Tuesday, January 24, 2006

Pengaruh...

Allo semua.. harap korang suke ngan perubahan kaler blog aku ni.. aku pening la.. pening! boring! jadi aku nak menulis sikit utk menghilangkan boring dan moga dapat juga mengurangkan pening..

Apa yang aku nak cakap kali ni ialah PENGARUH..

Pengaruh kekawan.. pengaruh keluarga.. pengaruh idola.. pengaruh bos dan juga pengaruh persekitaran.. semuanya sebenarnya sedikit sebanyak memberi pengaruh kepada kehidupan kita.

Pengaruh kekawan..
Geng!Rasanya inilah pengaruh yang paling besar sekali.. terutama bila kawan kita tu hampir dan baik dengan kita.. main game sbb kawan main game.. tgk movie sebab kawan rekemen.. main bowling sebab kawan ajak.. makan banyak sebab kawan belanja.. kesimpulannya kawan kita kadangkala membentuk diri kita.. kuat pengaruh kawan ni.. cuma pastikan kita juga mampu memberi pengaruh kepada kawan.. jangan asyik terpengaruh ja.. tapi lama2 kita akan kenal jugak diri sendiri dan akan terbentuk juga common interest yang merapatkan hubungan kita.. cth kecil: lida suka lagu bersamamu - Sarah.. aku pun dah jadi suka lagu tu.. cth besar: aku beli laptop ringan dan kecil.. lida sibuk nak jual laptop dia nak beli yang baru yang lebih ringan dan lebih kecil.. hehehe.. jgn mare..

Pengaruh keluarga..

Ayah saya doktor.. mak saya pun doktor jadi saya pun nak jadi doktor.. hehehe.. ini mmg wujud. Tapi aku rasa pengaruh keluarga lebih kuat sekiranya melibatkan abang atau kakak.. aku sendiri terpengaruh nak amik engineering sebab kakak aku.. tapi bila dah besar aku nak jadi lecturer tapi aku tolak tawaran satu institut ni sebab kakak aku dah jadi lecturer kat situ.. so aku tak mahu terus di cop mahu mengikut jejak langkah dia.. kononnya tak nak sama la.. ini juga merupakan contoh pengaruh keluarga.. kalau aku jadi lecturer kan best.. anyway 2 dari adik aku juga di bidang engineering.. pengaruh keluargakah?

Pengaruh idola..
Dr M dan D.TrumpSiapa idola anda? Mawi? Dr M? Ayah sendiri? Pak Lah? Bos? Siapa pun idola kita.. kita pasti nak tiru gaya, cara hidup dan lain2 perkara.. kadang2 kita sendiri silap memilih idola kita.. Tapi aku rasa kita pilih idola pun boleh ikut kriteria tertentu.. contohnya nak dihargai macam Mawi.. nak hebat macam Dr. M.. nak kaya macam Donald Trump.. nak cun macam Erra Fazira.. kekeke.. macam2 la.. tapi kalau boleh pilih la idola yang sesuai dan realistik.. idola aku suatu waktu dulu ialah superman sebab dia mampu mengalihkan taufan dan menyelamatkan bandar metropolis dari bencana.. wakakaka.. p/s: aku penah curi baca diari adik aku.. dia kata nak jadi best macam kakak dia.. ehemm.. :8)

Pengaruh bos..
heheheIni pengaruh paling komplikated sekali.. wakaka.. contohnya hari ni aku malas sebab bos aku outstation.. hehehe.. esok aku rajin sebab aku kene buat testing system ngan bos aku..wakaka.. Anyway.. kalau bos kita menghargai dan mengiktiraf kerje kite.. secara automatik kita akan terus cuba buat yang terbaik utk impress bos dan juga utk kepuasan diri sendiri.. kalau bos hampeh maka kita hanya akan buat utk diri sendiri sahaja.. percayalah pada kepimpinan melalui teladan.. YES BOS!

Pengaruh persekitaran..
heheheKalau kita tinggal dipersekitaran yang mana semua orang pakai kete.. maka secara automatik kita pun mesti nak ade kete.. kalau semua pekerja pakai baju kurung maka kita pun akan terikut2 jadi ayu.. tapi kalau semua orang pakai jeans.. kita pun tak kuasa nak pakai baju kurung.. hehehe.. tapi kalau nak jadi lain dari yang lain pun no hal.. barulah highlight sikit.. tapi kalau kawan2 kita asyik melancong je.. kene soal2 sikit tanya camna nak uruskan bajet.. hehehe.. apapun pengaruh persekitaran mmg banyak dan berbeza2.. pandai2 la jaga diri.

P/s: welcome to my pren arys sebab baru je buat blog sebab terpengaruh ngan aku.. hehehe..

No comments: