Monday, March 02, 2009

It's so cold and I'm so lazy...

Theme of the week: meh post!

This blog has a new color and a little adjustment in header.. I just feel like it! Saira's Blog seem so.. boring.. don't know why.. well.. maybe because it's too straight fwd..

Other issue: Aku sebenarnya sangat berniat untuk mengelakkan penggunaan bahasa ingeris (rojak) dan membanyakkan menulis bahasa melayu.. sebabnya? Aku terbaca blog kawan lama (sekolah menengah dulu) dan dia menggunakan bahasa melayu yang menarik.. Aku pulak, walaupun bahasa inggeris berada di tahap C tapi terus-menerus menulis dalam bahasa yang secara jujur, tidak aku gemari. Cuma kadang-kala aku berasa agak sukar untuk mengekpresi (betul ke perkataan ini?) perasaan dalam bahasa ibunda yang aku cintai ini.

Hari ni sangat dingin sekali.. betul2 dingin sehingga aku menggigil di atas katil Secara jujurnya, suhu pada hari ini setara dengan suhu semalam, cuma bezanyanya semalam terdapat salji yang pada pendapat aku berperanan mengawal kedinginan suhu. Hari ini matahari kelihatan indah, tetapi dinginnya mencecah -3 celcius.. jika diambil faktor kelajuan angin, suhu sebenar ialah -9 celcius.. (arghhhhh.. susah bangat aku mahu menulis dan mengatur bahasa ini)

Kenapa aku malas? Pertamanya ialah hari ini adalah 'laundry day'. Seperti yang aku katakan, cuaca amat dingin sekali dan aku harus menapak dan mengendung bakul baju ku ke bilik laundry.. Ianya bagai satu beban untuk keluar dari keselesaan rumah dan menapak dalam kedinginan.. :(

Pembacaan buku juga amat berkurangan sekarang kerana aku lebih gemar bermain internet dan menonton tv sambil membungkus badan di dalam selimut.. Aku tidak gemar cuaca begini.. Sungguh aku tidak bohong bila aku katakan cuaca ini memberi impak kepada diriku.. Semakin sejuk, semakin malas untuk aku bergerak..

p/s: seriously... I don't think my bahasa is good as well.. it's so weird when I can't even make a good sentense without delete and redo it.. It feel a little awkward to write in good malay or in good english.. My conclusion is. I'm just not good at language.. :(

Tetapi aku akan terus mencuba :p

6 comments:

Ahmad Belia said...

kau kena kahwin laa mas...

PurPlè said...

kt sini bunga mula berputik... love it!

Saira said...

wei mat tiara.. tarik balik link blog aku kat blog perintis tu.. ko patut mintak izin aku dulu..

Saira said...

Purp..

sini still feel like a winter. what the heck? I wish it's all over now :(

damn global warming!

CATZ said...

lawa yg baru ni..cuma tulisan tuh jangan kelabu plis..
mata mak kelabu di sini..

Saira said...

mata kelabu? hehehe.. admit it.. u r old!!! WAKAKAKAKA!!!!