Thursday, December 29, 2005

Album oh Album...

Sejak akhir2 ni aku rasa aku banyak masa aku dihabiskan dalam kete.. Sibuk memanjang.. Either for bisness or pleasure! Dan aku plak tak suka dengar radio.. Sebabnya? I hate Iklan! Lagi satu, kalau dengar CD tak suke mana2 lagu leh skip je. ;-) Jadi kali ni aku nak menulis mengenai CD2 yang aku dengar sejak akhir2 ni..

Josh Groban - Closer
I love Josh Groban.. Mainly because I love his VOICE soo much! It take my breath away.. It make me fly without wings.. It captured my heart! Words cannot describe how I love his voice.. Actually album ni dah lama aku beli.. rasanya almost 2 years dah and this is his 2nd album. Tapi suddently i miss his voice.. maybe becoz baru2 ni aku terdengar Westlife nyanyi cover version of "You Rise Me Up" dan HBO tayangkan Troy which his song "Remember" adalah sountrack utk cite tu.. All these make me wanna feel his voice again.. hehehe.. Kalau aku di beri satu wish utk pergi ke mana2 konsert surely I'll go to his concert.. even Mawi kalah pada dia. Utk album ni, my fav. song ialah Track 6: Per Te (If only i know what this song is all about!)

Mawi - Yang Tercinta
Ini merupakan CD wajib aku.. U know why kan. When u love the artis, u'll love his song, his voice and everything about him. Aku beli CD ni on 1st day it launch Nov05 and i still love it! Dalam erti kata lain.. aku tak jemu lagi dengar lagu2 mamat botak ni.. which also means this is a very good album. Bagi aku album ni mmg gabungan yang terbaik, with a good artist, good songs and good voice. Fav. song aku ialah track 8: Yang Tercinta.

Amuk - Interpretasi++
Ini merupakan antara album yang baru aku beli.. Aku bukanlah peminat Amuk malah aku tak penah pun beli album dia sebelum ni tapi the idea of singing other people song in a better way (or AMUK way) membuatkan aku tertarik. Dan memang tak sekelumit pun timbul rasa rugi beli album ni. memang berbaloi beb.. Aku suka semua lagu dalam album ni dan aku tak boleh cakap what is my fav. song mungkin sebab aku baru dengar 2 kali ja.. atau mungkin sebab mmg semuanya best. So, kalau korang tak tau nak beli album ape.. I strongly rekomen this album. Mantap!

Awie - Santai
Hehehe.. Aku pun tak tau kenape aku beli album mamat ni. Truly, I'm not his fan tapi aku cukup curious utk beli album dia. Sama macam aku curious utk beli album George Michale-Patience suatu hari dulu. Album ni ok la. Really not bad! Aku rasa peminat Awie akan berpuas hati. For me, it's ok.. aku boleh layannn.. Mmg santai.. Best..

Adibah Noor - Terlalu Istimewa
Album ni la album yang paling susah aku nak dapatkan.. merata2 aku cari..asyik takde je even kat KLCC pun takde. Akhirnya aku berjaya jugak jumpa kat IOI mall semalam. Aku baca people give good review utk album ni. Out of curiosity gak la aku beli album ni dan jugak utk mendengar sendiri kehebatannya. Sorry to say.. I dont like this one. I will never heard it again. Apapun aku rasa bagus la dia ade album sendiri because now she can sing her own song for any show. I have nothing againts her. Bukan kerana dia berbadan besar atau apa2 kekurangan tapi suara dia tak cukup merdu bagi aku.. Tak semerdu Sarah Raisudin dan tak segemersik Dayang NurFaizah dan tidak sehebat Aishah.. Aku akan fikir 10x next time kalau aku nak beli any album artis baru wanita Malaysia. Tiada keunikan di sini. I need some originality!

T.a.t.u - Dangerous and Moving
This is lesbien duo who have a good voice or they act like a lesbien to be different. i dont know.. Anyway, I really love their 1st album. Kiranye diorang nye 1st album mmg best gile la. Alternative pop. So, bila aku dengar their 1st single utk album ni kat MTV aku pun cari la kat kedai album ni.. too bad aku tak beli yang original for this album.. ade dijual or tidak aku tak tau. Apapun.. They cannot maintain.. bukan sebab prestasi turun tapi sebab aku rasa album ni seperti duplicate 1st album dengan muzik yang ditukar sikit2.. takde yang fresh!

Aku rasa cukupla 6 album aku bagi my point of view..Aku mmg banyak beli CD.. well ade ori ade idak.. biasa la.. Bergantung pada budget! Skrg baru dapat bonus.. ape lagi? enjoy! Hahaha..

Friday, December 16, 2005

Setelah Sekian Lama..

Hi semua.. Hi guys.. kepada kawan aku yang hari2 komen suruh aku update blog ni harap ko puas hati.. wakaka!!! Aku mintak maap la sebab lambat beno mengupdate blog aku.. alasan aku yang pertama ialah aku sibuk tahap gaban sebabnya supervisor aku dari jerman tu dtg sini check projek aku.. seminggu dia dtg diikuti ngan seminggu lagi regional meeting yang aku turut terlibat.. aku mmg lega dan happy sesangat sebab projek aku boleh di katakan well done.. hmm aku takkan komen more than this pasal keje aku.. biarlah aku sorang je yg happy.. minggu seterusnya aku sepatutnya sibuk ngan report.. tapi still it's not well done macam projek.. dokumentation.. arghh!! i'm still working on it!

Ape yang menarik yer??? Hmm Jac MI datang ke tempat aku! best ke citer tu? hehehe. best jugak la kot sebab Jac tu artis.. Walaupun aku tak minat Jac tapi aku amik gak gambar ngan dia (kasi up sikit) heheh.. Lagipun dia datang sempena majlis amal anjuran MAKNA iaitu "Karnival Kesihatan dan kutipan derma utk pesakit kanser" Tgk gambar tu? adik tu baru umur 4 tahun tapi dah bercita2 jadi penyanyi malah dia adalah duta kecil MAKNA.. bukan aku tak sokong tapi dia baru 4 tahun? dah didedahkan dengan dunia penyanyi.. ramai gak aku tgk colleque2 menggelengkan kepala.. tapi bila diberitahu ibunya adalah ibu tunggal yang mengidap kanser maka boleh la terima jugak.. tapi still aku tak setuju kalau budak ni bercita2 nak jadi penyanyi.. baik belajar elok2 dan simpan cita2 jadi doktor ke engineer ke.. bukan aku hina golongan artis tapi aku rasa menjadi artis tak patut dijadikan cita2..

Berbalik pasal Jac.. dia nyanyi 2 lagu.. wajah dan gemilang.. hmm, terus terang aku mmg tak minat tone suara Jac.. tapi kawalan suara dia mmg baik.. ok la dia nyanyi lagu wajah.. tapi bila lagu gemilang dinyanyikan.. aku tgk ramai yang tutup telinga ngan tangan.. why? terlalu tinggi.. dewan pulak tidak terlalu besar dan lagu ni mmg menyakitkan telinga.. sebagai artis aku rasa Jac patut mempunyai 2 versi lagu ini supaya boleh dinyanyikan dengan lebih harmoni dan tidak memecahkan gegendang telinga aku.. (i have nothing againts Jac ok)
p/s: Gambar kat atas tu aku ngan Jac tapi terlalu besar sangat gambar aku tu. aku shy2 cat la.. jadi aku cut nampak separuh spek je la ek..

Satu lagi.. korang kenal dia ni? dia pun ade gak hari tu.. jenuh aku bertanya siapakah makluk tuhan ini? Ooo.. ahli kump. FO3 Mentor rupanya.. cute jugak orangnya.. tapi aku tak perasan dia ada nyanyi pon.. apapun, kesian dia sebab kawan aku dengan tanpa segan silu bertanya dgn suara lantang di depan dia "Siapa dia ni?" hehehe.. kesimpulannya, hanya orang yang takde astro je kenal artis2 mentor.. aku cuma kenal 2 org je. Pija ngan Nabil..

Oklah.. skrg ni family aku tgh cuti2 Malaysia la pulak jadi aku akan bercuti yihaa!! Jumpa lagi Rabu nanti ok..

Monday, November 28, 2005

Be Yourself!

Sedih.. sape la yang tak sedih.. kalau betullah seperti yang di kata.. mmg memalukan Malaysia ja.. Isu PDRM kita mendera warga China memang amat memalukan.. tambahan pula ia dilakukan oleh wanita kepada wanita jua.. Isu menanggalkan pakaian rasanya bukanlah isu utama kerana bagi tujuan pemeriksaan badan rasanya ia bukanlah pertama kali kedengaran tetapi mempermainkan maruah wanita itu sendiri dengan menyuruhnya melakukan ketuk ketampi dalam keadaan itu amat menjengkelkan.. Hairan sekali, begitu rendahnya kita memandang orang lain.. Begitu kejamnya pemikiran kita menggunakan kuasa untuk memuaskan hati dan merasa diri kita lebih hebat dari orang lain. Kesan tindakan ini bukan sahaja memalukan Negara malah memalukan kaum wanita sendiri..

Siapa kata wanita tidak boleh berlaku kejam.. malah sebenarnya wanita mampu berlaku lebih kejam dari lelaki lagi.. Ini kerana kekuatan wanita bukan terletak pada fizikalnya tapi kekuatannya menanggung sesuatu emosi itu.. Tidak hairanlah kalau kita melihat banyak hati wanita dihancurkan oleh wanita lain.. tetapi kekuatan emosi wanita juga merupakan sumber ketabahannya.. Kalau bercakap mengenai wanita memang takkan habis.. aku sebagai wanita pun kadang kala tidak memahami wanita lain.. Tetapi lelaki juga bukan mudah untuk difahami.. kecenderungan mereka kepada sesuatu juga memeningkan kepala.. Bola dan WWE adalah 2 perkara yang paling aku tak fahami.. Macam manalah mereka mampu menonton bola selama berjam2? Dan apalah yang seronoknya melihat orang berlawan guling2 yang bagi aku hanya memberi kesan negative kepada masyarakat secara umum.. Yang kadang kala ia kelihatan seperti lakonan semata-mata..

Bukanlah tujuan aku untuk membandingkan wanita dan lelaki dalam penulisan aku kali ini.. terlalu sedikit contoh dan ulasan yang di sentuh oleh aku.. dalam erti kata lain.. tak cukup sampling yang digunakan.. Yang pasti lelaki dan wanita saling melengkapi antara satu sama lain.. tiada siapa yang lebih dan tiada siapa yang kurang.. Namun dalam setiap perilaku mesti ade kesederhanaan.. mesti ada kawalan.. Gurauan ada hadnya.. Keterbukaan juga amat penting.. memandang rendah orang lain jangan sekali.. tapi proud dan self confidence mesti ada..

Kita tidak akan dapat memahami orang lain secara sepenuhnya tetapi kita dapat menerima mereka seadanya.. Menjadi diri sendiri adalah satu kepuasan dalam kehidupan.. Kepelbagaian kita juga mewarnakan hidup ini.. Dalam melakukan kelainan kita mengambil risiko.. for better or worst takdir yang menentukan.. Bak kata Mawi, hidup mesti berani.. Yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan.. kadangkala kedengaran terlalu banyak kutukan kepada bangsa kita sendiri.. Kalau bukan kita yang menyokong siapa lagi… Ops.. aku off-topik.. Paham-paham je la.. hehehe adios this time..

Thursday, November 24, 2005

Sesekali serius.. kita bercakap pasal German..

Aku pernah menyatakan kepada seorang rakan di sini yang aku akan menceritakan gaya hidup masyarakat Jerman di blog aku.. Setelah sekian lama akhirnya aku menulis juga.. mungkin juga ini masa yang paling sesuai.. minggu depan supervisor aku di sana akan datang melawat projek kat sini.. Rasanya cepat betul masa berlalu.. Ahad ni aku gi amik dia kat klia.. cancel segala plan utk hari ahad.. dan aku akan cuba layan dia sebaik mungkin supaya dia maafkan segala kekurangan projek tu nanti.. Harap2 la.. Apapun kenangan di Jerman dulu banyak mengajar aku erti hidup dan mematangkan bahawa sesungguhnya kita manusia sama sahaja.. yang berbeza cumalah cara kita.. Biar siapa pun kita, kehendak manusia tetap sama.. pemikiran di bentuk oleh bangsa dan cara hidup sesuatu kaum itu..

Aspek pertama ialah bahasa.. bahasa german memang merupakan bahasa utama dan mereka amat berbangga sekali.. tak ramai yang mengetahui bahasa inggeris, kalau di kedai2 nampak sangat yang mereka malu untuk menuturkan bahasa inggeris.. malah bila aku berbual dgn rakan yang paling baik di opis pun aku berbual dgn bantuan kamus eng<>german.. mmg kelakar dan menarik.. aku paling suka mengusik diorang dgn kelemahan diorang ni.. jadi diorang akan balas dendam dgn menyuruh aku berbahasa german.. maka jadilah ayam dan itik di mana mereka bercakap inggeris.. aku bercakap german.. kesimpulannya mmg fail.. hahaha… bhs german aku mmg hancur!

Kemudian pasal taraf hidup.. amat susah sekali nak jumpa golongan miskin.. sebabnya mmg jurang ekonomi amat kecil sekali.. bukanlah kerana mereka hebat sangat tapi kerana sistem kerajaan mereka. Mungkin pengaruh komunis masih tebal lagi tapi nampaknya mereka gembira begini.. aku mmg terkejut sekali bila dapat tahu.. hampir 50% gaji mereka harus diberikan kepada kerajaan.. kalau bukan beragama kristian mungkin hanya 40% sahaja utk tax.. malah penganggur juga dapat gaji.. begitu juga golongan tua tak perlu risau anak2 tidak membantu kerana duit utk ibu bapa termasuk dalam tax dan diuruskan oleh kerajaan.. aku tak setuju sebenarnya.. tapi rata2 mereka tak kisah.. bagi aku akan ada golongan yang malas bekerja tapi gaji yang diperolehi dari bekerja berbanding dari kerajaan apabila menganggur agak jauh.. jadi bekerja adalah lebih baik.. jadi tak hairanlah kalau German merupakan Negara terkaya di eropah dan kelima terkaya di dunia…

Bercakap pasal kereta.. seperti Malaysia, mereka sungguh bangga dengan kereta German.. (hehe.. aku pun bangga ngan kereta nasional walaupun well u know..) Tapi kereta German mmg tiada tandingan.. aku paling tertarik dengan kereta mini mereka.. well BMW tak payah citer la.. Tapi menurut rakan aku mereka lebih suka membeli kereta France sebab harganya lebih murah.. Dalam berbual pasal kereta aku telah berjaya membodek salah seorang dari mereka supaya membenarkan aku memandu kereta miliknya.. bagi aku amat menarik sekali sebab mereka memandu arah yang bertentangan dari kita.. mmg ralat la sebabnya semuanya terbalik.. kawal gear tangan kanan dan paling menakutkan bila hendak membelok.. maklumla.. kalau nak ke kiri kene cross.. Walaupun aku hanya dapat berpusing2 sekitar kawasan tempat kerja aku.. tapi aku cukup puas.. hehehe.. Thanks a lot to Tom! I love U la.. Kesimpulannya orang German ni nice walaupun serius..

Sampah.. Ini paling aku tak leh terima.. mereka harus bayar untuk sampah2 yang dibuang.. ada tiga peringkat bayaran bergantung kepada saiz tong sampah.. jadi mereka begitu menitik beratkan bagaimana sampah dibuang.. kotak2 akan dilipat sekecil mungkin dan kadang2 merupakan aktiviti yang menyeronokkan jugak.. ade jugak yang curi2 membuang sampah pada tong sampah orang lain..(aku tak penah nampak tapi diorang la yang citer) Pasal bab ni aku selalu kritik diorang dan diorang pun tak menafikan..

Remaja Jerman? Sama seperti kita.. berbeza dengan golongan terdahulu dan di sini aku dapat lihat wujudnya collapse of tradition.. sama seperti kita.. masalah remaja mereka juga sama.. arak dan rokok perkara biasa.. suka berkumpul di pub2.. rasanya setiap remaja juga mempunyai isu yang sama.. tak banyak boleh cerita sebab tak bergaul dengan mereka..

Apa lagi yang patut aku cerita mengenai gaya hidup mereka? Oklah.. aku akhiri dengan jokes yang selalu dikatakan oleh orang British kepada mereka “ You will never see Germans laugh.. because when they want to laugh, they go to basement” lebih kurang gitu la diorang bagi tau aku.. Tapi aku tak setuju sama sekali.. sebabnya? I have a good laugh with them..

I Love Germany! And I Love Alexander and errr.. Tom too.. hehehe..
Mawi? Who’s Mawi? ahak ahak ahak.. Oooo.. my Mawi… ;-)

Monday, November 21, 2005

Harry Potter and The Goblet of Fire (Fantastik!)

Finally.. Aku rasa beban di bahu aku agak berkurangan.. Sememangnya meeting mmg boleh mengurangkan masalah.. aku bernafas dengan lebih baik weekend ni.. aku nak nyatakan aku lebih selesa pergi keje minggu ni berbanding minggu lepas.. tapi minggu ni mungkin sibuk sikit sbb nak bersedia utk event minggu depan yang merupakan sumber kerisauan aku.. ops.. stop pasal keje.. tak berape best utk dibincangkan..

Balik pada topic utama.. Yes.. akhirnya aku dapat jugak tengok citer HP4 ni.. mmg banyak masalah aku nak nengok citer ni.. I'm a BIG FAN of Harry Potter! Kalau dulu website J.K Rowling dan The Harry Potter Lexicon merupakan website wajib aku setiap hari tapi semenjak mawi ade.. ranking jk rowling dah turun malah dah lama aku tak bukak. Hehehe.. tapi itu tak bermakna aku tak teruja utk nengok filemnya yang ke-4. Mcm2la masalahnya.. aku memestikan diri aku utk tengok citer ni minggu ni jugak jadi plan A, tengok ngan opis-mate.. tak jadi, pastu tgk ngan housemate dia balik kg lak.. tgk ngan kawan ‘A’ dah ajak, dia kata ok tapi aku rasa cam segan nak tetapkan masa kononnya nak dia ajak dulu, kawan ‘B’ dah jumpa pun sabtu lepas tapi bila dah jumpa dia kata tak leh lak jadi buang karan je la jumpa dia.. wasting my Saturday.. hehehe takde la, best jugak jumpa dia cuma frust sikit la.. actually frust banyak la sbb dah plan baik punya jadi last2 aku menekadkan diri pegi je lah tgk wayang sorang2 ahad pagi.. peduli ape.. First time aku tengok wayang sorang2 tapi sbb dah tension tahap world.. tak kisah la.. surprise.. surprise.. aku tak rasa kekok pun.. hmm..

Bagi aku this is THE BEST Harry Potter movie if compare to previous 3.. Aku puas hati sebagaimana aku puas hati menonton LOTR.. Cerita ini berjaya diadaptasi dari buku dengan baik.. bukan senang nak memuaskan hati pembaca buku macam aku.. aku ingat betapa frustnya aku bila tgk HP3 (Prisoner of Azkhaban).. atau mungkin hp3 begitu teruk jadi aku expect less and get more. Mana tahu.. Walaupun ada beberapa adegan diubah tapi utk kesesuaian movie yang takkan mampu memasukkan semua adegan dan character aku rasa cerita ini diolah dengan baik. Kesan khas nampak real (well it’s magik). Cuma watak Victor Krum agak lari dari imaginasi aku tapi masih ok compare watak Sirius Black dlm hp3. (Sirius Black patut lebih hensem.. more hensem! Marah betul aku.)

Dari segi jalan cerita. Hmm nothing surprise me, it’s darker and adventurer.. susah aku nak olah sbb aku baca buku jadi I know too much! Tapi kalaula pengarah hp4 dikekalkan utk hp5 aku rasa mesti best.. For info: buku hp4 lebih panjang dari hp3 malah buku ke-2 terpanjang selepas hp5.. Buku Harry Potter ade 7 kesemuanya dan setakat ini baru 6 siri buku ini diterbitkan dan J.K Rowling sedang berhempas pulas menulis buku ke-7 iaitu yang terakhir sambil sibuk melayan baby girlnya yang baru lahir.. Jadi, berjanggutla aku kene tunggu Final book of Harry Potter.. Keep working Rowling!

Back to movie, Antara watak yang dibuang dari buku ialah house-elfs (Winky & Dobby), Mr Bagman, keluarga Dursley, dll. Watak spt Malfoy dan Snape juga kurang ditonjolkan.. tapi takpe sebab focus utama ialah Harry. Malah lakonan Radcliffe (Harry) lebih baik dan matang. Kalau buku boleh menyebabkan aku sedih bila Cedric mati.. film ni jugak berjaya mengusik emosi aku.. malah pemilihan pelakon utk watak baru (Cedric, Rita Skeeter, Mad Eye Moody, Crouch Jr, Madame Maxime, Karkaroff, Fleur Delacour, Hungarian Horntail(eh, boleh masuk sekali ke dragon ni? Hehehe) dll) pun sungguh baik sekali. Tapi pelakon utk watak Cho Chang patut lebih cantik.. setahu aku it’s a very long lines to choose this girl tapi why her? Harry crush kat this girl and Cedric too? So I expect more. Hmm baik pilih aku. Watak Krum lak susah nak describe bukan tak ok tapi aku bayangkan lain.. bolehla..

Secara keseluruhan aku bagi 4 bintang utk citer ni.. Keseronokan membaca buku direalisasikan oleh movie ini. Sekurang-kurangnya aku tak terpanggil utk re-read buku ni macam terjadi bila aku tgk hp3 hari tu.. Anyway nothing can compare the details of the book.. Adegan akhir pertembungan ngan Voldemort berjaya dibawa dengan baik tapi kalau boleh aku nak ianya panjang sikit.. Kesimpulan cerita pun tak di olah panjang.. tapi kalau aku keep comparing ngan buku mmg cerita ni tak mungkin dapat 4 bintang mungkin way lower.. tapi be realistic.. cerita ni mmg best. Jadi kepada yang tak tengok lagi.. Pergilah tengok.. tak rugi!

Harry… I Love You… Mawi.. I still Love You… hehehe..

Friday, November 18, 2005

Pelancaran Album Solo Mawi dan MawiFC bubar???

Assalamualaikum wbt.. Sebelum aku nulih ape2 kali ni aku nak ucapkan tahniah kat Mawi sebab akhirnya terlancarlah album solo beliau Yang Tercinta yang sememangnya ditunggu2 oleh aku selama ini.. dan hasilnya.. hmm aku puas hati.. aku suka semua lagu2 dalam album ni.. tak de satu pun aku tak suka melainkan suka belaka.. hahaha.. dan pastikan kalau korang beli album Mawi.. belilah yang original kerana sesungguhnya Mawi tak sokong cetak rompak.. chee wah.. hehehe.. kempen kejap!

Siapa sangka siapa menduga.. majlis gilang-gemilang pelancaran album Mawi dan konsert amal di PWTC 16hb yang lalu datang bersama-sama pakej kontroversi dari mawifc.. mawifc bubar? Benarkah? Bagaimana boleh jadi? Pada malam majlis pelancaran album sulung Mawi? Berita manakah yang lebih sensasi dan berita manakah yang lebih penting? Pelancaran album atau pembubaran mawifc? Atau kedua-duanya saling bertindakbalas sehingga menjadi berita yang terlalu besar dan panas? Isu ni mungkin tidak sesuai diulas oleh aku yang bukannya sesiapa dalam mawifc.. aku hanyalah peminat/penyokong biasa yang tetap dan terus menyokong Mawi dan percaya kepada kemampuan Mawi berfikir sendiri..

Kalau ikut plan asal aku.. selepas raye ni aku mmg nak stop mengejar Mawi.. aku akan buat yang mudah2 saje.. beli album dia dan sertai event dia kalau ade masa.. malaslah nak terlalu amik tahu pasal Mawi kiranya aku tetap sokong Mawi tapi sokong dari jauh ja la.. rasanya lebih mudah macam tu tapi 14/11 haritu aku dapat invitation dari kak waiem la plak utk jadi ajk sukarela utk mlm 16hb.. hmm aku penah bagi nama kalau2 ade kekosongan utk sukarela malam tu.. tak sangka lak betul2 jadi.. hehehe.. ape jadi ngan plan aku ni? Jadi setelah berbual2 ngan kawan2 aku.. diorang pun menggalakkan aku utk sertai event ni sebabnya diorang menuduh aku anti-sosial (hehehe.. betul ke? Mungkin kecenderungan aku buat xtvt indoor spt membaca dan menonton kot.. ntah la) so.. aku on je lah.. utk join xtvt macam ni, bagi aku komitmen amat penting.. kalau tak, tak perlu join jadi aku amik cuti pada 16hb dan bermula dari malam 15hb aku dah mula terlibat melakukan kerja2. hmm barulah aku tau macam mana kerje belakang pentas.. banyak keje rupanya.. pengalaman baru utk aku..

16hb aku datang awal ke PWTC utk melakukan tugas2.. waktu ni aku kenal lebih ramai orang2 kuat mawifc.. tak dinafikan 2,3 kali terlintas kat otak aku.. what am I doing? Rasa macam tak berape real aku sanggup buat semua ni.. fanatic ke aku? Ape tujuan aku? Semua persoalan aku tanya pada diri sendiri.. adakah sebab nak jumpa Mawi? tapi aku takde expectation dalam hal ni.. aku tak rasa aku akan ade peluang jumpa Mawi.. bagi aku, aku cuma nak menambahkan kenalan dan merasai pengalaman baru.. itu je.. sibuk mmg sibuk.. dalam jam 5 ptg.. aku dan kawan aku akhirnya stop keje jap gi tukar baju utk event mlm tu (kami di minta memakai jubah seluar) baru je nak kuar dewan.. tiba2 Mawi lalu depan aku.. terkezut seketika.. rupanya Mawi datang nak buat rehesel.. tapi tak tau nape aku tak begitu teruja utk melihat Mawi.. mungkin sbb penat dan juga mungkin sbb takut di tuduh mengambil kesempatan.. dlm erti kata lain aku dah set dlm otak aku.. Mawi is not the main point aku buat keje ni tapi Mawilah pendorong utama aku.. jadi after aku tukar baju dan bersiap2 Mawi masih lagi menyanyi di atas pentas.. nak tgk tak nak? Hmm tgk la kejap.. tapi aku tak ambil gambar sgt. Kiranya adala 2, 3 kali Mawi lalu depan aku.. hehehe tiap kali Mawi lalu pergerakan aku mesti terstop kejap.. seronok sebenarnya tersengih2 tgk Mawi.. pastu dapat kongsi dan berbual2 citer pasal Mawi ngan kawan2 baru.. tapi aku rasa la, Mawi will never remember me.. too many fan la mamat tu..

Malam tu sblm event start.. isk teramatlah sibuknya sebab ade barang sampai lambatla dll lagi.. tapi bila event start dalam kul 9.. semuanya lebih tenang dan aku just blend in kalau2 aku diperlukan bertugas utk ape2.. excited gak ni.. majlis berjalan lancar.. kitorang sebenarnya sibuk arrange hadiah2 dan cenderahati utk anak2 yatim dsbgnya.. hehehe.. yang aku tensionnye.. everytime aku gi hujung sana.. Mawi gi hujung sini.. bila Mawi gi bilik belakang aku dok kat depan lak.. isk tak berjodoh aku ngan Mawi ni.. hehehe.. (gatal gak aku ni nak menatap Mawi close-up) Kiranya Mawi ensem gile la esp bila dia pakai baju D’reka batik.. mmg hensem bangat.. (jgn jeles, aku dah pegang baju tu.. pegang baju je la..baju pun jadi la.. hehehe **gatal tahap gaban**) pastu lepas fesyen show tibalah masanya pelancaran album Mawi.. kelakarlah.. org yang gi mlm tu tau la.. ucapan Mawi yang kelakar.. (comelnye Mawi bila gelak).. lepas ucapan2 dll tibalah mini konsert Mawi.. hehehe… Mawi nak nyanyi lagu baru.. walaupun dah dengar waktu rehesel tapi perasaan nye lain bila dgr tepukan gemuruh tetamu..

Mawi nyanyi 5 lagu.. tapi lepas nyanyi 2 lagu dia berenti minum air dgn selambanye.. Suara Mawi mmg mantap dan best.. silap la kalau orang kate dia tak berbakat.. Mawi memang BERBAKAT.. I love u Mawi! (ops.. ade kene mengene ke?) Sebelum Mawi nyanyi lagu perempuan.. dia siap kate “lelaki nak buat ape?” hehehe bangga aku jadi perempuan tapi kalau jadi lelaki lagi best sebab dapat salam Mawi.. hehehe..Mawi nyanyi 5 lagu, Cinta Hakiki, Kian, Aduh Saliha, Perempuan dan lagu jiwa lagu cinta.. Gandingan yang sangat mantap antara Mawi dan sifu.. mmg best gile dan semua penonton teruje termasuklah aku yang duk tgk dari sisi ja.. Sementara tu aku sempat jugak jeling2 kat Jimmy (trek selebriti) adus.. mamat ni mmg cute la.. hensem sgt.. aku pun bergambarla ngan dia dan amik signs dia tapi dlm sibuk2 tu hilang pulak kertas yang si Jimmy tu signs.. pening rupanya aku ni.. Mawi punye pasal la ni..

Tiba2 ntah dari mana aku dengar kabar yang tak berape best dan semua orang skrg pun dah tahu pasal PC yang dilakukan oleh beberapa org kuat mawifc sewaktu mawi buat show tadi.. kak ita dll nampak amat blur sekali termasuklah aku dan beberapa ajk bertugas lain.. ape sebenarnye dah berlaku? mawifc dah bubar??? Isk biar benar? Tak logik rasanye.. macam mimpi pulak.. waktu tu mmg sedih.. dari perbualan aku ngan beberapa org ajk.. pelbagai kabar angin mengenai sebab2 timbul.. perkataan SABOTAJ jugak kedengaran.. mawifc sabotaj mawi??? Ape dah jadi ni? Bubar mawifc pada majlis perlancaran album solo Mawi?? waktu tu aku kesian sangat kat Mawi.. rasa nak nangis tapi rasa macam over lak kalau nangis.. jadi tak nangis la.. tapi mmg suasana agak kelam-kabut dan muram.. Waktu tu aku hanya mampu berbual2 dan cuba2 mengorek cerita sebenar.. maklumla aku ni bukanlah sesiapa dalam mawifc.. Kalau boleh aku tak nak Mawi tau..Sampai hati diorang buat cam2.. kesian Mawi.. kemudian Mawi naik balik pentas umumkan grand prize utk cabutan bertuah.. nampak Mawi ok ja.. dia dah tau ke blom? Mawi.. Mawi..

Lepas je diorang nyanyi lagu gelang si paku gelang utk tutup majlis.. satu lagi PC di buat oleh pihak Mawi pulak utk menjawab isu yang baru timbul ni.. aku dan kekawan masih lagi blur.. boleh ke tengok PC tu? Rupanya ajk bertugas boleh tengok jadi aku pegi la tgk.. Mawi pun ternyata nampak terkejut ngan berita ni.. waktu tu aku nak je bagitau Mawi.. “It’s ok Mawi.. kitorang masih ada..” Nasib baik aku nampak kak Ita menampilkan diri bersama di PC itu bagi pihak mawifc menyatakan sokongan masih pada Mawi.. beberapa sesi soal jawab berlangsung.. kalau korang tgk Malaysiaview.tv korang boleh tgk PC tu.. pastu tiba2 ajk2 Mawifc yang lain dipanggil utk berdiri di belakang Mawi utk menyatakan sokongan.. walaupun aku bukanlah ajk mawifc.. (only ajk for that event) tapi aku pergi jugak.. sebabnya? Kalau boleh aku nak je semua2 rakyat2 biasa yang tetap menyokong Mawi berdiri di belakang Mawi menyatakan sokongan berterusan.. Dalam masa yang sama tipulah kalau aku kata aku tak teruja utk berdiri di belakang Mawi…

Dari apa yang aku nampak dan dengar.. aku nak nyatakan kat sini.. Tindakan ‘2/11’ tu mungkin ade sebabnye tersendiri.. aku adele dengar cerita dari ‘mereka2 yang mengetahui’ tapi bagi aku tak perlulah kita terlalu mengharapkan Mawi menjadi seperti acuan yang kita mahu.. biarlah Mawi menjadi Mawi.. Aku percaya Mawi mampu berfikir dan masih belajar memperbaiki diri.. Tak dinafikan mereka2 ini telah banyak berjasa dan berkorban demi Mawi cuma yang aku kesalkan kalau sayangkan Mawi kenape begini caranye? Cuba-cubalah menerima Mawi seadanya dan biarlah dia membuat kesilapan kerana dari kesilapan sendiri barulah wujudnya pengalaman dan pelajaran.. Tak perlu kita jaga Mawi tu sangat.. Lain la kalau Mawi buat sesuatu yang terlampau hingga tidak boleh di maafkan.. sebagai manusia, kita tidak sempurna dan sentiasa dalam proses pembelajaran.. Biar Mawi menjadi Mawi.. Inilah pendapat aku.. kalau ye pun tak perlulah sampai nak buat PC utk letak jawatan.. ape gunanye mawifc.net tu? Bukanke itu tempat hebahan maklumat terutama bila ia berkaitan perkara dalaman FC.. dan kalau nak jugak buat PC buatlah masa lain yang lebih sesuai..

Biar siapapun yang bakal menerajui mawifc akan datang.. selagi ia menyokong Mawi dengan ikhlas.. Aku sokong! Sebab sokongan aku adalah ‘Mawi-Based’.. Kalau takde kelab pun aku yakin sokongan terhadap Mawi masih kuat!

Dunia.. Dunia.. Mawi kata.. Ini merupakan dugaan kecil sahaja.. Ade rotan yang lebih besar di akhirat nanti.. Moga Mawi sentiasa berpegang pada World World juga.. Akhirat Jangan Lupa..

p/s: Sorry lah panjang benar rasanye.. Fanatik jugak aku ni rupanya.. (baru tau ke? **pening2**) Aku mmg rasa macam tak logik je aku ni.. Lepas ni aku berubah. Hehehe.. aku sedar mawi tu hanyalah artis..

Friday, November 11, 2005

Sembang Raya & Fairytale aku..

My dearest parents
me and part of us
Family abang aku
My dearest brother and sister

Hmm.. Lama sungguh tak update blog ni.. maklum le raye sakan.. ahakss.. smlm baru masuk keje.. kirenye cuti 12 hari la termasuk cuti umum.. Raye kali ni tak semeriah tahun2 lepas sebab buat pertama kalinya kami beraya tanpa atok dan opah di kedua2 belah abah dan mak.. jadi pagi2 raya lepas sembahyang raya dan bermaaf-maafan kami terus pegi ke kubur atok2 dan opah2.. Kalau dulu akan berkumpul rumah atok tapi kali ni kami terus ke rumah sedara mara tu pun 3 buah rumah ja.. pastu balik umah tunggu kalau2 ade orang nak datang.. sambil2 tengok tv ;-D.. Kakak aku ngan husband dia tak balik kg raye ni jadi kurang sorang ahli la.. caling2 je la.. Yang peliknye dalam kami dok syok bergambar hari raya tak dak satu pun gambar kesemua ahli keluarga bersama di ambil.. semuanya gambar pecah2 ikut suka hati.. hehehe.. abang aku yang mmg jurukamera professional pun tak kuarkan kamera dia.. dok guna kamera aku ja.. kira ok gak la.. yang penting ade gambo.. hakss..
***promote sikit, kalau nak tempah kad kawin ke, jurukamera kawin ke boleh contact aku.. abg aku buat bisnes ni.. kedai dia kat K.Klawang, n9. Cuma kalu amik gambo tu area n9 la, kad kawin ok.. boleh bagi special price lagi..

Ni nak cerita rumah terbuka aku.. Hari raya ke-5 abah aku buat rumah terbuka.. Juadah utama mee kari dan bihun goring pastu kuih raya, keropok, agar2, buah-buahan dll lagi.. plannye nak jemput kawan2 pejabat dia.. start kul 12 sampai kul 5.. so aku pun tumpang sekaki la jemput kawan2 tempat keje lama aku.. last2 kawan2 aku yang datang dulu.. merasmikan umah terbuka tu.. pastu kawan2 adik2 aku.. pastu kawan2 mak aku (jiran tetangga la).. hmm mana kawan2 abah aku ni? Makanan dah nak abis.. ahak ahak.. last2 kawan2 dia call nak dtg malam.. adus.. terpaksa la aku cancel plan nak meronggeng ngan kawan2 aku.. pastu satu hal lagi abah aku kata dalam 20 orang ja nak datang.. mak aku pun ready lebih kurang la.. tambah2 mana yang patut.. nak dijadikan cerita, yang datang lebih dari 30 orang.. tu tak campur ngan anak2 diorang lagi.. hahaha.. makanan tak cukup.. isk isk.. apa lagi mak aku pun gunala ke kreatifan dia.. kitorang buat bihun kari pulak sebab tak sempat beli mee.. hehehe.. sampai ke malam rupanye umah terbuka aku.. penat gila malam tu.. tak larat dah tgk tv tapi sempat jugak main game.. aku tak suka main game sebenarnya kecuali bila balik kampong.. sebabnya? Hmm suka berebut.. ahakss…

Apa lagi ek cerita raya kali ni.. hmm citer pasal kawen.. Mak aku dah bising dah.. nasib baik abah aku baking.. yang adik laki aku umur baru 23 tahun pun mak aku suruh kawen.. ahak ahak.. bagi aku too young for a guy.. tapi bila dia citer gf dia tua 4 tahun dari dia terus mak aku membantah.. bapak aku pun tak restu.. ahakss.. bukan bercinta serious lagi pun tapi baru2 nak serious.. adik aku dah tanya pendapat aku, aku tak kisah la asal bahgia tapi aku kata kalau mak bapak tak bagi hang nak berjuang macam citer Hindustan tu ke? Hehehe.. jadi sementara boleh tarik diri.. aku nasihatkan dia tarik diri la.. adik aku pun macam ok ja cuma mula2 ja macam tunjuk perasaan.. dunia.. dunia.. hmm cakap bab2 kawin ni dulu waktu kakak aku masih tunangan abang ipar aku.. abang ipar aku ade tido umah aku 2 hari sebabnya nak melawat family aku.. lagipun umah dia jauh kat kedah.. heran ek.. nape jiran2 aku tak fitnah pastu tak putar belit fakta lak.. hahaha.. What’s the issue here? Hmm.. I’m blur.. mungkin sebab takde yang jeles kot.. kakak aku pakai tudung labuh lagi.. dia sentiasa jaga aurat dia siang malam, cuma aku ja yang liat.. hehehe..

My Fairytale Story…

Sebabkan ramai sangat duk cakap pasal Mawi-Ina.. aku pun join sekali la.. tapi aku bukan anti Mawi-Ina.. Kalau Ina adalah pilihan Mawi aku redha je.. huhuhu.. i rela u.. Maka terciptalah fairytale ini.. Kisahnya begini.. Suatu hari dulu ade seorang putera raja yang sedang meredah lautan meneroka dunia.. tiba2 kapal putera raja ni karam dan putera ini hilang ingatan akibat kemalangan itu. Maka dia pun menjadi rakyat biasa dan hidup aman damai di kampungnya.. setelah beberapa lama dia berjumpa dengan seorang gadis kampong yang comel dan lemah lembut.. lalu terpikatlah putera raja ini.. maka bercintalah mereka dengan amannye.. atas desakan hidup, sang putera pun pergilah ke kota untuk mengubah hidup mereka.. di sana sang putera ini amat dikenali dan secara tiba2 kecohlah seantero Negara akan kehadiran sang putera ini.. maka ramailah yang mahu mendekati dan mahukan kasih sayang sang putera ini.. malah ada juga yang mahu sepadankan sang putera ini dengan seorang puteri yang cantik jelita.. yang di rasakan paling sesuai dan sepadan dengan sang putera ini.. tak kurang juga yang mahukan sang putera memilih mereka.. Akan tetapi sang putera tidak pernah melupakan gadis kampong yang pernah dicintainya.. maka diberitahulah kepada seluruh dunia bahawa hatinya hanya pada gadis biasa ini.. maka ramailah yang membantah dan ramai juga yang menyokong.. namun nampaknya hati sang putera ini sukar untuk berubah.. tambahan pula sang putera ini pernah merasa susah dan dihina.. sehingga kini sang putera terus berjuang untuk dirinya dan gadis biasa itu pula hanya berserah pada takdir.. oleh sebab fairytale ini belum berakhir maka cerita ini bersambung.. ahak.. ahak.. sorry aku takde bakat tulih karangan jiwang.. kira ok la ni..

Selamat Berhari Raya.. Sebulan Puasa maka sebulanlah kita beraya.. ahak ahak..

Saturday, October 29, 2005

Macam2 hal / Uniknya Ramadhan Bersama Mawi (Part 5&6)

Macam2 hal la.. minggu ni adalah minggu yang agak kucar kacir bagi aku.. mood nak menulis mmg amat rendah sekali.. mungkin sebab nak raya dan kesibukan menguruskan rumah yang nak ditinggalkan selama seminggu lebih di samping nak memastikan kereta selamat dipandu pulang.. jadi mmg dah perangai aku makin banyak keje makin malas jadinya.. malam2 slps tarawih yang on-off (hehehe) selalunya di habiskan dengan menulis secara santai atau tidur awal telah bertukar dengan menumpukan perhatian pada tv.. kalau takde siaran menarik.. habiskan dengan menonton vcd/dvd.. itupun menonton kembali kegilaan lama aku pada siri2 anime yang aku kumpul..

Cerita yang aku habiskan ulang tayangnya minggu ini ialah ‘Kurau:The Phantom Memory’(24 episodes).. best tau citer ni.. 4 bintang aku bagi.. hmm teringat kembali ketika aku kat Jerman.. masa2 free aku banyak habiskan dgn mendonlod manga2 dari internet.. cerita peberet aku ialah ‘Death Note’, ‘Fullmetal Alchemist’,‘Gensomaden Saiyuki’ dll.. aku siap fall in love lagi ngan Sanzo (hero saiyuki series).. Oh, I still love u Sanzo.. tgk gambar sebelah.. hensem tak? Ahak ahak.. Boypren no.2 aku dlm dunia anime ialah Kolonel Mustang a.k.a flame alchemist yang menjadi wallpaper komp aku di opis.. Hehehe.. mengong kan.. fantasi tiada sampadan.. tapi aku mmg senang get hook dgn perkara2 yang aku interested.. syarat citer manga aku ialah.. “please not a cheesy love story..” walaupun aku fall in love ngan character but all that story bukanla citer jiwang berkarat2.. ahaks..(sape suke citer ‘u r under arrest!?” yakss.. heheh.. jgn mare..) Untuk pengetahuan semua.. manga ialah komik jepun dan anime pula ialah katun animasi jepun, kebanyakan manga/anime mungkin perlu dilabelkan samaada 18SX, 18SG atau 18PL.. so be carefull ok... cerita2 yang aku baca kebanyakannya label U.. anyway tak ramai kawan2 aku yg minat anime atau manga.. jadi aku syok sendiri ja lah..

Lagi satu hal.. apa lagi.. Mawi la.. yang menjadi kegilaan aku skrg.. terganggu fikiran aku seketika dengan isu Mawi yang.. ntah la.. bagi aku takde le ape sangat cuma di exaggeratekan oleh sesetengah orang.. kalau nak tau lebih lanjut dan objektif klik sini.. tak pun kalau nak emotional sikit baca ja la kat mawifc.com or .net.. macam2 hal.. malas nak komen sebenarnya sebab nnt banyak hati terluka.. yang pasti sokongan dan minat aku pada Mawi sikit pun tak goyah atau goncang.. Aku yakin Mawi ingin menjadi dirinya sendiri dan Mawi pandai berfikir.. apapun aku kesal jugak dengan tindakan/kenyataan sesetengah pihak.. kiranya aku boleh nyanyi lagu “nothing gonna change my love to you” ahak ahak.. takde maknenyerrr.. jadi nasihat aku kepada ‘sahabat2’ Mawi sekalian.. jangan mudah terpengaruh ok.. kalau pening diam seketika dan tanya diri sendiri.. apa yang anda percaya? Kadang2 cuba2lah masuk kasut orang lain.. bukakan minda untuk mendengar semuanya secara keseluruhan.. Look at the big picture ok..

Okla.. seperti yang dijanjikan.. inilah ulasan aku mengenai uniknya ramadhan bersama Mawi (Selasa-Sabtu).. Mawi.. Mawi.. banyak hati terusik kerana ko.. how could some people have a doubt in him.. badmouth him.. look at his eyes.. what will u see? I see a guy straggle to breath.. don’t ask too much from him ok.. dah kurus sgt dah mamat botak tu.. sokong seadanya saje walaupun fanatik.. kesimpulannya aku mmg fanatik.. wakaka!

Hari 21: Hari ni Mawi pakai baju belang2 hitam, kuning macam lebah.. hehehe.. mawi membawa kita ke konti radio Era.. hrmm.. nampak tak sabar2 nak gantikan tempat Halim Osman.. Mawi citer pasal lagu raya.. Mawi nyanyi sikit..”tanpa ku sedari.. air mata ku mengalir.. terdengar ayat suci.. seruan takbir..” sedap bangat suara Mawi..

Hari 22: Sejuk mata memandang.. Mawi menceritakan pasal solat tarawih.. solat tarawih ni bukanlah wajib tapi sunat yang di tuntut.. dan Mawi jugak menceritakan mengenai 10 malam terakhir ramadhan supaya kita sama2 mencari malam lailatul qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.. Moga tercapai impian kita.. aminn..

Hari 23: Mawi berada di tengah2 kotaraya.. menunjukkan bangunan yang tinggi2.. Mawi mengajak kita untuk sama2 bersedekah kepada yang tak mampu sambil menunjukkan contoh, Mawi pun bersedekah kpd pengemis2 di sekitar.. Mawi jugak memberi pepatah “Kalau tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu apa2” Maksudnya kalau bersedekah tu diam2 je la.. bukan mencari nama.. kena ikhlas..

Hari 24: Tak tahulah kenapa Mawi mempromote bubur lambuk kg baru kedai kak sham.. (ade syer ke? Heheh..) apapun Mawi cuma menceritakan pasal bubur lambuk kg Baru yang sememangnye pemes tu.. sampai Mawi pun tak sabar nak makan.. RM2 satu bungkus ok..

Hari 25: Sekali lagi Mawi berada di surau.. Mawi menceritakan uniknya ramadhan sebab lepas tarawih ade 'more' iaitu jamuan selepas solat sunat tarawih.. (pakcik2 makcik2 dlm surau cool ja.. bravo!) Selalunya 'more' ni sumbangan dari org2 kampung.. world2 juga.. akhirat jangan lupa..Dunia..

hari 26: Mawi memberitahu apa itu buffet yang sememangnye menjadi trend bagi kita di bulan yang mulia ini utk berbuka puasa terutama di hotel2 dan restoren.. apapun nasihat Mawi.. bak kata pepatah.. setiap penyakit tu asalnya dari perut jadi berpada2 lah berbuka puasa jgn ikutkan sangat nafsu.. Selamat Berbuka Puasa

hari 27: Mawi berada di hutan(?) sedang memotong pokok buluh bersama seseorang yang seolah2 bermain2 dgn parang utk memotong pokok buluh (hehehe..) Mawi menceritakan pasal lemang.. yang sedap di makan bersama rendang.. hmm sedap bau lemang tapi kena sabar.. jangan ikutkan nafsu.. puasa dulu.. nanti berbuka baru boleh rasa..(aku tak suka lemang.. tapi suka ketupat pulut(ketupat tiga segi))

Hari 28: Sejuk sungguh mata memandang.. Mawi nampak bersih berbaju putih di kawasan perkuburan.. Setiap yang awal akan berakhir.. Mawi memberi salam pada penghuni2 kubur dan menasihati kita menziarahi pusara orang2 yang tersayang sebaik saje sembahyang raye. al-fatihah..

Hari 29: Hari terakhir sebab esok raye.. yeye.. Mawi di luar rumah bermain bunge api.. Mawi kate jangan main bunge api.. bukan budaye islam.. lebih kurang gitu la.. tak leh pokus sebab nak raye dah.. ahakss

p/s: Aku tak tau naper.. memang susah untuk mendapat mood menulis perkara berkaitan raya.. I feel it.. Aku rasa nak raya.. aku suka dengar lagu2 raya af3 dalam keta (notes:aku bukan dgr lagu raya Mawi ja tau), aku sibuk tukar duit, isi sampul duit raya dll tapi utk menulis berkenaan raya mmg takde mood.. kene raya dulu kot baru ade mood.. mungkin jugak aku akan meluahkan perasaan kat sini kalau bapak aku tak bagi aku tgk Mawi kat tv raye ni.. hmm, risaunya…(pastu akan adela komen.. raye pun Mawi jugak? Hehehe…)


Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..

Tuesday, October 25, 2005

Uniknya Ramadhan Bersama Mawi (Part 4)

Sedar tak sedar lagi 9 hari kita nak raya.. ye ye raya.. tapi tak bolehla kita asyik pikir nak raya ja.. 10 terakhir ramadhan ni la yang paling bermakna untuk kita tingkatkan lagi amalan kita.. azam aku aidilfitri ni ialah aku harap aku tak mudah leka dengan duniawi lagi.. harap2 bolehla tercapai..

Sabtu ni aku nak balik kampong dah.. jadi macam2 bende lak tak settle.. semalam aku baru teringat yang lesen aku dah mati.. seminggu dah rupanya.. jadi selama seminggu ni aku memandu ‘illegal’ heheh.. apapun aku dah settlekan semalam.. menci tul, pegi pos opis pagi tiba2 sistem off-line lak jadi tgh hari aku kene gi sekali lagi pos opis.. alang2 dah kuar tu aku singgah la pegi tol kajang beli kad touch n go.. kurangla sikit aku menjemkan diri kat tol nanti.. hehehe.. kalau nasib baik leh dapat Volvo.. tak pun tv plasma.. korang doakanla aku ek.. mana tau berkat doa korang aku bertuah..

Kete aku tu lum servis lagi lak tu.. isk pening aku.. aku harap sempat la aku servis jumaat nanti.. Skrg ni aku dok round2 ngan kete aku sebab nak cukupkan km. aku ni dalam bab kete skema sikit.. kalau nak servis kene cukup km.. tiap 5000km mesti servis.. skrg ni ade dalam 50km nak cukupkan.. umah aku kat kampong 300km.. jadi aku kene servis kat sini.. hehehe.. ketuk kepala sekali.. ok la.. sebenarnya aku nak tulih pasal program Mawi kat astro tu.. dah kata nak tulih.. so kene la tulih kan.. kat kampong aku ade tenet jadi leh la aku update sampai abih.. (harap2 la..) okla.. ni ulasan aku utk ari 16-20..(Khamis-Isnin)

Hari 16: Kali ni Mawi bawak kita ke bazaar Ramadhan (kat mana ek?) Dia cakap bazaar ramadhan ni special sebab ade waktu bulan ramadhan je.. hehehe.. (betul la tu) Waktu ni la boleh beli macam2 juadah jadi kita semua patut bersyukur sebab Negara Malaysia aman dan tak de kes lagi di mana rakyat Malaysia mati akibat kebuluran.. sama2 lah kita bersyukur.

Hari 17: Mawi segak pakai baju melayu.. hensem tul.. tak de ape2 sangat Mawi bawak kita tengok persiapan sebelum sesuatu majlis berbuka puasa di tempat2 ekslusif.. macam2 ade.. Mawi kata yang menariknya bulan puasa ni ialah dapat berbuka puasa beramai2 dengan meriah.. di samping dapat melakukan amal meraikan anak2 yatim, orang2 tua.. Kita kene selalu bersyukur atas nikmat Allah kepada manusia. kemudian ade tunjuk sikit2 event 12 Oct hari tu yang mana Mawi azan sblm bukak pose. Selamat berpuasa.. World!

Hari 18: Hari ni Mawi mengajak kita mengerjakan zakat fitrah.. zakat terbahagi kepada dua satu zakat harta, satu lagi zakat fitrah.. zakat fitrah ni wajib..waktu paling afdal buat zakat fitrah ialah sebelum sembahyang raya.. Pastu Mawi pun bayar la kat masjid/surau tu (macam kene baca akad ja.. mmg camtu kot, aku tak brapa tau.. buat masa ni aku blom penah bayar sendiri lagi..hehehe..) Akhir kata..Mawi kata.. “Bayar jangan tak bayar.. World!” (Apa lagi sesiapa yang blom bayar lagi tu.. pegi la bayar..)

Hari 19: Mawi di Royal kurma..let's go.. mawi pun bagitaula jenis2 kurma.. ade kurma nabi, kurma segar (rutam), kurma halwa segar dll.. makan kurma waktu bukak pose ni sunnah nabi. Banyak khasiatnya..cth, khasiat kurma nabi:- makan 7 biji sehari InsyaAllah akan di lindungi dari penyakit2 dan juga sihir2 (fakta ini di sahkan oleh akak yang jual kurma tu.. hehehe..) World!

Hari 20: Mawi tgh pasang langsir kat umah (umah Mawi ke? Tak pasti..) Mawi pun menasihati kita supaya berbelanja ikut kemampuan.. tak perlu beli perabut baru dan lain2 semata2 nak rumah kita berseri sewaktu raya tapi terseksa menanggung hutang.. yang penting bersih dan cantik dah cukup.. Kemas dan bersih ni mestilah sepanjang masa dan bukannya hanya sewaktu raya saja.. memang di tuntut dalam Islam (Mawi bagi mini tazkirah.. hehehe) Rumahku Syurgaku…

Friday, October 21, 2005

Uniknya Ramadhan bersama Mawi (Part 2&3)

Uniknya ramadhan kali ini bersama Mawi.. skrg ni dah 17 hari kita berpuasa.. Sepatutnya aku tulih part 2 ni bila hari yang ke-10.. Sowi..sowi.. tapi minggu lepas aku sibuk sikit dan banyak bende lain lak dlm pikiran aku..ada jugak bende lain yang aku kata nak tulih tapi blom buat lagi..insyaAllah aku tulih gak..

Bila dah banyak hari terlepas aku pun buat keputusan nak gabungkan part 2 ngan part 3.. hehehe.. Apapun ni la ulasan aku:

Hari 6: Kalau buat last minit.. tanggung la sendiri! Hari ni Mawi kejap2 jadi orang utara.. kejap2 sound macam KL..Mawi kata rancangla perjalanan anda.. jangan buat last minit kalau tidak baru hang tau sedih tak sedih kene raya kat bas stand (tang ‘hang’ tu ja yang jadi loqat utara..heheh.. bolehla..) Mawi nyanyi sikit lagu sudirman, memang sedap suara Mawi..(amboi akak jual tiket tu sengih ja jual tiket kat kat Mawi..jeles aku.. tiba2 ja aku rasa nak jadi penjual tiket bas.. ahakss) Selamat Hari Raye!

Hari 7: Aik??? Ulang yang semalam punya.. u don’t know why? I also don’t know la..

Hari 8: Mawi duk depan komputer.. ngajar kita semua guna kad raya online (habislah Mawi.. tak laku la kad raya ko..) Mawi kata "saya pun baru belajar, hari ni hantar.. harini jugak sampai.. tu yang world tu"(baru tahu ke Mawi?hehehe.. dia bagitau utk adik2 tu..) Okla "Yang baik itu datangnya dari tuhan dan yang salah itu dari saya.." World!

Hari 9: Mawi macam ada kat dewan, rupanya tengah nak shooting rancangan raya..Mawi kata tak sangka dulu dia tengok ja.. skrg dia lak yang jayakan rancangan raya.. Penat? Mawi kata semua keje pun penat.. angkat kelapa sawit ke, security ke.. semua keje penat.. so dia dah pilih jadi penghibur jadi buat la keje seikhlasnya.. Oklah Mawi kata nak nak gi mekap, jap gi nak naik pentas.. (aku keje depan komputer pun penat.. penat otak.. ahaks)

Hari 10: Aku lost.. aku rasa aku mmg tak miss tapi aku tak tau apa yg berlaku.. pelik tapi benar?

Hari 11: Takde ape2 sgt.. Mawi balas kad raya.. dia bagitau tak sempat balas semua.. insyaAllah tahun depan.. (pendapat aku.. tak terbalas sampai bile2 la.. hehehe..) Mawi kata time ni la nak tau kita ramai kawan ke idak.. (aku rasa tak semestinya..) Last, dia ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. kpd yang tak tau Mawi ni kidal..(sape2 yang tulih tangan kanan tu.. belajar2 la tulih tgn kiri.. ahakss.. jgn ade yg betul2 buat dah la)

Hari 12: Tak sempat tgk gi Alamanda.. Sesape tgk bagitau le nanti aku tulih kat sini.. kalau tak silap diorang cakap Mawi kasi kuih kat jiran?

Hari 13: Mawi gi kedai kain Gulatis.. dia nak pilihkan kain utk mak dia.. hmm mmg pening beli kain utk pompuan utk lelaki senang Mawi kata la (bagi aku.. paling susah belikan baju raya utk adik2 lelaki aku.. mesti komen punyelah..last2 aku suruh ja diorang pilih sendiri..) Mawi ingatkan lagi.. jangan tinggalkan puasa sebab banyak2 kain hanya satu kain je yang akan tinggal nanti.. kain kapan.. dia pun nyanyi sikit la lagu rabbani tu..

Hari 14: Hari ni Mawi duk dapur tgh same2 buat kuih raya coklat chips.. Mawi kata bukan susah buat kueh raye ni senang ja.. (senang ek? Ikut resepi ja..) Pastu dia kata buat la kuih raya sendiri kalau sempat, kalau orang Tanya penah buat kueh raya boleh cakap penah.. hehehe.. kalau tak sempat leh la beli ready made.. pastu mawi pun masukkan kuih yang beberapa ketul tu dalam oven..

Hari 15: mawi tgh bersiap2 nak balik kampong.. rindu nak berpuasa di kampung katanya.. Mawi pesan kunci la semua pintu dan tingkap sebab waktu raya banyak penyamun.. beringatla sebelum kene.. Pastu jangan lupa cabut kepala gas.. kalau tidak bila balik nanti rumah tinggal rangka.. ahakss.. macam iklan lak.. Pastu Mawi kuar umah sambil nyanyi.. ooo…balik kampong.. ooo .. balik kampong..

Itu je lah.. sesape yang tengok rancangan ni.. kalau ade yang kurang atau silap bolehla bagitau kat ruangan komen ok! Akhir sekali aku nak ucapkan takziah kepada sesiapa yang kehilangan orang terdekat tak kira siapa pun.. tabahla menghadapai dugaan.. yang pergi takkan kembali lagi.. Hidup mesti diteruskan.. Marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan roh2 mereka, semoga di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. amin..

Thursday, October 20, 2005

Al-Fatihah..

Actually aku tak nak tulih apa2 hari ni sebab penat sangat semalam. tapi pagi tadi baru dapat berita ni..

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada isteri Perdana Menteri kita, DATIN SERI ENDON MAHMOOD yang selamat kembali ke Rahmatullah pada 7.55 pagi ini..Semoga Rohnya diberkati dan dicucuri Rahmat.. Amin..

Kepada sesiapa yang berkesempatan bolehlah memberi penghormatan terakhir bermula 11.00 pagi ini di kediaman Perdana Menteri, Putrajaya.

Al-Fatihah..

Wednesday, October 19, 2005

Kat mana korang suka bukak pose?

Semua dah kenyang ni.. tu yg senyum memanjang tu..hehehe...

Adoi kenyangnya.. dah overdose dah ni.. hmm ni la akibatnya kalau bukak puasa tak ingat dunia.. hehehe.. aku bukak puasa kat Mines Resort City semalam.. Sempena Launching LabVIEW 8, NI jemput untuk majlis launching dan berbuka puasa.. aku taknak pegi sebenarnye sebab tak larat nak dengar talk yang hampir 3 jam tu.. tapi dah kawan2 ajak pastu dekat lak tu.. so aku angkat kaki la jugak pegi itu pun sebab kawan aku sanggup angkut aku..( hehehe.. tak larat la nak drive sendiri..).

Sebenarnya aku tak suka bukak puasa secara buffet ni.. sebab mesti akan makan lebih dari sepatutnya.. lebih baik just beli satu dua juadah kat pasar ramadhan.. pastu balik umah makan apa yang ade je.. Kalau tak kerana free, sah aku takkan makan kat sini.. bukannya tak sedap tapi tak berbaloi.. cuba bayangkan harga berbuka puasa kat sini utk dewasa RM55++.. makanan mmg banyak tapi tak kan laratnye nak makan semua.. sekali sekala bolehla atau utk special event ke.. kira ok la.. nak kata mahal tak leh jugak sebab aku rasa kalau dinner bukan bulan puasa lebih kurang ni jugakkan harga dia..(kat tempat2 macam ni la..)

Apapun.. sempena bulan puasa ni sama2lah kita ingat-mengingati supaya jangan membazir ok.. kalau membeli di pasar ramadhan tu janganla beli ikut nafsu.. beli macam kita nak makan malam biasa ja.. Jom kita berjimat dan simpan duit utk sambut raya.. pastu beli album Mawi yang ori.. ahakss..

p/s: Mawi besh gila smlm kat muzik@Ria.. happening tul Mawi ni.. Mawi.. Mawi. lawak la ko ni..

Tuesday, October 18, 2005

Malaysia.. Oh Tanah Airku…

Negaraku.. Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup.. Bersatu dan Maju
Rahmat Bahgia, Tuhan Kurniakan
Raja Kita, Selamat Bertahta..

Inilah lagu negaraku kebanggaan kita.. Siapa sangka siapa menduga rupanya melodinya bukan milik kita.. (mungkin sesetengah dari kita memang dah tau.. tapi aku baru je tau baru2 ni) Topik pagi era smlm pun membincangkan isu ini berikutan tulisan Ramli MS dalam salah satu media di Malaysia. Macam2 reaksi dari pemanggil.. ade kate patut tukar melodi, ade kate patut kekalkan.. masing2 ade pendapat dan alasan tersendiri.. Tapi ape kate survey??? (Hehehe..) Adakah suara ramai akan diambil kira? Atau penilaian pemimpin yang paling utama? Dalam hal ni aku berpendapat --> kita ubah je melodi tu.. malu wei.. ape pendapat korang kalau akhirnya satu dunia tau yang lagu Negara kita sebenarnya tak original tapi ogirinal.. tepuk dada tanya selera..

Sebenarnya bukan originaliti lagu je patut diambil kira tapi originaliti budaya pun patut dititik berat.. Sama2 lah kita meningkatkan kesedaran kita supaya dapat menjadi rakyat Malaysia yang mampu berfikir sendiri tanpa mudah dipengaruhi.. Meniru tidak salah tapi tirulah yang membawa kebaikan.. kita tiru teknologi dan kemajuan mereka, kita patut tiru budaya kerja mereka.. kita mulakan dengan meniru kemudian kita buat sendiri.. Budaya yang pelik2 tu kita cuba elakkan.. Tegur-menegur elok tapi biarlah berhemah.. tapi jangan pulak bila ditegur pakai seksi kita bagi alasan yang Malaysia ni panas..(ingat tak sape yang cakap camni? Klu: artis bermula huruf J..)

Pastu janganla mudah melatah bila ditegur.. patutnya bila ditegur kita berubah dan berfikir bukan dgn rajukan yang ntah apa2.. cthnya smlm di berita tv3, Tun Dr Mahathir mengatakan tutup sajalah proton dan industri automobile tempatan kalau banyak sangat masalah dan isu (pendapat aku.. walaupun beliau menyatakan proton bukan miliknya dan itu hanyalah kata2 yang tidak mewakili proton tapi.. isk kalau aku tulih lebih2 mungkin akan dihumban ke laut.. ahakss.. paham2 je la) Apapun mungkin itu hanya gurauan dari seorang yang amat aku hormati.. (malangnya aku tak gelak..)

Biar apapun.. aku tak pernah malu mangaku rakyat Malaysia dan sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia.. Mempunyai kereta nasional juga merupakan kebanggaan aku bila berbual dengan orang luar.. (masalah dalam2 kita sendiri2 bincang je la ek..)

Mulakan hari dengan senyuman OK!

Pic: Marhaban di Astro.. (Alamanda)

Thanks kepada drsaiya sebab skrg aku dah boleh recover balik gambar2 di Alamanda. Ade banyak gambar sebenarnya.. nanti aku cuba upload kat photopages.. Antaranya..
Kump Firdaus dan MirwanaFitri tgh berlakon sebagai watak jahat.. (aku suka baju fitri ni.. mmg cun!)Kaer – kwn aku paksa aku amik gambar mamat ni.. :-DZa8.. Aku suka lagu Qais dan Laila.. Mawi.. tgkla dia pakai baju putih ni lagi.. sebelah tu signs dia.. hehehe..Marhaban.. ya marhaban..

Monday, October 17, 2005

It happen AGAIN?!!! / Marhaban Di Astro – Alamanda

It happen AGAIN!!!

Aku memang nak tulih pasal marhaban di Astro.. tapi… adakah kamera ngan aku memang tak serasi??? Adakah pisang boleh berbuah dua kali? Aku tension yang teramat sampaikan aku rasa nak baling ja kamera aku tu tapi memandangkan aku baru je beli.. mahal lak tu.. aku sabar je la.. geram tak terkata dah ni.. kenapa?? WHY???

Event1: Malam seribu kenangan bersama Mawi.. Aku bawak digicam abang aku.. dengan cita2 besar nak rekod video Mawi.. Abang aku dah ajar cara guna.. siap testing lagi.. everything OK.. tapi sampai ja malam tu.. digicam tu buat hal.. sekeping pun gambar Mawi aku tak leh ambik.. nasib baik la ada official camera MawiFC.. so aku ada la sekeping gambar ngan Mawi.. yang lain2 simpan dalam kepala ja la..

Event2: Disebabkan event1, aku buat keputusan beli kamera digital sendiri.. seminggu lepas event1 aku beli kamera digital Nikon 5M siap boleh rakam video with sound.. jadi semalam aku gi Alamanda dengan cita2 nak amik gambar Mawi sebanyak mungkin (balas dendam la ni).. tapi end session something weird happen to my camera and I have to reset it.. bila aku bukak balik.. keluar error.. “the card is not formatted!” bila aku balik umah.. dgn berdebar2 aku bukak SD kad aku pada computer.. everything GONE! Aku amik banyak sangat gambar dan ade video Mawi.. kebetulan aku duduk kat bahagian depan.. WHAT? It happen again??? Oh NO… I cannot accept this!!! I just CANNOT AND REFUSE TO ACCEPT this..

Aku memang nak tulis what happen that day.. but my hand is shaking with anger.. Menangis pun tak guna.. I hate everything now.. Maybe tomorrow.. maybe.. banyak dalam kepala aku sekarang ni.. InsyaAllah aku akan tulih jugak pendapat aku pasal event semalam.. Just cannot do it today.. I have anger management issue to handle right now..

Marhaban Di Astro – Alamanda

Aku dah telefon semua kekawan aku yang sanggup layan aku.. dah focus kat tv.. cuba tido.. macam2 aku buat utk lupakan masalah kamera aku.. still tak leh ubat jugak kekecewaan aku pada kamera aku. Jadi mungkin dengan focus pada event marhaban tadi dan tulih blog ni dapat membantu aku.. jadi aku ulas event ni hanya dengan bayangan gambar2 yang dah aku amik.. :.(

Aku sampai awal.. dalam kul 12.15.. event start pukul 1.30 tapi orang dah teramat ramai.. pukul 12.35 semua orang dah amik tempat.. jadi security bagitau aku ngan kawan aku baik duduk skrg kalau tidak tak dapat tempat yang best.. jadi aku pun duduk dan dapat tempat yang agak baik.. depan dan tengah (good for my camera ha?) satu masalah timbul.. how about zohor??? Orang dah ramai dan event habis kul 4.30.. hmm.. jadi aku dan kawan aku pakat.. kitorang gi solat gilir2 sementara sorang lagi jaga tempat.. aku berdebar sebenarnya.. camna nak kuar dan masuk balik dlm crowd tu.. alhamdulillah aku berjaya jugak sebab buat muka tebal.. tapi ini sebenarnya yang aku nak komen.. program marhaban itu mengajak kita kepada kebaikan.. tapi rata2 yang duduk sekeliling aku cuma mampu senyum bila aku ngan kawan aku berkira2 nak tempuh crowd dlm masa yang sama nak tempat aku tu balik.. mungkin diorang dtg dari jauh dan boleh buat jamak?? Semua yang duduk dtg dari jauh ke? Tak rasa bersalah ke?? Sendiri mau ingatla.. sayangilah diri sendiri dulu sebelum sayangi orang lain.. dan rata2 mmg semua peminat Mawi..

Tepat 1.30 kump. Firdaus dan Mirwana mulakan nyanyian.. ok lah.. walaupun nama Mawi di panggil2.. diorang ttp cool.. aku baru tau wujudnya kump. Firdaus (hehe.. kump Nasyid ni aku kurang tau.. sorry).. then di ikuti mini teater menarik dari Kaer, Fitri, Azizi, Zainal Alam dan Za8.. kelakar jugak la.. aku suka kostum arab diorang.. (Mana Mawi ni?) Pengacara kata Mawi tak leh kuar dulu nanti semua org balik.. hehe.. (terbukti sbb dia kata smlm 15hb mcm xde org tgk sbb Mawi takde..) Pastu persembahan nyanyian dari kump Firdaus, Mirwana, Kaer, Azizi & Zainal Alam.. Ni aku nak ulas sikit.. dari yang aku tgk Azizi mmg boleh menyanyi dgn baik dan surprise.. surprise.. Zainal Alam nyanyi not bad.. tak keterlaluan kalau aku kata better than Kaer dan Fitri.. Nyanyian Kaer banyak dibantu oleh Azizi dan mmg tak mantap.. well maybe it’s true, looks matter.. Kaer kan cute.. Anyway Kaer is better than Fitri (Ini maybe semua org tau).. Kump Firdaus yang tak aku kenali tu.. what can I say.. mmg World la.. aku suka.. diorang nyanyi even better than mirwana cuma takde lagu hit kot.. kiut2 lak tu (ini tak kira ek, hehe..)

Time Za8 dah pukul 3pm.. aku dah start boring & ngantok.. isk bila la Mawi nak nyanyi ni.. garenti aku balik kalau Mawi takde..Za8 nyanyi 3 lagu.. ok la not bad cuma dia nyanyi lagu slow yang menambahkan tahap ngantok aku.. 3.15.. Finally Mawi kuar.. awal2 dia cakap dia demam.. dia suppose nyanyi 3 lagu tapi sebab masalah kesihatan dia nyanyi satu lagu ja.. Alasan yang sama lagi.. tak sihat.. takpe aku maafkan, nak buat camna dah tak sihat.. tapi waktu dah abis marhaban tu aku sembang2 la ngan makcik2 yang setia tunggu Mawi balik kat pintu belakang sambil2 aku promote kad raya Mawi kat diorang..hehe (sbb kak chikera pesan suh pomot). Diorang komplen.. Mawi asik tgk lantai dan asyik2 tak sihat.. (pendapat peribadi aku.. Mawi patut pandai jaga kesihatan dan jgn keep guna alasan yang sama..makcik2 tu mmg frust bila Mawi nyanyi satu lagu ja dan kedekut senyuman)

Suara Mawi mmg best.. Ini tak dinafikan.. lagipun aku mmg suka tone suara Mawi.. Majlis diakhiri ngan Marhaban dan sesi tandatangan.. Disebabkan aku duk depan jadi aku sempat beratur.. sambil2 tu aku berdoa.. jgnla ade sesape kat tpt keje aku nampak aku berasak2 camni.. tercalar keprofessionalan aku.. hehehe..kononnye la.. (kwn aku kata takpe, buat dek je.. isk tapi aku betul2 harap takde org kenal aku..bagi aku malu la berasak2 semata2 nak tandatangan artis je.. tapi sbb minat aku pada mawi.. ku tebalkan jugak muka ni :-D)

Mawi tak sihat.. aku paham.. boleh nyanyi satu lagu ja.. aku terima.. tak senyum.. Ini aku tak paham dan susah nak terima.. jenuh aku buat alasan utk Mawi.. Aku ok ja sbb mungkin Mawi tak larat nak senyum.. senyum pun macam dibuat2.. tapi kwn aku mmg frust sebab dia 1st time jumpa Mawi.. aku tak rasa Mawi camni.. sbb last time kat PWTC dia ok.. ceria ja jumpa peminat.. Cuma sbb dia demam kot.. tapi demam pun patut boleh senyum sbbnya peminat dia berbeza2.. dan sesi tandatangan tu ½ jam ja.. tak dinafikan aku pun terasa jugak.. Come on la Mawi.. don’t keep doing this.. Aku sempat tegur Mawi.. suruh dia senyum sikit dan sempat jugak sampaikan salam kawan2 aku pada mawi.. Jadi kepada kawan2, Mawi kim salam balik.. hmm.. kalau aku tak tegur dia.. sah dia pandang meja ja.. tapi disebabkan Mawi maka aku maafkan tapi orang lain kita tak tau.. Harap2 adela yang boleh tegur Mawi ni.. Don’t take things for granted Mawi..

Tabik spring aku bagi kat kump Firdaus.. sempat sembang ngan aku lagi..mmg world la diorang ni happy dan sporting.. Awal(beat TV), Azizi, Fitri, za8, Kaer, Zainal Alam pun ok la.. Mirwana aku no komen sbb diorang sign siap2 pastu bagi aku kertas.. tak sempat aku nak tegur diorang (actually sign2 diorang don’t mean anything pada aku.. patut bg peluang aku say hi or anything.. aku rasa insulted tapi mungkin bukan salah diorang.. ntah le.. tak penting pun..)

Pasal Marhaban ni pun aku nak komen jugak.. kump Firdaus, Mirwana, Mawi dan Za8 mmg nampak ok.. Kaer duk blkg so aku tak nampak.. Tapi Fitri dan Azizi.. isk aku bukan niat nak menilai atau mengata tapi kalau tak biasa pun atau tak penah buat ke.. cover2 la sikit.. sekurang2nya do your homework.. berlatih2 la hafal marhaban tu.. bukan susah pun.. aku tgk nak bukak mulut pun susah esp. Fitri.. Aku tak marah cuma aku sian.. semua org tgk.. nasib baik Mawi ade atas pentas so orang focus tgk Mawi..

No picture available.. aku rasa lepas tulih ni aku dah cool down sikit.. Kalau boleh aku nak marah Mawi.. sebab kamera aku prob bila time aku amik gambo dia je! (tak logic kan.. but I don’t care about logic right now..) Bila Mawi on da way back dia senyum dan lambai aku balik.. (Angau jap.. :-D) itupun bila dia perasan aku lambai dia guna kad raye dia.. Mawi.. Mawi.. Keep smiling ok..

It just pictures anyway.. I should not make a fuss of it.

Friday, October 14, 2005

Watch Out!

Yahoo!! Mawi akan bermarhaban di Alamanda Ahad ni.. Mawi!!! I’m coming for you! (ahak ahak..ops.. bulan2 pose ni takleh lupa diri..) Hmm.. InsyaAllah kalau takde aral melintang aku akan ke Alamanda Ahad ni.. Alamanda ni 20 minit je by car dari rumah aku.. Jadi aku harap aku dapatla amik gambo yang best2.. Check it out here isnin ni ok..InsyaAllah..

Ok lah.. Iklan kejap! Album Raya AF3 dah kuar (beli jgn tak beli..) :-D Aku dah beli.. bagi aku berbaloi beli sebab aku memang tak penah beli album raya.. Paling best.. hmm.. sape ek? Mawi ler.. Aidil punye lagu pun aku suke.. ramai gak yang komen tak suka new arrangement yang hampir menenggelamkan lagu asal sudirman tu but I love it.. masing2 ade keistimewaannya.. Overall, aku suka album ni.. 3 ½ bintang dari aku..
Ops lagi satu.. Full Album Mawi akan kuar 21hb ni.. bukan 17hb (aku dah agak dah mesti delay punye..) Anyway kalau nak tgk kulit album check klubkidd blog ok.. Mawi kiut dan hensem bangat! Hehehe.. Dapatkan yang Ori tau.. Selamat berpose Semua!

Thursday, October 13, 2005

Guten Tag!!! (good day/Hello)

Rupanya bukan senang nak tulih blog ni.. sebab memang kene rajin.. skrg ni lak bulan pose, malam2 bukannya free sangat.. pastu kalu nak nulih kene ade idea jugak.. Isk, kawan2 aku lak dah komplain.. asik2 tulih pasal Mawi ja.. Okla aku tulih pasal diri aku la plak.. aku tulih pasal the most happening event of the year dalam hidup aku tahun ni..

Jerman Dalam Kenangan.. (Jan – Mac 2005)With supervisor dan opismateSelama 2 bulan aku kat sana.. memang best dan happening.. kalau boleh ulang aku akan ulang balik.. kiranya the happiest time in my life la for this year.. Aku kene gi tgh bulan 1 haritu sampai tgh bulan 3.. cuak jugak mula2 sebab kene gi winter time.. aku sempat merasa spring selama 3 hari ja.. anyway itula yang menariknya sebab kat malaysia ni tak penah ada winter.. dan yang paling mendebarkan ialah: aku 1st time naik flight.. ntah camna org yang arrange tiket aku tu.. aku naik Autrian Airlines & kene tukar 3 flight KLIA-Vienna-Frankfurt-Cologne.. terkejar2 jugakla aku.. dahla gi sorang2.. terrify habis.. aku gi work attachment kat Forschungszentrum Jülich GmbH (Research Institute Juelich).. nasib baik supervisor aku yang amik aku kat airport.. what a nightmare (mula2 je rase gini.. hehehe)

How to start.. hmm.. kat sana aku stay kat gastehous (guesthouse).. mostly foreigner yang stay situ.. tapi adala jugak org Jerman stay kat situ, situ sewa dia agak mahal la tapi semua lengkap.. apartment aku 4 orang.. sorang dari Thailand, sorang dari Italy, sorang lagi dari Mexico dan sorang lagi dari Malaysia(ops..aku le tu) sepanjang 2 bulan aku dok sana tak jumpa sorang pun dari malaysia..

Aku gi keje ari2 naik beskal.. kat sana naik beskal tak bahaya sebab jalan beskal ngan kete tak sama.. kiranya memang selamat.. ingatkan bolehla kurus dok kat sana maklumla lebih kurang 6km jugak la jarak ngan tempat keje..mula2 semput jugak la.. bas memang ada tapi aku nak more in control.. aku nak pegi dan balik keje mesti ikut time aku sendiri jadi biarpun sejuk.. beskal jugak pilihan hati.. malangnya hasrat aku tak tercapai sebab housemate aku sangatla rajin memasak.. aku request ja nak apa.. dia mesti masakkan.. daging dan ayam halal memang no problem.. belacan pun aku leh beli tapi kene gi jauh sikit.. kene gi bandar Aachen dalam 1 jam naik train.. yummy!kalau tak caye.. tgk la gambar tu.. antara makanan aku kat sana.. hmm sedapnya chicken green curry tu..

Kawan2 aku ramai gak.. maklumla duk kat guesthouse.. ada dari India, Egypt, Thailand, Turki, France, Italy, China, German dll.. sampaikan aku sibuk cari peta dunia sebab takut diorang terasa kalau aku tak tau kedudukan Negara diorang.. aku ni georafi lemah sikit.. hehehe.. pastu diorang ni kebanyakannya bertaraf dr dan prof jadi isu antarabangsa memang topic perbualan utama.. isk.. itu aku leh terima lagi tapi topic agama juga adalah antara topic peberet diorang.. tambah lak ada mamat Egypt yang memang suke bercerita pasal Islam.. aku tak kisah sebenarnya tapi dia punya English payah sikit nak paham.. diorang sebuk suruh aku terjemahkan sebabnya dia cakap BI campur arab.. jadi bila dia cakap pasal agama aku leh tangkap jugakla.. ilmu agama aku biasa ja jadi aku kurang yakin nak berdebat tapi diorang paksa jugak.. kononnya nak my own perspektif la.. isk feningla.. kira okla sebab aku tau la jugak pasal agama org lain. Maklumla rakyat Malaysia berbilang kaum.. diorang suka debat islam-kristian-hindu-buddha in a big picture.. Arghhh.. tapi to tell the truth.. enjoy jugakla berbahas ngan diorang sebab masing2 ikhlas menerangkan agama masing2 tanpa niat apa2..just tambah general knowledge ja..panas..panas..

Life aku mmg happening kat sana sebab almost every night ada dinner party.. well masing2 nak introduce masakan Negara masing2.. diorang respect aku sebagai orang muslim jadi memang no prob bagi aku tambah lak ade mamat Egypt yang mmg the bery serious.. kalau aku ragu2 nak makan aku minum ja.. yang paling aku tak suka bila diorang buat italian dinner.. diorang semua makan sedap2 aku lak kene makan vegetarian spagety yg di masak khas utk aku.. yakss.. aku mmg tak suka.. tapi makan jugak sbb terpaksa.. satu aku suka pasal housemate italy aku ni.. dia selalu bawak pelbagai jenis cheese utk aku rasa.. hmm sedapnya fresh cheese makan ngan roti…bila diorang tanya pasal makanan Malaysia, aku ni tak le terre sangat masak takut diorang salah anggap lak kata makanan Malaysia tak sedap jadi aku explain la.. Malaysia and Thailand almost the same.. nasib baik aku bawak brahim.. hehehe.. tu la cth makanan Malaysia aku..

paris with loveSiang keje malam makan.. itu la keje aku kat sana.. hahaha.. every weekend aku jalan2 jugak la tapi winter time tak la best sangat jalan sebab siang kejap ja.. aku sempat gi Aachen, Cologne, Düsulldof dan singgah jap ke neitherland.. apapun minggu last aku sempat singgah ke Paris 3 hari 2 malam.. aku apply cuti la ngan supervisor aku.. dia very sporting siap suruh aku gi Rom tapi tak sempat la.. aku gi kejap sangat.. 2 minggu pertama masih dalam proses biasakan diri dan cari geng.. bila dapat geng kene plan pulak.. aku gi Paris amik package yang paling murah.. Cuma 115euro ja.. (promotion end of winter) kalau nak gi Paris.. 3 hari mmg x cukup.. too many places..

Isk.. banyak sangat nak citer.. kat sana aku sempat fall in love lagi (hmm this is SERIOUS!) nasib baik la cintaku tak berbalas.. kalau tidak aku sanggup stay sana.. hehehe.. (ade hati.. nak kene humban ke laut ni)Alexander and me mamat ni nama dia Alexander.. dia jerman and doctor kat situ (real doctor) pastu baik sangat ngan aku.. kitorang penah berbasikal same2 macam winter sonata tu.. hehehe.. tgk la gambar tu.. kiut tak? Aku still contact lagi ngan dia ni.. Cuma jarang2 la.. we have same interest.. not Mawi(ahaks) but books and movies.. I can talk about everything with him.. and he love talking and a very good listener too.. isk terjiwang lak..STOP! bila balik Malaysia teringat gak la.. dlm 2 minggu.. sedih sangat.. pastu ok la..

Kesimpulan aku, pergi negara orang memang boleh membuka minda kita.. menjadikan kita lebih matang dalam menilai.. dan bagi aku org Jerman ni polite.. habis2 pun shake hand ja.. org Italy lain.. suka hug2 cuma diorang tak berani ngan aku sebab aku pakai tudung.. jadi aku respect gile la ngan diorang. Banyak lagi nak tulih sebenarnya.. opismate yang baik2 yang sentiasa melayan aku yang sewel ni.. 2 bulan memang terlalu singkat tapi itu je yang diperuntukkan utk aku kat sana.. tapi kawan aku dari monggol yang dah stay sana 1 ½ year kata.. i make more friends than him in 2 months.. jadi aku rasa sangat bertuah sekali sebab aku dapat enjoy dalam ketensionan keje.. bila balik Malaysia.. well.. what do u expect the expectation of my boss? Susah nak apply budaya Jerman kat sini.. diorang work very hard.. work time and after-work time bagai dua dunia yang berbeza.. macam2 aku learn kat sana.. aku rasa cam boleh buat satu lagi artikel on cara hidup dan polisi diorang.. nantilah.. bende2 serius ni berbaloi utk tulih sebab boleh bukak minda.. Cuma skrg ni mood aku tgh mengong.. rasa cam blues sikit.. last.. ni gambo farewell party aku.. my last night there.. huu. Huu.. I miss Germany...Farewell Party

Tuesday, October 11, 2005

Simpati Aku.. – Udah2 le tu.

Aku tulih ni sebab aku tgh boring.. aku tulih waktu weekend baru ni..Cuma aku hold posting ja.. housemate aku balik kampung jadi malam2 aku duk buang masa baca @15 sorang2.. tu la aku tertulih pasal Mawi lagi ni.. isk camna nak stop ni.. baca je lah ek..

Ada beberapa golongan yang menimbulkan rasa simpati aku bila wujudnya fenomena Mawi.. actually mula2 geram pastu simpati..

Golongan Pengutuk:- Mula2 aku betul2 geram bila baca post2 diorang kat @15 dan di forum2 dan web.. golongan ni terdiri dari orang perseorangan malah ada jugak kalangan artis.. golongan yang tak habis-habis mengutuk ni memang kesian la sebab tak dapat terima kenyataan dan juga hari2 dok pikir idea baru nak ngutuk Mawi tak pun recycle idea2 lama.. memang tak habis2.. memang pelik.. kalau tak suka tak yah la kutuk lebih2 lainla kalau Mawi tu betul2 buat mende yang patut di kutuk contohnya terlibat dalam dadah ke, merompak ke, menipu ke..

Golongan Match Maker:- Sebenarnya bagi aku ni golongan budak2.. sibuk nak jodohkan Mawi ngan Marsha.. kalau korang tak caye baca la kat @15.. sekarang ni sampai gadoh2 sebab ada fanatic M&M ada fanatic Diana.. Suka hati la Mawi nak kat sape pun.. tok sah la buat mende tak berpaedah tu.. Kalau korang rasa Diana tu tak sesuai ngan Mawi.. Marsha tu pun bukannya sesuai sangat.. aku je yang sesuai (opss.. acah je).. Bagi aku pasal jodoh ni tak yah la kita lebih2.. pandai la Mawi tu buat keputusan sendiri.. Kalau korang baca post aku pasal Fenomena VS Jantung.. aku nak komen sikit.. ada la yang tak suka bila aku kata "D" tu 'bodoh'.. so aku nak explain sikit.. dan sorry la mungkin perkataan bodoh tu agak kasar.. tapi bagi aku D tu memang agak kurang cerdik dalam handle bende ni tak bermaksud dia bodoh akal fikiran dlm semua segi dan juga tak bermaksud dia tak layak untuk Mawi.. Bagi aku kalau "D“ ni tak ade mungkin lagi teruk kot si Mawi tu kene gossip.. jadi sebenarnya setiap yang berlaku ade hikmahnye.. Jadi dengan sesiapa pun Mawi end-up nanti.. itu dah jodoh ketentuanNya..

Golongan Fanatik Terlampau:- Aku ngaku aku fanatik Mawi tapi aku tak tergolong dalam kategori ni (rasanye la..) segelintir ja golongan ni.. tapi mereka ni la yang mencemar golongan fanatik macam aku.. Fanatik yang tak ikhlas.. fanatik yang mempunyai harapan terlalu tinggi pada Mawi dan terlalu mengharap Mawi menjadi seperti mereka nak..Mawi tak leh buat ini & patut buat itu..isk fenin aku.. Mawi mesti lagi fenin la.. jadi fanatik camni memang kesian la.. Kalau nak fanatik biarla yang bertempat.. sokong seadanya dengan ikhlas..

Golongan Penentu Masa Depan:- Ni mungkin termasuk semua golongan2 di atas sebab diorang ni sibuk nak tentukan masa depan.. pasal Mawi takkan kekal lama la.. pasal jodoh Mawi la.. Pasal Mawi akan jadi terBest antara semua makluk kat bumi ni.. apa kata just wait and see ja.. Aku memang harap Mawi akan jadi terBest dan kekal lama tapi sebenarnya semua tu bergantung pada diri Mawi sendiri.. Orang kata kene ade give and take.. kita sokong Mawi, Mawi pun kene up to the standard la.. penyokong mungkin lari.. tapi aku yakin aku tetap akan sokong Mawi.. :-D orang lain aku tak tau.. Aku pun yakin Mawi sedar semua ni.. So kita berdoa jela moga Mawi terus improve dan improve ok.. WORLD!

Monday, October 10, 2005

Uniknya Ramadhan bersama Mawi (Part 1)

Uniknya ramadhan bersama Mawi.. hm rancangan astro yang memang best sebab dapatla kita cuci mata sebelum bukak pose :-) Kat astro ria kul 6.30pm, ulangan 8.30pm dan 11.30pm.. lebih kurang 2 minit ja tapi cukup untuk menyampaikan pesanan ringkas yang berbentuk nasihat.. Aku akan tulih ulasan ni part by part every 5 hari.. InsyaAllah.. kiranya akan ada 6 part la.. hehehe.. sebenarnya kalau boleh aku taknak tulih sangat pasal Mawi sebabnya asyik2 Mawi ja.. tapi nak buat camna..Mawi memang perkara yang paling aku interested skrg.. nanti aku tulih pasal harry potter lak la.. tunggu november nanti.. oh tak sabarnya nak tgk movie hp yang ke-4..

Apapun memang uniknya ramadhan bersama Mawi tahun ni.. dan uniknya jugak raya tahun ni sebab ada Mawi.. Mawi memang best..hehehe (kalau abah aku tau aku cakap camni memang kene sekeh dah ni..abah aku tak puas hati sebab dia kata Jamal Abdillah 10x lagi best.. ntah la aku no komen.. betul kot bagi dia.. semua ada kelebihan toksah banding2 cuma bagi aku zaman aku ngan jamal tak sama.. aku berada di zaman Mawi hehe..) Tahun ni bagi aku raya agak kurang meriah sebab aku dapat tau kakak aku tak balik raya tahun ni.. abang aku pun balik raya kejap ja.. masing2 ada sebab sendiri, tak leh elak.. sian mak ngan abah aku..nak buat camna..kene redha je la..

Hari 1: Mawi pakai baju melayu dengan kopiah putih.. (hensem bangat :-D). Dia bagitau rukun islam lima perkara.. puasa ialah rukun islam yang ketiga.. (Pose jangan tak pose)

Hari 2: Mawi bangun pukul 5.30 pagi untuk sahur (pelik sebab muka dia fresh ja.. hehehe) Rumah nampak cantik dan bersih.. dia gi dapur makan meggi (ade ke makan maggi..) Mawi bagitau niat puasa bulan ramadhan.. yang penting niat dalam hati dan ibadah di bulan pose.. kalau bekerja kerana Allah.. ibadah la tu..
Mawi tekankan pentingnya bersahur walaupun hanya makan meggi..Thx ..papaadlis sebab ingatkan..

Hari 3: Paling ringkas, Mawi kata dah terlambat nak balik rumah.. jadi terpaksa bukak pose kat restoren.. Mawi bukak pose kat restoren mamak makan nasi kandaq ngan teh tarik.. (yang peliknye restoren tu kosong.. bayangkan la kalau restoren tu ade ramai orang.. tak sempat mamat tu nak makan agaknye.. hehehe) mawi kata lepas makan bayar.. ingat ye kawan2..

Hari 4: "tanpa tiang tiadalah rumah" tula pesan Mawi pada semua.. Mawi pakai baju melayu coklat ngan kain pelikat, amik air sembahyang pastu sembahyang (tunjuk ringkas2 la) Pesan Mawi, janganla bantai tido je bulan puasa ni..kalau tido, setahun puasa pun boleh (hehe.. yeke?) Jangan sesekali tinggal solat waktu bulan posa ni.. tidola lepas solat zohor sekejap..barula badan segar..

Hari 5: Mawi segak berbaju melayu kuning dengan kopiah putih, Mawi kata uniknya ramadhan sebab ada banyak rumah terbuka jadi bolehla ziarah kawan2 lama.. Mawi baca doa berbuka puasa dan menjemput kawan2 dia makan macam dia lak tuan rumah.. hehe (rasanya kawan2 dia kamera shy..) Mawi kata ada satu tempat tiap2 hari ada buat open house.. mana lagi? Masjid la.. JOM..
Ni pun ..papaadlis ingatkan.. mawi kata kalau hari2 ada rumah terbuka save buget dia.. (hehehe..kalau Mawi nak datang Aku buat open house hari2.. mai la Mawi :-D)

P/S: Aduh saliha dah jatuh no.2 kat carta era.. terkezut aku.. aku tak kisah sesiapa pun yang penting aku nak Mawi no. 1.. Undilah cepat..klik sini

Friday, October 07, 2005

MawiFC’s Bowling Day..

2 Oct 2005, bertempat di U-Bowl 1Utama.. Jeng jeng jeng.. aku join “Mawifc Shoutbox The Friends Bowling Tournament 2005” ewah.. macamla terre sangat main bowling tapi kalau dah rezeki tu tak ke mana.. kalau ikutkan aku bukanla aktif sangat kat shoutbox mawifc cuma kadang2 ja.. kat forum mawifc tu adala sikit2 so secara tak sengaja aku berpeluang join aktiviti mawifc.. mula2 aku risau gak maklumla dah la tak terre main pastu main berkumpulan dengan orang2 yang tak penah aku kenali.. Cuma kenal kat mawifc.net ja.. isk berdebar gak.. aku rasa akula bakal menyebabkan kumpulan aku kalah.. hehehe..turn out ok ja la sebab kebanyakannya lebih kurang aku ja.. dan sememangnya group aku (oh fatimah) memang kalah pun.. hehehe.. kira ok la tu yang penting enjoy!

Sebenarnya aku dah janji ngan kawan aku nak jumpa kat 1Utama.. dia janji ngan aku nak datang tapi lewat sikit.. ada buat kelas tambahan la pulak.. aku dah bagitau dia.. buat kelas hari sabtu, hari ahad spend masa untuk aku.. isk isk bila lagi dia nak jumpa aku di samping tengok bakat terpendam aku main bowling.. tunggu punya tunggu rupanya dalam pukul 1 lebih dia call aku cakap dah sampai.. hmm, sampai kat mana? Dia tanya apsal tak nampak aku kat bowling (pelik?) HMM, rupanya kat ioi Mall.. ala kak oi.. apsal la ko gi ioi mall? ioi mall tu kat puchong, 1Utama kat Damansara..(agaknya i ngan 1 lebih kurang sama kot :-D) jadi tak dapatla aku jumpa dia.. dia pun dah turn back balik umah.. sian dia dah la duduk kat Port Klang.. aku mintak maap banyak2 sebab nak jumpa aku ko sesat.. jauh lak tu.. Lain kali kita jumpa ek..mana la tau ada peluang bukak pose ngan Mawi ke nanti (aminn..)..tak pun bila ko rindu aku.. anytime for u bebeh.. ahaksss.

After gameNi la kami ahli2 mawifc yang menyertai aktiviti bowling.. semua orang enjoy.. No problem.. semuanya baik2, siap ada banner lagi (gambar atas tu..) bangga jugak aku walaupun Mawi takdak tapi bila nak baling ja nampak banner tu.. ewah macam nak bagi Mawi sambut ja bola tu.. kalau betul pengsan la budak botak tu.. dah la kurus, aku lak main bola 9/10 kg dgn kelajuan ala2 kadar yang kadang2 menuju ke longkang.. hehehe.. Semua ada lapan group dengan nama2 lagu Mawi, seroja ada, saliha ada, dan yang paling best group oh fatimah la..walaupun juaranya ialah group pupus.. Sebenarnya aku tak sempat kenal semua orang, diorang pun ada yang dah memang kenal, penah jumpa sebelum ni.. kawan aku lak tak datang jadi aku tak banyak cakap sangat just sembang yang dekat2 ngan aku ja.. segan la konon.. mungkin aku tak cukup peramah kot.. tapi ok lah kenal sikit2 pun ok lah kan..

Hadiah pemenang2At the end.. ade acara tukar2 hadiah2 pastu kitorang semua dapat ala2 certificate yang ada printed tandatangan Mawi ngan senarai nama kitorang.. cari ape tu?tengok gambar tu.. bersungguh2 tak aku baca.. tau naper? Nama aku takde! waaaa… huu.. huu.. huuawaaa.. mungkin sebab aku masuk last minit so tak sempat nak buh nama aku.. mula2 aku tension gak rasa macam takde maknenyee..
tapi iye lah.. kena la sedar diri.. last2 minit baru nama aku masuk tu pun sebab ada orang tarik diri kira dah nasib baik dapat main.. hehehe.. Apapun aku simpan jugak la ‘certificate’ tu sebagai kenangan.. Kalau mawifc ada buat aktiviti yang berfaedah camni memang best la join.. dapat jumpa kawan2 baru yang sama2 fanatik.. ekekeke.. di samping menyihatkan badan.. Kiranya memang best la! Ailebiu la Mawi.. hahaha..


MAWI WORLD! MAWIFC WORLD!

Wednesday, October 05, 2005

Kad Raya Mawi!!!


Just nak info korang yang Mawi dah ada syarikat sendiri.. Mawi World Sdn. Bhd. dan nama dia pun dah dipatenkan:- TAHNIAH MAWI!(sumber maklumat :- Laman web rasmi mawifc.net) Jadi kalau nak guna nama Mawi untuk kepentingan peribadi tu kena hati2 la ye.. Apapun tujuan aku update blog ni sebab nak promo sikit.. kad raya Mawi dah dijual.. kalau nak tengok sample klik sini. Harga satu set RM10.00, satu set ade 5 keping. Kalau korang nak, kat link tu ada cakap camna nak tempah dan dapatkan. Beli yang ORI ok..

MAWI WORLD!

Humban ke laut? Lagi-lagi AP!

Huarghhh.. ngantoknya.. Selamat Berpuasa Semua!!! Korang gi tarawih tak? Hmm, masing2 sendiri jawab la ok.. alhamdulillah kalau pegi kalau tak pegi takpe la.. lain kali pegi ek.. Sama-samalah kita menginsafi diri sempena bulan yang mulia ini.. jangan asyik ingat dunia ja.. akhirat jangan di lupa.. jangan pandai nasihat orang ja, diri sendiri kena jaga dulu..

Ok la, berbalik pada tajuk di atas.. apa lagi kalau bukan isu parlimen kita.. Tapi sebelum tu nak komen sikit pasal parlimen kita..(actually aku takut nak komen lebih2.. rasa macam merbahaya ja) Apa yang aku nak cakap secara ringkasnya dari pengalaman aku yang penah jadi pemerhati di dewan rakyat tahun lepas.. bagi aku tak semua pemimpin kita pandai menjaga bahasa.. memang di situlah tempat mereka berbahas dan kadang2 bagi aku mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya walaupun bergelar menteri sekalipun.. ntahla mungkin sebab amarah yang marah atau saja2 nak menghangatkan suasana sebab aku penah cakap yang kadang2 idea lebih mudah dicetus dalam bentuk provokasi..

Oklah, pasal humban ke laut.. Kesian Hattan.. ye lah dia menyanyi lagu Negaraku salah melodi atau yang seumpama dengannya kat Piala Malaysia hari tu.. aku tak tau seni muzik ni tapi memang kedengaran agak pelik la nyanyian dia tapi takkan la sampai boleh dikatakan pengkianat Negara dan patut humban ke laut? (Pengkianat negara bagi aku ialah penyeludup, pengedar dadah, orang yang jual rahsia negara, pemecah amanah, penerima rasuah, dan lain2 yang seumpama dengannya) Bagi aku ini overstatement dari salah seorang pemimpin kita.. tempat dia cakap pun kat dewan parlimen.. isk apa nak jadi ni? Betulla kata kawan aku, agaknya pemimpin2 kita pun dah terpengaruh ngan realiti tv.. dah macam kritikan malaysian idol pulak.. Cuma bezanya Malaysian idol tu bolehla di katakan kena pada tempatnya.. tapi bagi kes ni, Aku rasa Hattan memang salah dan patut ditegur tapi dengan cara yang lebih berhemah.. Cannot help to feel sorry for Hattan.. So, Hattan better buat pengakuan minta maaf secara terbuka dan tak perlu la dipanjangkan cerita ni.. memang memalukan..

Berbalik pada kisah AP, sebenarnya aku tak nak cakap pasal AP tapi apa yang aku nak cakapkan ialah punca sebenar isu AP ni menjadi sangat kecoh sekali.. Apa saja tindakan MITI aku tak nak komen tapi pasal proton yang masih memerlukan perlindungan kerajaan memang membuatkan aku agak hot (Ini memang aku tak tau naper.. tapi aku memang marah la kat proton personally) Why proton masih perlukan perlindungan kerajaan? Bagila berapa banyak alasan pun aku still tak leh terima.. bila kita cakap pasal kereta apa yang ada kat pikiran kita? Satu ja “REPUTASI!” ini la masalah sebenar proton.. with a good quality and a good price u can compete. Of course.. Cuba kita tengok pro-2, kenapa pro-2 tak perlukan perlindungan? Sesiapa yang pernah pakai kereta proton mesti tahu banyak problem akan muncul.. power window rosakla, meter tak naikla, alarm problem.. macam2 masalah kecil yang merimaskan.. Ini yang akan melambangkan kualiti dan menjurus pada reputasi.. Kalau kita beli kereta luar.. ada problem jugak, mesti ada tapi berapa %? Sebab tu bila kereta luar harganya tak jauh beza dari kete nasional kita, maka kita pilih kereta luar.. bukan takde semangat nasional.. tapi face la hakikatnya, penguna mahukan kualiti! Bukan puluhan ringgit yang dipertaruhkan tapi puluhan ribu.. Masalah sebenar sebenarnya di sini! Pada management proton itu sendiri, tak perlu risau dengan saingan kalau kita mampu bersaing.. pro2 pun kereta buatan Malaysia.. tak usahla ungkitkan isu semangat nasionalism.. aku muak.. aku bangga jadi rakyat Malaysia.. jadilah rakyat Malaysia yang bermaruah.. Sebenarnya bila harga kereta luar dan kereta nasional tak jauh beza.. tiada lagi rasa bangga memiliki kereta import tapi kita akan berbangga memakai kereta nasional kerena ia melambangkan kita seorang patriotik.. tapi kalau kualitinya seperti sekarang kita akan dianggap kurang bijak kerana tetap memilih kereta nasional yang banyak kurangnya walaupun harganya lebih kurang sama.. fikirkanla.. Jadi proton hanya perlu berubah, jaga kualiti, jaga reputasi, perbaiki pengurusan dan pemasaran.. dan jangan terus-menerus harapkan "jagaan" aku yakin kita akan berbangga memiliki kereta nasional.. isu AP pun takkan timbul.. Apapun biarlah isu AP diperdebatkan oleh mereka2 yang layak..biarla Pak Lah selesaikan..

Kesimpulannya, janganlah kita cepat menunding jari.. nilailah dulu setiap perkara dengan objektif. Fikir dulu sebelum berkata-kata.. pandang cermin, tengok diri sendiri.. siapa kita? setiap perbuatan, penulisan atau apa saja.. akan ada penilainya.. semakin besar sesuatu perkara itu, semakin besar jugalah penilainya..

Tuesday, October 04, 2005

Stop and read...

"Biarkanlah bintang berkerlipan, kerana bintang dan Mawi dua elemen kehidupan berlainan. Nilai bintang dan Mawi adalah dua kesempatan yang kebetulan bertemu pada suatu ketika dan keadaan. Kesempatan itu menghasilkan ledakan kecil yang meriuhkan suasana di persekitaran hidup manusia yang melingkunginya."
Ini ialah part bagi artikel "Nafas Teaterikal: Mawi harus kenal sempadan diri" dalam Berita Harian 04/10/2005 Oleh Khalid Salleh.. Untuk full artikel sila klik sini

Bila baca artikel ni.. Aku rasa ia merupakan satu artikel yang sangat baik dan ingin di kongsi bersama kawan2 yang singgah di sini.


Selamat menyambut Ramadhan esok..

Moga-moga kita menjadi Insan yang lebih baik..


Bajet 2006

Yeeha! Elaun perkhidmatan awam naik, elaun sara hidup dapat.. hehehe.. aku bertambah kaya tahun depan.. jadi boleh gi shopping jap gi.. hehehe.. Mari amalkan prinsip beli dulu, lepas beli baru pikir.. Ni la yang pak Lah marah sangat ni sebab dia dah cakap kita kene berjimat cermat.. jadi aku buat keputusan tahun ni aku nak kurangkan jumlah duit raya.. hmm ok tak? Actually aku tak nak cakap lebih2 pasal bajet ni sebabnya aku hanya nampak apa yang aku nak nampak.. aku rasa most of us macam tu jugak.. yang mana ada kaitan ngan kita ja kita care lebih sikit.. lain-lain serah pada kerajaan.. bunyi macam tak berjiwa masyarakat Malaysia yang maju dan berwawasan tapi inilah hakikatnya.. contohnya aku kakitangan awam.. bende pertama yang aku nak tau mestilah pasal bonus.. berapa agaknya bonus tahun ni.. okla sebulan gaji atau minima RM1500.. Cuma yang menjadi persoalan.. takkan ada tahap minima ja.. bila masa nak ada tahap maksima? Bagi mereka2 yang bergaji 5 angka tu patut ada tahap maksima jugak dalam pemberian bonus.. tapi ntahlah.. bila periuk besar, keraknya banyak jugak kan? Hmm... It’s an open argument..

Tapi rasa-rasanyalah harga minyak pasti akan naik tak lama lagi.. kata orang kabarkan berita gembira dulu kemudian barulah kita cakap yang sedih2..barula impaknya tak teruk sangat. Tengok apa dah jadi kat Indonesia.. harga minyak naik almost 50% or more (tak pasti) and how rakyat dia punya reaksi? Very BAD.. Tapi Malaysia not that bad.. pemimpin kita is better. They know how to tackle us.. and I’m ok with it.. kita didedahkan dengan isu harga minyak dunia yang makin naik jadi kita psikologinya agak ready. Moralnya di sini kalau nak buat apa2 perubahan kena bagi orang faham dulu..why? barula kurang salah faham dan salah sangka.. Ni konsep yang sama jugak dalam hubungan sesama manusia.. fikir-fikirkanlah..

Kepada cikgu-cikgi moga bahagia.. macam banyak jugak peruntukan untuk mereka.. tak tau la diorang dapat direct impact atau tidak.. moga guru2 kita makin cemerlang, gemilang dan terbilang barula dapat lahirkan generasi malaysia yang mampu mentadbir dan menjaga kehormatan negara pada masa akan datang. Pada graduan yang menganggur pun kerajaan ada sediakan program, pandai2 la korang ek.. kitorang dulu (dalam tahun 2001) pun teruk jugak cari keje..kalau ada rezeki tak ke mana..tengok Mawi tu.(Opss! ;-D)

Jadi kesimpulannya bajet 2006 tidak menimbulkan banyak spekulasi dan semua orang nampak berpuas hati.. kurang jugak perdebatan di mana2 dan kawan2 pun kurang berbincang pasal bende ni.. kiranya kerajaan telah berjaya melakukannya dengan baik.. jadi aku pun tak perlulah cerita lebih2.. Tahniah kepada Pak Lah, moga dapat kekalkan dan moga janji2 tertunai..

Heheheh.. Bercakap pasal duit.. Peminat,penyokong,sahabat Mawi atau yang seumpama dengannya dah beli ke album "Best of MAWI WORLD MTV Karaoke"? Aku dah beli 1st day lagi :) Best gile.. Aku jamin korang puas hati! Harga berpatutan RM19.90 ada 2CD sebab ada intro dan dialog Mawi untuk setiap lagu. Pastu ia dimulakan dengan ulang tayang Mawi dinobatkan sebagai juara.. dapatlah kita menatap semula wajah terkezut Mawi yang penuh ikhlas dan jujur tu.. dan juga tangisan jantannya yang mahal.. walaupun ada ketika2 selepas dia kuar AF ni air mata dia macam mudah kuar sebab tension kot.. hehehe dulu duk kat sangkar emas semuanya orang jaga sekarang.. Mawi, marilah kita menongkah arus Tsumawi bersama-sama.. Moga tak lemas.. kayuh pelan2 ok.. MawiFC sentiasa ada di belakang Mawi insyaAllah.. Cuma Mawi ja takde belakang kitorang.. heheh.. Apa-apa pun, kawan2 jom beli VCD ni pastu beli album raya pulak.. pastu beli album full Mawi pastu beli tiket konsert Mawi pastu beli nasik beriani Mawi pastu beli kueh raya Mawi, laksa Mawi, coklat Mawi, Ais krim Mawi dan lain2 lagi.. hehehe.. membelila dengan bijak ok! Jangan biarkan diri anda mudah dieksploitasi..