Monday, March 02, 2009

What goes around comes around...

Hari ni aku dapat keputusan peperiksaan-1 untuk subject - Radiation Detection.. Terus-terang, keputusannya tidaklah cemerlang tetapi melepasi tahap keserataan (average? hiks) sebanyak 2%.. tetapi kurang 2% dari tahap median.. Boleh dirumuskan, ianya bukanlah keputusan yang baik tetapi masih belum jatuh ke tahap panik.
What goes around comes around...
Pepatah inggeris di atas memberi maksud yang hidup ini satu karma... Aku tidak salahkan sesiapa dengan keputusan kali ini. Aku amat tenang jika diambilkira sifat aku yang sering merungut jika tidak mencapai ~90% bagi setiap peperiksaan, kuiz ataupun lab report pada semester lepas... Tetapi, kali ini aku menerima keputusan ini dengan redha tanpa rasa murung yang keterlaluan atau pun menyalahkan sesiapa atau apa2. Aku tahu kenapa keputusan ini begini.
Kenapa?
1. Aku kadang-kala tidak hadir ke kelas memandangkan kelas amat pagi sekali - 8.00 am (I'm gonna change this) - Ini bermakna, aku kehilangan tips atau mungkin point2 penting yang tidak boleh diperolehi dari buku teks mahupun pembacaan.
2. Soalan peperiksaan itu sendiri melebihi tahap silibus... The instructor said that only chapter 1 - 6 will be included in the exam but, it was more than that and i'm not ready for more than I've been told.. (aku x reti nak explain in bahasa.. boleh ke? :p) Apapun aku tak salahkan instructor, aku patut bersedia.. (if others can, why can't I? i just caught off-guard on this) Itu pelajaran yang aku perolehi.. Sebabnya, walaupun dikatakan hanya bab1-6 tetapi apa yang di soal telah disebut di dalam kelas, cuma aku tidak menumpukan perhatian pada bahagian yang dikatakan tidak termasuk dalam peperiksaan.
Haruskah aku marah? pada siapa? Tidak pada diri sendiri kerana bukan salah aku bila aku gagal menjawab bahagian yang dikatakan tidak termasuk dalam peperiksaan.. Tetapi sekiranya aku tidak ponteng, mungkin aku boleh. Tidak juga pada instructor, kerana soalan peperiksaan bukan untuk aku seorang tetapi seisi kelas..
Belajar pelajaran ini...


p/s: tbh, it's a little tiresome for me to write this way.. sungguh cepat berputus asa? hehehe.. I feel weird and maybe a little 'geli' writing like this.. tell me, what do you think?

6 comments:

PurPlè said...

klu ko pikir dlm BI, then hv to translate to BM when u wanna express it... mmg tiresome. so, klu nak menulis dlm BM, pk dlm BM gak. it's a good effort anw. if u can write well in BM, & become famous blogger for that, maybe u can write a novel then & be the JKRowling of msia. fenomena tu blum ada tau kt msia... a famous malay author. famous that ur book will be adapted to movie, franchise etc. tp dlm msia jer lah, & maybe indon, brunei & spore. just imagine tht. apahal aku merepek ni... but the possibility is there.

Saira said...

Wow.. besarnya mimpi ko utk aku.. hehehe.. famous blogger? because write well in BM? HAHAHAHAHA... macam aku sorang je yg tulis BM kat blog.. citer aku pulak takde adegan hangat mahupun konspirasi mahupun misteri.. macam mana nak diadaptasi ke novel malah menuju ke filem?

Anyway, you are right about thinking in BM instead of thinking in BI.. kat sini thought pun in BI.. wakakaka.. bunyi sungguh lupa daratan...

aku akan terus tulis macam ni selagi mood ni masih ada.. it's all depend on mood.. hehehe..

kay karim said...

teringat plak subject Audit yg i amik dulu...mmg soalan tak bleh blah lah..

CATZ said...

memang bunyiknya sangat lupa daratannn lah mek engko ni...
taulahhhhh duk USsssssss..
mak duk vanting jek..
wakakakka....
ehm..aku setujuk gak dgn purple...
kat Malaysia takde lagi penulis melayu yg sgt digila-gilai..hingga novelnya diadaptasi ke filem.
yg aku tgk,derang buat filem lepastuh buat novel lepas tuh lancarkan novel tuh secara besar2an..bleh giteww???
kihkihkih...
erk..aku teringin nak jadik cam penulis sophaholic series tuh...versi malaysia..bleh tak agak2nya..aku dah cuba....dpt 5 muka surat, tapi aku stop...
erkk..purple..ko boleh bagi akau semangat tak..mana tau nanti one day ko jadik peminat aku..
ahahahahhahaha...(sila muntahh...sukatik le nak muntah berapa baldi...)..
kihkihkihkihhh..
anyway..nice writing saira..
ok je BM ko..tak mcm org dapat C punnn...

Saira said...

Kay..

mmg tak bleh blah.. hahaha.. aku still wonder how can it be a sentence :p

Saira said...

Catz..

aku memang selalu lupa daratan.. hahaha sebabnya aku selalu berada di awan-awangan.. hehehe
Wei.. my English la yang berada di tahap C, waktu SPM dulu.. i dapat BM A1 tau.. (Bangga dan kembang semangkuk jap)
Ok catz, ko tulis la novel sehingga de-boom ok.. nanti aku beli.. ops, tak nak beli nak yg free sbb kenal penulis.. kekeke..
Anyway, catz.. i akan terus tulis macam ni since takde lagi orang complain "geli".. hehehe..

selagi semangat masih ada.. hehehe..