Monday, January 16, 2006

Harta oh Harta...

Bila kita bercakap pasal harta.. aku rasa ini adalah isu sensitif dalam masyarakat kita atau mungkin ia merupakan isu sensitif setiap individu tak kira di mana sahaja. Tak dapat dinafikan, kita hidup dan mengumpul harta.. tak kira untuk apa tujuan sekali pun. Antara sebab-sebabnya:

1. Sebagai jaminan masa depan atau masa tua. Bila kita tak mampu bekerja lagi dan mungkin ketika itu kita tiada anak cucu yang boleh diharapkan.. jadi harta adalah jaminan untuk keselesaan hidup masa hadapan.

2. Sebagai warisan pada anak cucu. Kita hidup di dunia ini kadangkala mahukan kesan.. kita bukanlah ceaser yang namanya kekal pada setiap pemerintahan Rome tapi dengan harta kita dapat meninggalkan trace di bumi ini bila kita tiada.

3. Untuk kepuasan diri. Kadangkala mempunyai banyak harta juga merupakan kepuasan diri dan juga sebagai trofi kehebatan kita dalam menguruskan kehidupan.

Dan banyak lagi sebab lain yang bergantung pada individu. Tapi walau apa sebab sekalipun.. kita harus ingat harta ini kita tak bawa ke mati.. ia akan meninggalkan kita dan kadang kala harta yang ditinggalkan juga boleh menyebabkan pelbagai insiden yang kita takkan sangka akan terjadi. Tak kiralah sama ada banyak atau sedikit harta yang di tinggalkan ia mampu mengubah sikap manusia.. ia mampu menggoncang dunia kecil kita. Aku tidak berbicara perkara ini berdasarkan drama-drama melayu yang aku tonton di kaca tv, aku mengutarakan isu ini berdasarkan pengalaman dan juga berdasarkan peristiwa sebenar yang aku yakin tidak hanya berlaku dalam drama-drama melayu sahaja.. malah ada orang lain di luar sana merasainya.. mungkin lebih teruk ataupun tidak.. hanya tuhan yang mengetahuinya..

Mengapa harta yang tak seberapa itu menjadi rebutan? Bodohkah kalau kita membiarkan sahaja tanpa menegaskan hak kita? Bagi aku jika itu bahagian kita maka ambillah tetapi jika ia bukan hak kita.. janganlah menegakkan benang yang basah dan mengatakan perkara yang bersifat defensive semata-mata untuk membenarkan apa yang ternyata tidak benar. Tetapi berkata-kata tidak semudah melaksanakan.. di sinilah pengurusan yang baik dan ikhlas memainkan peranan penting. Sebenarnya setiap perkara berkaitan perlulah di perjelaskan dengan terang dan terperinci biarpun ianya hanyalah perkara kecil. Sesungguhnya memahami apa yang tidak jelas dapat mengelakkan salah faham yang besar. Kelembutan berkata-kata tanpa di pandu oleh emosi dan keegoan juga perlu ada. sekali lagi aku ulangi.. berkata-kata tidak semudah melaksanakan..

Aku masih ingat lagi.. suatu hari dulu aku pernah berebutkan topi dengan adik aku.. tiba2 abahku berkata pada mak.. "Kita masih hidup lagi, mereka sudah berebut harta" Ketika itu aku terdiam dan agak marah dengan kenyataan itu.. tapi bila aku melihat perubahan sikap yang terjadi apabila isu harta yang tidak selesai.. sekali lagi aku terdiam.. adakah kami akan bersikap begitu juga? Ketika ini, aku yakin tidak tapi aku hanya mampu berdoa..

Kesimpulannya, tulislah wasiat walau kita masih muda.. InsyaAllah ia akan memudahkan pengurusan di kemudian hari..

No comments: