitmen amat penting.. kalau tak, tak perlu join jadi aku amik cuti pada 16hb dan bermula dari malam 15hb aku dah mula terlibat melakukan kerja2. hmm barulah aku tau macam mana kerje belakang pentas.. banyak keje rupanya.. pengalaman baru utk aku..

16hb aku datang awal ke PWTC utk melakukan tugas2.. waktu ni aku kenal lebih ramai orang2 kuat mawifc.. tak dinafikan 2,3 kali terlintas kat otak aku.. what am I doing? Rasa macam tak berape real aku sanggup buat semua ni.. fanatic ke aku? Ape tujuan aku? Semua persoalan aku tanya pada diri sendiri.. adakah sebab nak jumpa Mawi? tapi aku takde expectation dalam hal ni.. aku tak rasa aku akan ade peluang jumpa Mawi.. bagi aku, aku cuma nak menambahkan kenalan dan merasai pengalaman baru.. itu je.. sibuk mmg sibuk.. dalam jam 5 ptg.. aku dan kawan aku akhirnya stop keje jap gi tukar baju utk event mlm tu (kami di minta memakai jubah seluar) baru je nak kuar dewan.. tiba2 Mawi lalu depan aku.. terkezut seketika.. rupanya Mawi datang nak buat rehesel.. tapi tak tau nape aku tak begitu teruja utk melihat Mawi.. mungkin sbb penat dan juga mungkin sbb takut di tuduh mengambil kesempatan.. dlm erti kata lain aku dah set dlm otak aku.. Mawi is not the main point aku buat keje ni tapi Mawilah pendorong utama aku.. jadi after aku tukar baju dan bersiap2 Mawi masih lagi menyanyi di atas pentas.. nak tgk tak nak? Hmm tgk la kejap.. tapi aku tak ambil gambar sgt. Kiranya adala 2, 3 kali Mawi lalu depan aku.. hehehe tiap kali Mawi lalu pergerakan aku mesti terstop kejap.. seronok sebenarnya tersengih2 tgk Mawi.. pastu dapat kongsi dan berbual2 citer pasal Mawi ngan kawan2 baru.. tapi aku rasa la, Mawi will never remember me.. too many fan la mamat tu..

Malam tu sblm event start.. isk teramatlah sibuknya sebab ade barang sampai lambatla dll lagi.. tapi bila event start dalam kul 9.. semuanya lebih tenang dan aku just blend in kalau2 aku diperlukan bertugas utk ape2.. excited gak ni.. majlis berjalan lancar.. kitorang sebenarnya sibuk arrange hadiah2 dan cenderahati utk anak2 yatim dsbgnya.. hehehe.. yang aku tensionnye.. everytime aku gi hujung sana.. Mawi gi hujung sini.. bila Mawi gi bilik belakang aku dok kat depan lak.. isk tak berjodoh aku ngan Mawi ni.. hehehe.. (gatal gak aku ni nak menatap Mawi close-up) Kiranya Mawi ensem gile la esp bila dia pakai baju D’reka batik.. mmg hensem bangat.. (jgn jeles, aku dah pegang baju tu.. pegang baju je la..baju pun jadi la.. hehehe **gatal tahap gaban**) pastu lepas fesyen show tibalah masanya pelancaran album Mawi.. kelakarlah.. org yang gi mlm tu tau la.. ucapan Mawi yang kelakar.. (comelnye Mawi bila gelak).. lepas ucapan2 dll tibalah mini konsert Mawi.. hehehe… Mawi nak nyanyi lagu baru.. walaupun dah dengar waktu rehesel tapi perasaan nye lain bila dgr tepukan gemuruh tetamu..

Mawi nyanyi 5 lagu.. tapi lepas nyanyi 2 lagu dia berenti minum air dgn selambanye.. Suara Mawi mmg mantap dan best.. silap la kalau orang kate dia tak berbakat.. Mawi memang BERBAKAT.. I love u Mawi! (ops.. ade kene mengene ke?) Sebelum Mawi nyanyi lagu perempuan.. dia siap kate “lelaki nak buat ape?” hehehe bangga aku jadi perempuan tapi kalau jadi lelaki lagi best sebab dapat salam Mawi.. hehehe..Mawi nyanyi 5 lagu, Cinta Hakiki, Kian, Aduh Saliha, Perempuan dan lagu jiwa lagu cinta.. Gandingan yang sangat mantap antara Mawi dan sifu.. mmg best gile dan semua penonton teruje termasuklah aku yang duk tgk dari sisi ja.. Sementara tu aku sempat jugak jeling2 kat Jimmy (trek selebriti) adus.. mamat ni mmg cute la.. hensem sgt.. aku pun bergambarla ngan dia dan amik signs dia tapi dlm sibuk2 tu hilang pulak kertas yang si Jimmy tu signs.. pening rupanya aku ni.. Mawi punye pasal la ni..

Tiba2 ntah dari mana aku dengar kabar yang tak berape best dan semua orang skrg pun dah tahu pasal PC yang dilakukan oleh beberapa org kuat mawifc sewaktu mawi buat show tadi.. kak ita dll nampak amat blur sekali termasuklah aku dan beberapa ajk bertugas lain.. ape sebenarnye dah berlaku? mawifc dah bubar??? Isk biar benar? Tak logik rasanye.. macam mimpi pulak.. waktu tu mmg sedih.. dari perbualan aku ngan beberapa org ajk.. pelbagai kabar angin mengenai sebab2 timbul.. perkataan SABOTAJ jugak kedengaran.. mawifc sabotaj mawi??? Ape dah jadi ni? Bubar mawifc pada majlis perlancaran album solo Mawi?? waktu tu aku kesian sangat kat Mawi.. rasa nak nangis tapi rasa macam over lak kalau nangis.. jadi tak nangis la.. tapi mmg suasana agak kelam-kabut dan muram.. Waktu tu aku hanya mampu berbual2 dan cuba2 mengorek cerita sebenar.. maklumla aku ni bukanlah sesiapa dalam mawifc.. Kalau boleh aku tak nak Mawi tau..Sampai hati diorang buat cam2.. kesian Mawi.. kemudian Mawi naik balik pentas umumkan grand prize utk cabutan bertuah.. nampak Mawi ok ja.. dia dah tau ke blom? Mawi.. Mawi..

Lepas je diorang nyanyi lagu gelang si paku gelang utk tutup majlis.. satu lagi PC di buat oleh pihak Mawi pulak utk menjawab isu yang baru timbul ni.. aku dan kekawan masih lagi blur.. boleh ke tengok PC tu? Rupanya ajk bertugas boleh tengok jadi aku pegi la tgk.. Mawi pun ternyata nampak terkejut ngan berita ni.. waktu tu aku nak je bagitau Mawi.. “It’s ok Mawi.. kitorang masih ada..” Nasib baik aku nampak kak Ita menampilkan diri bersama di PC itu bagi pihak mawifc menyatakan sokongan masih pada Mawi.. beberapa sesi soal jawab berlangsung.. kalau korang tgk Malaysiaview.tv korang boleh tgk PC tu.. pastu tiba2 ajk2 Mawifc yang lain dipanggil utk berdiri di belakang Mawi utk menyatakan sokongan.. walaupun aku bukanlah ajk mawifc.. (only ajk for that event) tapi aku pergi jugak.. sebabnya? Kalau boleh aku nak je semua2 rakyat2 biasa yang tetap menyokong Mawi berdiri di belakang Mawi menyatakan sokongan berterusan.. Dalam masa yang sama tipulah kalau aku kata aku tak teruja utk berdiri di belakang Mawi…

Dari apa yang aku nampak dan dengar.. aku nak nyatakan kat sini.. Tindakan ‘2/11’ tu mungkin ade sebabnye tersendiri.. aku adele dengar cerita dari ‘mereka2 yang mengetahui’ tapi bagi aku tak perlulah kita terlalu mengharapkan Mawi menjadi seperti acuan yang kita mahu.. biarlah Mawi menjadi Mawi.. Aku percaya Mawi mampu berfikir dan masih belajar memperbaiki diri.. Tak dinafikan mereka2 ini telah banyak berjasa dan berkorban demi Mawi cuma yang aku kesalkan kalau sayangkan Mawi kenape begini caranye? Cuba-cubalah menerima Mawi seadanya dan biarlah dia membuat kesilapan kerana dari kesilapan sendiri barulah wujudnya pengalaman dan pelajaran.. Tak perlu kita jaga Mawi tu sangat.. Lain la kalau Mawi buat sesuatu yang terlampau hingga tidak boleh di maafkan.. sebagai manusia, kita tidak sempurna dan sentiasa dalam proses pembelajaran.. Biar Mawi menjadi Mawi.. Inilah pendapat aku.. kalau ye pun tak perlulah sampai nak buat PC utk letak jawatan.. ape gunanye mawifc.net tu? Bukanke itu tempat hebahan maklumat terutama bila ia berkaitan perkara dalaman FC.. dan kalau nak jugak buat PC buatlah masa lain yang lebih sesuai..

Biar siapapun yang bakal menerajui mawifc akan datang.. selagi ia menyokong Mawi dengan ikhlas.. Aku sokong! Sebab sokongan aku adalah ‘Mawi-Based’.. Kalau takde kelab pun aku yakin sokongan terhadap Mawi masih kuat!

Dunia.. Dunia.. Mawi kata.. Ini merupakan dugaan kecil sahaja.. Ade rotan yang lebih besar di akhirat nanti.. Moga Mawi sentiasa berpegang pada World World juga.. Akhirat Jangan Lupa..

p/s: Sorry lah panjang benar rasanye.. Fanatik jugak aku ni rupanya.. (baru tau ke? **pening2**) Aku mmg rasa macam tak logik je aku ni.. Lepas ni aku berubah. Hehehe.. aku sedar mawi tu hanyalah artis..

Friday, November 11, 2005

Sembang Raya & Fairytale aku..

My dearest parents
me and part of us
Family abang aku
My dearest brother and sister

Hmm.. Lama sungguh tak update blog ni.. maklum le raye sakan.. ahakss.. smlm baru masuk keje.. kirenye cuti 12 hari la termasuk cuti umum.. Raye kali ni tak semeriah tahun2 lepas sebab buat pertama kalinya kami beraya tanpa atok dan opah di kedua2 belah abah dan mak.. jadi pagi2 raya lepas sembahyang raya dan bermaaf-maafan kami terus pegi ke kubur atok2 dan opah2.. Kalau dulu akan berkumpul rumah atok tapi kali ni kami terus ke rumah sedara mara tu pun 3 buah rumah ja.. pastu balik umah tunggu kalau2 ade orang nak datang.. sambil2 tengok tv ;-D.. Kakak aku ngan husband dia tak balik kg raye ni jadi kurang sorang ahli la.. caling2 je la.. Yang peliknye dalam kami dok syok bergambar hari raya tak dak satu pun gambar kesemua ahli keluarga bersama di ambil.. semuanya gambar pecah2 ikut suka hati.. hehehe.. abang aku yang mmg jurukamera professional pun tak kuarkan kamera dia.. dok guna kamera aku ja.. kira ok gak la.. yang penting ade gambo.. hakss..
***promote sikit, kalau nak tempah kad kawin ke, jurukamera kawin ke boleh contact aku.. abg aku buat bisnes ni.. kedai dia kat K.Klawang, n9. Cuma kalu amik gambo tu area n9 la, kad kawin ok.. boleh bagi special price lagi..

Ni nak cerita rumah terbuka aku.. Hari raya ke-5 abah aku buat rumah terbuka.. Juadah utama mee kari dan bihun goring pastu kuih raya, keropok, agar2, buah-buahan dll lagi.. plannye nak jemput kawan2 pejabat dia.. start kul 12 sampai kul 5.. so aku pun tumpang sekaki la jemput kawan2 tempat keje lama aku.. last2 kawan2 aku yang datang dulu.. merasmikan umah terbuka tu.. pastu kawan2 adik2 aku.. pastu kawan2 mak aku (jiran tetangga la).. hmm mana kawan2 abah aku ni? Makanan dah nak abis.. ahak ahak.. last2 kawan2 dia call nak dtg malam.. adus.. terpaksa la aku cancel plan nak meronggeng ngan kawan2 aku.. pastu satu hal lagi abah aku kata dalam 20 orang ja nak datang.. mak aku pun ready lebih kurang la.. tambah2 mana yang patut.. nak dijadikan cerita, yang datang lebih dari 30 orang.. tu tak campur ngan anak2 diorang lagi.. hahaha.. makanan tak cukup.. isk isk.. apa lagi mak aku pun gunala ke kreatifan dia.. kitorang buat bihun kari pulak sebab tak sempat beli mee.. hehehe.. sampai ke malam rupanye umah terbuka aku.. penat gila malam tu.. tak larat dah tgk tv tapi sempat jugak main game.. aku tak suka main game sebenarnya kecuali bila balik kampong.. sebabnya? Hmm suka berebut.. ahakss…

Apa lagi ek cerita raya kali ni.. hmm citer pasal kawen.. Mak aku dah bising dah.. nasib baik abah aku baking.. yang adik laki aku umur baru 23 tahun pun mak aku suruh kawen.. ahak ahak.. bagi aku too young for a guy.. tapi bila dia citer gf dia tua 4 tahun dari dia terus mak aku membantah.. bapak aku pun tak restu.. ahakss.. bukan bercinta serious lagi pun tapi baru2 nak serious.. adik aku dah tanya pendapat aku, aku tak kisah la asal bahgia tapi aku kata kalau mak bapak tak bagi hang nak berjuang macam citer Hindustan tu ke? Hehehe.. jadi sementara boleh tarik diri.. aku nasihatkan dia tarik diri la.. adik aku pun macam ok ja cuma mula2 ja macam tunjuk perasaan.. dunia.. dunia.. hmm cakap bab2 kawin ni dulu waktu kakak aku masih tunangan abang ipar aku.. abang ipar aku ade tido umah aku 2 hari sebabnya nak melawat family aku.. lagipun umah dia jauh kat kedah.. heran ek.. nape jiran2 aku tak fitnah pastu tak putar belit fakta lak.. hahaha.. What’s the issue here? Hmm.. I’m blur.. mungkin sebab takde yang jeles kot.. kakak aku pakai tudung labuh lagi.. dia sentiasa jaga aurat dia siang malam, cuma aku ja yang liat.. hehehe..

My Fairytale Story…

Sebabkan ramai sangat duk cakap pasal Mawi-Ina.. aku pun join sekali la.. tapi aku bukan anti Mawi-Ina.. Kalau Ina adalah pilihan Mawi aku redha je.. huhuhu.. i rela u.. Maka terciptalah fairytale ini.. Kisahnya begini.. Suatu hari dulu ade seorang putera raja yang sedang meredah lautan meneroka dunia.. tiba2 kapal putera raja ni karam dan putera ini hilang ingatan akibat kemalangan itu. Maka dia pun menjadi rakyat biasa dan hidup aman damai di kampungnya.. setelah beberapa lama dia berjumpa dengan seorang gadis kampong yang comel dan lemah lembut.. lalu terpikatlah putera raja ini.. maka bercintalah mereka dengan amannye.. atas desakan hidup, sang putera pun pergilah ke kota untuk mengubah hidup mereka.. di sana sang putera ini amat dikenali dan secara tiba2 kecohlah seantero Negara akan kehadiran sang putera ini.. maka ramailah yang mahu mendekati dan mahukan kasih sayang sang putera ini.. malah ada juga yang mahu sepadankan sang putera ini dengan seorang puteri yang cantik jelita.. yang di rasakan paling sesuai dan sepadan dengan sang putera ini.. tak kurang juga yang mahukan sang putera memilih mereka.. Akan tetapi sang putera tidak pernah melupakan gadis kampong yang pernah dicintainya.. maka diberitahulah kepada seluruh dunia bahawa hatinya hanya pada gadis biasa ini.. maka ramailah yang membantah dan ramai juga yang menyokong.. namun nampaknya hati sang putera ini sukar untuk berubah.. tambahan pula sang putera ini pernah merasa susah dan dihina.. sehingga kini sang putera terus berjuang untuk dirinya dan gadis biasa itu pula hanya berserah pada takdir.. oleh sebab fairytale ini belum berakhir maka cerita ini bersambung.. ahak.. ahak.. sorry aku takde bakat tulih karangan jiwang.. kira ok la ni..

Selamat Berhari Raya.. Sebulan Puasa maka sebulanlah kita beraya.. ahak ahak..